TULAR gambar-gambar kerosakan bas ambifia yang bernilai rm3 juta di laman facebook sejak semalam.
Gambar-gambar itu dikongsikan oleh seorang Facebooker yang dikenali dengan nama Mohd Ropi Mat Sin dengan caption, "Hidup Mat Razif. 3 juta sutir," katanya dalam posting tersebut.
Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan oleh individu itu, kelihatan bas ambifia itu rosak ketika sedang beroperasi di atas air.
Tidak dapat dipastikan samada ketika itu ada atau tidak penumpang di dalam bas tersebut. Bas itu yang rosak kemudiannya tarik keluar oleh kenderaan lain selepas didatangi sepasukan penyelamat. Lokasi kerosakan tidak dikongsikan oleh individu itu namun dipercayai ia berlaku di Sungai Terengganu. Untuk rekod, bas tersebut baru sahaja dirasmikan pada 31 Januari yang lepas. Ketika dirasmikan dalam operasi sulungnya, beberapa rakaman video yang menunjukkan bas berkenaan seperti tersangkut ketika menaiki darat tular di laman sosial. Bagaimanapun penyebaran video itu dianggap oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif sebagai fitnah dan cubaan untuk merosakkan industri pelancongan.
Terdahulu beberapa kontroversi menyusul selepas kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk membeli 2 unit bas ambifia yang dikenali sebagai amphicoach. Mengikut perjanjian asal, bas ambifia harus memulakan operasi pada Mei 2015 namun ianya lewat sehingga 3 tahun lamanya. Syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd diberikan tender bagi membekalkan dua unit bas ambifia namun sehingga kini hanya sebuah sahaja yang tiba dan beroperasi. Kos bas itu pula dianggarkan rm3 juta seunit.
Tidak dapat dipastikan jika kerajaan negeri ada mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas pembekal mengenai kelewatan dan kekurangan unit bas yang diterima setakat ini. - 14 Mac 2018.
"Sementara Rafidah menjejaki Equanimity, ada yang menjejaki Rafidah berjudi sehingga di kasino Las Vegas, Reno dan London.
The Colony Club, London adalah kasino paling eksklusif di Mayfair dan dimiliki oleh Kumpulan Genting. Itu bermaksud pihak pengurusan The Colony Club mengenali sangat siapa Rafidah terutamanya sekali kakitangan dari Malaysia dan tidak mungkin dia boleh memperdayakan sesiapa. The Colony Club adalah kasino yang hanya boleh dimasuki jika anda bersedia untuk perjudikan RM10 juta satu malam.
Rafidah adalah pengunjung tetap kasino sekitar UK dan US dan mereka yang selalu ke kasino seperti itu tahu yang Rafidah sanggup bertaruh berjutaan ringgit setiap kali berjudi.
Dan Rafidah antara orang yang menentang Najib Razak atas alasan simpati pada rakyat yang susah cari makan disebabkan kos sara hidup dan pelaksanaan GST 6%. Oh, yeahh," tulis Raja Petra Kamaruddin (selepas ini RPK) di portalnya pada semalam.
Tulisan itu hadir susulan pendedahan Rafidah Aziz mengenai pemilikan Equanimity yang menjadi tular di laman sosial.
Isu Equanimity yang menjadi viral
Rafidah dalam pendedahan itu mempersoalkan kenapa agensi berkuasa Malaysia lemah dalam menjejaki Equanimity sedangkan beliau boleh melakukan kerja itu dengan mudah di Thailand ketika melancong ke Phuket pada tahun 2016.
Untuk rekod, Equanimity berada di Thailand ketika Rafidah berjaya mengesannya ketika itu.
Dituduh kaki judi, Rafidah kemudiannya membalas penulisan RPK itu di akaun Facebooknya.
"Pembelot haprak talam dua muka.. yang sekarang tinggal di UK itu ,memang seorang berniat jahat. Tetapi penulisannya sampai amat menggelikan hati pulak . Entah berapa banyak DEDAK dia diberi, sebagai imbuhan..untuk menulis pembohongan dan dusta setiap kali ? TAK PAYAHLAH SAYA nak bertungkus lumus, MEMBUANG MASA membalas tulisannya ..
Cuma sentuh beberapa perkara. HARTA SAYA RM 8billion? DATANG DARI SUMBANGAN DERMA dari mana agaknya ? (Oh yaa. Kita tidak boleh buat cerita 'derma' sebab orang lain dah gunakan dulu). SAYA PEMILIK SEBENAR Air Asia (KESIAN, kecewa lah Tony dan Kamaruddin). Tony dan Din, sorry lah. TANPA you berdua sedari. SAYA dah AMBIL ALIH AIRASIA dan SAYA SEKARANG TAUKEH BESAR NYA Penjudi terbesar dan pengunjung kerap kasino di London (Apa ke dia nama kasino di London tu sekali lagi? Lupa pulak!) ALAAA... rasa KECEWA SAYA, dia lupa kata SAYA PEMILIK SEBENAR KAPAL mewah yang di rampas di Bali itu .
OOH..DIA LUPA LAGI....saya juga pemilik semua ASET, di merata dunia (melalui proxi) yang di RAMPAS oleh DOJ Amerika Syarikat SUAP SAJA DIA cukup DEDAK dan dia akan MENARI IKUT sebarang RENTAK," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Rafidah Aziz turut mempersoalkan pendirian RPK yang tidak konsisten suatu ketika dahulu yang mengaitkan kematian Altantuya dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur. Malahan Rafidah juga menyeru agar RPK bertaubat segera.
"HAIRAN SAYA.. Tak berapa lama dulu DIA SENDIRI MENULIS DAN MEMBUAT POSTING...satu RENCANA..yang mengandungi " STATUTORY DECLARATION".. yang menyatakan , kononnya, bahawa ISTERI PERDANA MENTERI NAJIB , BERADA DI TEMPAT DIMANA ALTANTUNYA DI HANCURKAN DENGAN LETUPAN CUBA FIKIR AKAN FITNAH BESAR SAPERTI ITU PUN DIA BOLIH REKA http://www.malaysia-today.net/…/rpk-who-told-me-rosmah-was…/
"Masa depan, jangan terkejut, jika dia BOLIH DIBAYAR untuk mengatakan bahawa ‘SEMUA HUTANG KITA telah selesai di bayar. DARIPADA WANG DERMA SEKUMPULAN sahabat2 terkaya ..’
DAN bahawa sebenarnya MATAHARI TERBIT DI SEBELAH BARAT.. Raja Petra Kamaruddin...BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT.. ALLAH SWT MEMERHATI KAMU," katanya mengakhiri penulisan itu.
Memberikan KFC, Pizza Hut serta ada yang menerima wang tunai RM50, itulah pendedahan oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Malaysia, Abdul Hannaan Khairy tentang program Najib di Perlis menerusi Facebooknya hari ini.
"Difahamkan kehadiran PM Najib ke Perlis hari ini ke beberapa kawasan mendapat sambutan yang sangat hebat. Orangnya ramai. Tempatnya meriah. Penuh bendera Barisan Nasional di tepi jalan. Penuh juga pelajar sekolah di tepi jalan. Tapi tidakkah menyedihkan politik UMNO Najib ini apabila segalanya bukanlah datang daripada sokongan yang asli," katanya. Menurut Abdul Hannaan rata-rata mereka yang hadir diwajibkan menghadiri program tersebut termasuklah arahan diberikan kepada para pelajar sekolah untuk keluar menyambut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
"Mengapa saya berkata begitu? Rata-rata yang hadir adalah penjawat awam. Mereka ini wajib menghadiri program-program tersebut. Pelajar sekolah yang berada berdekatan dengan laluan PM Najib ini diberikan arahan untuk keluar dan berbaris di tepi jalan. Mereka yang hadir juga turut diberikan makanan mewah (as in Perlis) iaitu ribuan kotak KFC dan juga Pizza Hut," tulisnya. Malahan ada dikalangan yang hadir menerima wang saguhati RM50. "Dalam kalangan mereka yang hadir juga diberikan wang sebanyak RM 50. Bendera BN yang dipasang disekitar Negeri Perlis rata-ratanya dipasang oleh kontraktor yang dibayar. Tidak seperti kelaziman sebelum ini bendera-bendera parti dipasang oleh jentera parti sendiri. Persoalan hadir dalam benak hati saya, apakah BN sudah tidak punya harga lagi dalam kalangan rakyat sehingga terpaksa 'mengerah' dan 'menyuap' rakyat supaya hadir," tulisnya lagi. Untuk rekod, Najib siang tadi dalam rangka lawatan kerja di Perlis. Najib dikatakan terlibat dalam program 'Sembang Bajet' bersama 3,000 pelajar dan dijadualkan merasmikan UTC serta bertemu dengan jentera pentadbiran BN Perlis pada petangnya sebelum berangkat pulang ke Putrajaya.- 13 Mac 2018.