MB Johor Lambat Dalam Upacara Rasmi DYMM Sultan Johor


MENTERI BESAR JOHOR DATANG LAMBAT LAGI!

KALI NI PROGRAM TUANKU SULTAN JOHOR!

Osman Sapian Lembab!

Pertama kali dalam sejarah Menteri Besar Johor, seorang Menteri Besar Johor datang lambat di program yang dihadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor!

Program Majlis Penyerahan Sijil Tawaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini membuktikan bahawa Osman Sapian seorang Menteri Besar yang memalukan dan tidak layak langsung sebagai pemimpin Johor.

Kerusi yang sepatutnya menjadi tempat Osman Sapian kosong dan ini dapat dilihat oleh seluruh tetamu yang hadir program tersebut.

Dan ini bukan kali pertama beliau lambat. Program rakyat pun Osman datang lambat, program Sultan Johor pun dia datang lambat!

Sultan Johor pun bangun awal dan beri komitmen kepada program rakyat, tetapi Osman Sapian boleh buat sambil lewa!

Kepada rakyat Johor, inilah Menteri Besar kita yang gagal dan sungguh memalukan.

Kepada Osman Sapian, kalau rasa kerja nak tidur sahaja, lebih baik letak jawatan!


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj


GEORGETOWN - Kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dicadangkan agar dikenakan caj bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam.

Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee berkata, selain itu, langkah itu dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan yang memasuki Pulau Pinang.


Menurutnya, Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan berbanding 10 tahun lalu, iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya.

"Dengan cadangan ini, ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di negeri ini, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas.


"Kita nak gerakkan manusia, bukannya kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi," katanya.

Terdahulu, Jason Ong menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang tadi.

Jason berkata, sekiranya kerajaan negeri ingin menggerakkan manusia, kerajaan negeri perlu mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan awam.

"Kerajaan negeri juga perlu mempunyai 'political will' untuk menempatkan semula atau menghentikan aktiviti penjaja haram jalanan serta parkir haram," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jason Ong memohon Dun Pulau Pinang mencadangkan kepada kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kejuruteraan Sivil dan Geoteknikal susulan dua kejadian tanah runtuh di negeri ini.

Menurutnya, suruhanjaya itu juga boleh digunakan untuk Lebuh Raya Pan Island Link 1(PIL1) berikutan projek itu memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.

"Suruhanjaya ini akan dilaporkan kepada Dun atau Dewan Rakyat yang mana, ia bakal diketuai juru ukur bangunan dengan barisan jurutera awam dan profesional berkelayakan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja, mitigasi, rektifikasi dan sebagainya.

"Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan dan kriteria yang diperlukan Penilaian Impak Sosial, Penilaian Impak Alam Sekitar, Penilaian Impak Lalu Lintas dan sebagainya.

"Suruhanjaya ini juga perlu dilengkapi dengan Sistem Informasi Geografi (GIS) untuk menyediakan 'landslide and flood hazard mapping' untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Isteri-isteri Menteri Besar Johor Lebih Kuasa dari EXCO, jadi perasmi program kerajaan negeri?


Tidak tahulah apa yang sudah jadi dengan kerajaan negeri Johor pada hari ini yang dipimpin oleh Dato Osman Sapian. Pelbagai cerita yang kita dengar sepanjang beliau bergelar sebagai Menteri Besar Johor sepanjang tempoh 6 bulan ini. Lebih banyak dihujani dengan cerita-cerita buruk berbanding dengan cerita-cerita yang baik.

Terbaru, kecoh isteri-isteri Osman Sapian berlumba-lumba hadir ke program kerajaan negeri sekali gus menjadi perasmi program kerajaan negeri. Sebelum ini, isteri ketiga Osman Sapian menjadi wakil kepada Osman Sapian merasmikan program Persatuan Kebudayaan India ‘Little India’.

Kali ini, isteri pertama pula enggan kalah dengan isteri ketiga turut menjadi wakil kepada Osman Sapian untuk merasmikan Karnival Wanita. Jangan terkejut lepas ini isteri kedua pula yang mengisi slot menjadi perasmi di mana-mana program kerajaan negeri. Barulah ‘adil’ dan ‘saksama’ bukan?

Tetapi yang menghairankannya kelayakan atau justifikasi apa yang digariskan oleh kerajaan negeri sehingga membolehkan isteri-isteri Osman Sapian menjadi perasmi program kerajaan negeri?

Walhal dalam poster-poster yang disebarkan dalam media sosial sudah terang-terangan Menteri Besar Johor yang akan menjadi perasmi program tetapi bila hari kejadian isteri-isterinya pula yang menjadi wakil.

Persoalannya lagi, siapa isteri-isteri Osman Sapian dalam kerajaan negeri Johor? Tidak tahu pula selama ini taraf isteri-isteri Osman Sapian setaraf dengan Menteri Besar sehingga membolehkan mereka menjadi wakil kepada Osman Sapian.

Jika Osman Sapian mempunyai kekangan masa untuk hadir dan menjadi perasmi program bukankah sepatutnya yang lebih layak menggantikan Menteri Besar pada ketika itu adalah barisan Exco-exco kerajaan negeri? Tetapi kenapa isteri-isteri Osman Sapian pula yang merasmikan program?

Adakah kedudukan isteri-isteri Osman Sapian lebih tinggi daripada exco-exco kerajaan negeri Johor pada hari ini?

Cuba fikirkan kerajaan negeri mempunyai seramai 10 orang barisan exco, mustahil semua exco sibuk dalam satu masa yang sama. Ataupun dakwaan sebelum ini benar yang sememangnya hubungan Menteri Besar Johor dengan exco-exconya tidak sekepala lagi seperti dulu?

Bayangkan tidak pernah-pernah isteri Menteri Besar atau isteri exco-exco kerajaan negeri Johor sebelum ini mengambil peranan sebagai Menteri Besar. Tetapi Osman Sapian baru sahaja 6 bulan mentadbir negeri Johor sudah selesa membawa satu ‘budaya baru’ dalam kerajaan Negeri Johor yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin kerajaan negeri Johor sebelum ini. Tahniahlah kerana berjaya mengubah Johor!

Pendek kata, perkara yang terjadi ini sememangnya memalukan kerajaan Negeri Johor dan tidak mencerminkan langsung kerajaan negeri Johor yang selama ini di pandang gah oleh orang luar. Apatah lagi perkara ini boleh dikatakan sejarah baru buat kerajaan negeri Johor apabila isteri-isteri Menteri Besar pula yang mengambil peranan sebagai Menteri Besar.

Jika perkara ini berterusan saya bimbang apa yang bakal terjadi dengan kerajan negeri Johor pada masa hadapan. Ada baiknya exco-exco kerajaan negeri Johor hari ini mengambil maklum tentang perkara ini sebelum lebih ianya parah lagi.




Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Rosmah dan pembantu berdepan 6 pertuduhan hari khamis ini

DATIN Seri Rosmah Mansor dilapor akan berdepan tuduhan-tuduhan baru dalam mahkamah pada hari Khamis (15 Nov), bersama dengan bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, enam tuduhan berkait projek solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion akan dikenakan terhadap mereka berdua, melibatkan wang sejumlah RM6.5 juta.

Seperti bulan lalu, Rosmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilapor tidak akan ditangkap sebelum perbicaraan mahkamah.



Rosmah telah diberitahu untuk datang ke mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi hari Khamis.

Pada 3 Oktober, Rosmah telah ditahan untuk diambil kenyataan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Dia menerima tamparan hebat apabila dikenakan 17 tuduhan-tuduhan berkait pengubahan wang haram di mahkamah Seksyen Kuala Lumpur keesokan harinya.

Dalam pada itu, peguam Rosmah Datuk Geethan Ram Vincent mengesahkan bahawa dia akan didakwa pada hari Khamis namun tidak mengetahui bakal dituduh berkaitan kes apa.

Dalam satu laporan eksklusif oleh The Star pada hari Isnin, Rosmah dan Rizal dilapor akan didakwa di mahkamah berkaitan projek solar hibrid.

Projek itu telah mencetuskan kontroversi apabila laman pembocor maklumat Sarawak Report, pada bulan Jun mendakwa kontrak projek itu telah dianugerahkan kepada Jepak Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan dari Bintulu selepas menerima arahan terus dari Najib.

Jepak Holdings telah dilantik pada hujung tahun 2016 untuk membekalkan bahan api diesel, menyelenggara generator dan membekalkan sistem hibrid solar untuk 369 sekolah sekolah di pedalaman Sarawak.

Namun sehingga ke hari ini tiada satu pun sekolah menerimanya.

Pembantu Rosmah, Rizal Mansor ditahan oleh SPRM dalam bulan Julai berikutan dakwaan dia telah meminta wang dari Jepak Holdings berhubung projek berkenaan.



Dalam bulan Jun pegawai anti rasuah turut menahan seorang pengarah syarikat, pengarah urusan dan seorang peguam berhubung projek kontroversi itu.

SPRM telah memulakan siasatan projek bernilai berbilion ringgit itu dalam bulan April, sebulan sebelum pilihan raya umum.





Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Mansuh hukuman mati elak orang tidak bersalah dihukum

Kerajaan masih pertimbang mansuh hukuman mati mandatori


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan masih mempertimbangkan sama ada meneruskan keputusan memansuhkan hukuman mati mandatori atau sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan tidak mahu mana-mana orang yang tidak bersalah dikenakan hukuman mati mandatori.

Katanya, pada masa yang sama, kerajaan sebelum ini mahu memansuhkan hukuman mati mandatori kerana hukuman itu dilihat tidak menghalang mana-mana penjenayah melakukan kesalahan dan masih ada penjenayah melakukan kesalahan.

"Namun, ada orang yang melakukan kesalahan atau jenayah kejam yang tidak dapat kita fikirkan. (Untuk itu), kerana ia sudah berlaku maka ada hukuman dikenakan (hukuman mati mandatori) untuk menangani masalah itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Astro Junior Championships U15 di Stadium Juara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian diminta mengulas desakan orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya hukuman mati mandatori tidak dimansuhkan bagi membolehkan penjenayah dikenakan hukuman setimpal berikutan kes bayi perempuan berusia 11 bulan maut dipercayai akibat didera suami pengasuhnya.

Berita kematian, Nur Muazara Ulfa Muhammad Zainal, viral di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp sehingga ada yang mendesak kerajaan supaya jangan memansuhkan hukuman mati.

Minggu lalu, ahli keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi mendesak kerajaan tidak memansuhkan hukuman mati mandatori kerana ia didakwa tidak adil dan hanya akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat di negara ini.

Awal Oktober lalu, Kabinet memutuskan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini dan susulan itu, semua pelaksanaan hukuman mati akan ditangguhkan sehingga pemansuhan itu berkuat kuasa.

Kabinet turut menimbang untuk mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun jika hukuman mati mandatori dimansuhkan.

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan juga sedang menimbangkan langkah di ambil beberapa negara seperti Australia yang sudah pun memansuhkan hukuman berkenaan.

Katanya, dalam aspek yang lain, kerajaan tetap berpandangan supaya hukuman mati mandatori tidak menyebabkan orang yang tidak bersalah menerima hukuman.



Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Isteri Suka Ikut Rombongan, Basuh baju waktu malam, Tidur berdengkur Punca Cerai'




Alasan remeh seperti isteri gemar membeli belah, suami tidak suka isteri makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik menjadi antara faktor utama kadar penceraian tinggi dalam kalangan pasangan muda di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh memberitahu Dewan Rakyat hari ini faktor yang direkodkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor itu dikira sangat serius memandangkan pasangan menggunakan isu remeh untuk memfailkan penceraian.

Jangan suka basuh malam-malam, makan dalam kereta


PARLIMEN | Remeh namun 'berbisa' dan boleh mengancam kebahagiaan. Itu yang dapat difahami daripada penjelasan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.

Menurut timbalan menterinya, Hannah Yeoh, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian.

Antaranya, isteri gemar membasuh baju pada waktu malam, suka mengikuti rombongan beramai-ramai dan tabiat makan dalam kereta.

Penjelasan itu menyebabkan anggota Dewan Rakyat ketawa.

"Saya pun basuh baju malam-malam," kata Yeoh secara spontan, sebelum dicelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming: "(Timbalan) menteri, jangan basuh baju malam-malam,"

"Apa nak buat, sidang parlimen selalu habis malam," jawab Yeoh sambil tersenyum.

Beliau juga berkata punca lain yang membawa perceraian ialah berbeza fahaman politik, pasangan berdengkur semasa tidur dan suami atau isteri suka membeli-belah.

5 tahun pertama kritikal

"Saya baca sebab-sebab (perceraian) ini kerana saya nak tunjukkan bahawa banyak faktor remeh dijadikan sebab untuk bercerai," katanya.

Terdahulu Yeoh menjawab soalan Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanya mengeai kes perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin serta punca-puncanya.

Kata Yeoh mengikut statistik kementerian ada 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan saja antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain sedang dikumpul.


Amin Ahmad
"Bagi orang bulan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017.


"Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes," katanya.

Yeoh yang juga anggota parlimen Segambut berkata tempoh lima tahun pertama perkahwinan sangat mencabar kerana kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014, lebih satu per tiga kes perceraian berlaku dalam jangka waktu itu.

Katanya antara punca-punca utama perceraian pada perkawinan pertama lelaki ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus).

Bagi wanita pula katanya 38 peratus menyatakan punca utama perceraian kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5 peratus), dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

"Jadi langkah diambil kerajaan untuk memantapkan institusi perkahwinan dan keluarga ialah melaksanakan program pra dan pascaperkahwinan bagi memberikan asas kukuh membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan baru berkahwin," katanya.








Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram