Pelancong Jumpa Kapal Lama Dalam Sungai, Terbongkar SATU RAHSIA Yg MENGEJUTKAN !!! | Sebuah kapal terbang dari era Perang Dunia Ke-2 telah dijumpai oleh seorang pelancong baru-baru ini di Teluk Nikko yang terletak di kepulauan Pasifik yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, di Palau.
Anda tidak akan tahu apa yang bakal ditemui di kawasan yang cukup unik dan eksotik seperti itu. Anda mungkin menemui kerang, botol yang berisi surat di dalamnya, atau mungkin sekali kapal terbang dari era Perang Dunia Ke-2.
Reddit | Haematobic
Seorang pelancong yang sedang menikmati percutiannya di kepulauan Micronesia di Palau menemukan sesuatu yang sangat luar biasa dan jelas sekali tidak dipercayainya. Mereka pada awalnya sedang mengayuh kanu di sebatang sungai sebelum menemukan sebuah kapal terbang lama yang karam dalam tempoh yang lama.
Rupa-rupanya, jumpaan daripada pelancong itu merupakan sesuatu rahsia yang mempunyai nilai sejarah. Ianya merupakan kapal terbang dari era Perang Dunia Ke-2.
Seorang ahli sejarah dan pemandu kapal terbang, Paul Beaver memberitahu MailOnline Travel akan kapal terbang yang dijumpai tersebut. “Ianya merupakan kapal terapung A13. Kapal terbang ini telah terbalik dan hilang keupayaan apungannya. Kapal terbang ini merupakan sesuatu yang sangat jarang ditemukan,” kata Paul.
Staticflickr | Ippei & Janine Naoi
Penemuan yang sangat tidak disangka itu menimbulkan reaksi mengejutkan oleh pengguna internet. Rata-rata mereka sangat terkejut dan mahu melihat sendiri kapal terbang yang karam itu di depan mata. Ada yang berharap bahawa dia menjadi individu yang menemui kapal terbang unik tersebut.
Ada di antara pengguna internet melawak mengenai penemuan ini. Mereka mengatakan bahawa ianya merupakan pesawat yang dipandu Luke Skywalker dari siri filem Star Wars. Ada juga yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Indiana Jones’, berjaya menemui sesuatu yang sangat jarang ditemui.
Menurut laporan Lonely Planet, bagi para sejarawan dan mereka yang gilakan nilai sejarah, terdapat banyak relik dan harta hasil tinggalan Perang Dunia Ke-2 bertaburan di dalam hutan di Palau.
Kredit : Era Baru
P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!
The post Pelancong Jumpa Kapal Lama Dalam Sungai, Terbongkar SATU RAHSIA Yg MENGEJUTKAN !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : Superkiram