Inilah 7 FAKTA Menarik Ramai Tak Tahu Tentang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 !!! | Semalam bermulanya Sukan SEA dan selaku tuan rumah, pasukan negara telahpun menunjukkan permulaan yang baik setelah meraih kemenangan menerusi beberapa acara antaranya bola jaring dan bola sepak.
Jadi, apa kata hari ini kita tengok beberapa fakta menarik mengenai temasya berprestij yang diadakan di sekitar Lembah Klang ini.
Kali ke-6 jadi tuan rumah
Ini adalah kali ke-6 Malaysia menjadi tuan rumah sejak tahun 1965, 1971, 1977, 1989, dan 2001. Anda mungkin belum pernah melihat logo-logo yang dihasilkan sepanjang penganjuran temasya sukan ni.
Anda rasa logo tahun bila yang paling cantik?
Kali pertama juara keseluruhan pada 2001
Wow! Malaysia pernah jadi juara keseluruhan pada tahun 2001, 111 pingat emas, 74 perak dan 85 gangsa. Thailand selaku naib juara dan diikuti Indonesia.
Tahun ini, pasukan negara positif bakal mengulangi kejuaraan yang dilakukan pada tahun 2001. Adakah sejarah mungkin berulang? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasukan negara.
KJ tampil selaku atlet
Malaysia menampilkan Khairy Jamaluddin dalam acara Ekuestrian Polo. Penyertaan Khairy Jamaluddin menjadikan beliau menteri sukan pertama dalam sejarah yang mengambil bahagian dalam temasya sukan ini. Goodluck KJ!
Pertama kali perkenal sukan ais
Malaysia tampil memperkenalkan beberapa sukan baru buat pertama kali iaitu, luncur ais, hoki ais dan kriket. Keseluruhan, sebanyak 38 sukan dan 404 acara dipertandingkan.
Sesiapa yang belum ada pengalaman melihat sukan ais secara ‘live’, venue pertandingan ini adalah di Empire City Mall, Damansara. Baru siap je gelanggang ni.
Upacara pembukaan terhebat
Upacara pembukaan Sukan SEA adalah pada hujung minggu (19 Ogos) ini. 80,000 penonton akan membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan upacara yang dikatakan bakal gempak habis lah tahun ni. Stadium Bukit Jalil pun dah diubahsuai, memang cantik lah!
Sesiapa yang belum ada plan weekend ni, pergilah tengok k? Nanti cerita kat kitaorang, havoc ke tidak? Oh! dan jangan lupa beli tiket dulu sebelum pergi ye.
Terap elemen kehijauan
Datuk M Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, memperkenalkan budaya ‘hijau’ atau mesra alam sekitar dalam penganjuran Sukan SEA tahun ini.
Selain mahu meraih kejayaan, beliau mahu konsep ini menjadi inspirasi dan ikutan semua pihak pada masa akan datang. Bagi menjayakan hasrat tersebut, berikut merupakan antara strategi yang diimplementasikan sepanjang penganjuran sukan SEA kali ini :
Konsep ‘car pooling’ dan galakkan penggunaan pengangkutan awam.
Penunjuk arah buat pejalan kaki dan penunggang basikal yang optima ke lokasi utama kejohanan.
Galakkan jimat tenaga elektrik di lokasi utama penganjuran.
Pengendalian pembungkusan makanan yang mudah dihapus (biodegrable).
Kemudahan sewaan basikal dan kereta elektrik di lokasi-lokasi tertentu.
Program kitar semula di lokasi utama.
Kempen penanaman pokok.
Pelan perjalanan yang optima untuk atlet dan delegasi.
Pengkomposas sisa makanan yang efektif.
Lagu tema dinyanyikan Malique, Monoloque & Lan
Lagu berdurasi empat minit ini dinyanyikan oleh Loque, Malique dan Azlan The Typewriter. Diterbitkan oleh Loque, lirik turut disumbangkan oleh Malique berserta elemen rap.
Semestinya lagu yang diberikan judul ‘Tunjuk Belang’ akan memberi suntikan semangat untuk kita semua bangkit bersama memberi sokongan buat atlet negara. Ramai cakap lagu ini best.
Kredit : OhBulan
P.S. 1 – Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!
P.S. 2 – Insha Allah Berkesan..Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Penyakit Rabun Mata…Sebarkan Moga Bermanfaat
P.S. 3 – TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!!
P.S. 4 – Lelaki Ini Minum 10 Tin Minuman Bergas Sehari Selama Sebulan..Ramai TERKEJUT Apa Jadi Pada Badannya !!!
P.S. 5 – Mengapa MASJID INI Dinamakan Masjidil Haram? Mengapa Bukan Masjidil Halal? Ini Penjelasan nya..
The post Inilah 7 FAKTA Menarik Ramai Tak Tahu Tentang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.