POLITIK | Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed akan untuk turun berkempen bagi Anwar Ibrahim di Port Dickson.
Katanya, beliau perlu berada di Port Dickson bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
"Saya berpendapat ada ramai orang membuat pelbagai teguran terhadap saya, jadi saya akan ke sana (Port Dickson)," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya beliau tidak menyokong Anwar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.
Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata beliau kebiasaannya tidak turun berkempen pada pilihan raya kecil (PRK).
Anwar dalam respon segeranya berkata gembira dengan kenyataan Mahathir itu.
Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) berkata kesudian Dr Mahathir itu adalah satu petanda baik, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk seluruh rakyat Port Dickson.
“Ia penting sebab Dr Mahathir ini sebagai perdana menteri daripada dulu saya ingat, saya sebagai timbalan perdana menteri, dia tidak pergi berkempen pilihan raya kecil.
“Kalau ada pilihan raya kecil dia serah kepada orang bawahannya daripada timbalan perdana menteri sehingga pemimpin bawah yang akan pergi kempen dan dia tumpu (kepada negara),” katanya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, di Port Dickson hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Oktober ini, manakala pengundian awal pada 9 Okt.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini yang terdiri daripada 43% pengundi Melayu, Cina (33%), India (22%) dan lain-lain kaum (2%). - 5 Oktober 2018.
Tun Mahathir & Anwar - Gambar Kosmo |

Sumber : Friscomedia
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.