Setelah Dilabel Membelakangi Suami, Ini Luahan Hati Kali Kedua Dari Isteri Kedua Adi Putra
Isteri kedua Adi Putra, Norshahida Zolkifly semalam telah tampil memberi kenyataan tentang perkahwinannya dengan pelakon itu.
Shahida telah menafikan rumah tangganya bersama pelakon kelahiran Singapura itu, bergolak.
Norshahida mendakwa, mereka amat bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri sejak enam bulan bernikah.
Katanya, Adi Putra adalah suami yang bertanggungjawab dan tahu menjaga hati kedua-dua isteri biarpun tegas.
Walaubagaimanapun, dikatakan Adi Putra terkejut dengan kenyataan isterinya kepada pihak media.
Ini luahan hati Shahida:
TAK BOLEH LARIKAN DIRI
"Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.
"Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.
"Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri.
"Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai,"
HUBUNGAN DENGAN ISTERI PERTAMA
"Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik.
"Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh,"
"Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida.
ADA PIHAK MAHU LAGA-LAGAKAN
"Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida,"
KISAH KEHAMILAN
"Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran,"
Itulah jawapan dari Shahida tentang persoalan perkahwinannya.
Ini sekaligus menjawap pelbagai persoalan yang timbul sebelum ini.
Sumber : Citeheboh
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.