Foto Hiasan - Google Images |
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Foto Hiasan - Google Images |
Nelayan Remaja Maut Selepas Hilang Di Laut. Ungkapan Terakhir Kepada Emaknya Buat Ramai SEBAK !!! | BATU PAHAT: “Mak, saya tak dapat balik raya nanti sebab nak kerja cari duit banyak-banyak untuk mak.” Itulah ungkapan akhir seorang nelayan remaja sebelum hilang di laut selama enam hari dan mayatnya ditemui jam 9.10 pagi tadi.
Mohd Syami Hasing, 17, hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pontian, jam 1 tengah hari Jumaat lalu sebelum mayatnya ditemui di Perairan Sungai Ayam, di sini, kira-kira 40 batu nautika dari tempatnya hilang.
Dalam kejadian itu, bot tunda dinaiki bersama tiga rakannya yang lain terbalik akibat dipukul ribut dan angin kencang menyebabkannya hilang manakala tiga rakannya dapat menyelamatkan diri.
Ibunya, Rosnah Laivah, 61, tidak menyangka pesanan akhir anak bongsunya itu sehari sebelum kejadian yang menyatakan tidak dapat pulang berhari raya kerana mahu mencari wang menjadi kenyataan.
Rosnah berkata, dia menyangka anaknya itu sekadar bergurau apatah lagi beliau baharu berpindah ke Endau, Mersing dari Kudat, Sabah untuk bersama anak-anaknya yang lain yang sudah setahun berhijrah ke negeri ini untuk mencari rezeki.
“Amir (Mohd Syahmi) menelefon saya sehari sebelum kejadian kerana mahu memberitahu tidak dapat pulang ke Endau untuk berpuasa serta berhari raya kerana mahu mencari duit untuk saya.
“Kami memang miskin dan terpaksa berhijrah dari Kudat ke Johor bagi mencari sinar baharu namun tidak menyangka hajat Amir untuk membahagiakan saya dan keluarganya tidak kesampaian.
“Apatah lagi mengenangkan dia sanggup tinggal seorang diri menyewa di Pontian dan bekerja sebagai nelayan sejak setahun lalu bagi mencari wang untuk keluarga,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, hari ini.
Terdahulu, Rosnah membuat pengecaman ke atas jenazah anaknya itu di unit berkenaan.
Sumber:-BeritaHarian
P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
The post Nelayan Remaja Maut Selepas Hilang Di Laut. Ungkapan Terakhir Kepada Emaknya Buat Ramai SEBAK !!! appeared first on OH MY VIRAL.
Ramai Salah Faham Boleh Makan Semasa Azan Subuh Dilaungkan? Ini Penjelasan Yang SEBENARNYA !!! | Setiap kali puasa akan timbul pelbagai persoalan tentang puasa antaranya yang popular ialah adakah sah puasa seorang yang makan selepas azan subuh berkumandang? Kerana terdapat hadith yang mengatakan boleh menghabiskan makanan yang terdapat ditangan ketika azan subuh dilaungkan. Persoalan ini dirungkai oleh 2 orang tokoh iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Mufti wilayah.
Soalan: Apakah terdapat hadith dibolehkan menghabiskan air atau makanan yang ada di dalam mulut ketika azan?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berkaitan soalan di atas, memang terdapat isyarat daripada hadith Nabi SAW akan hal tersebut. Akan tetapi, kemungkinan berlaku salah faham oleh sebahagian orang berkaitan maksud sebenar hadith tersebut. Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini cuba untuk menjelaskan maksud sebenar hadith yang dimaksudkan di atas.
Matan Hadith
Hadith yang dimaksudkan adalah:
• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ”
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendengar seruan (azan) dan bekas berada di tangan kamu, maka janganlah kamu meletaknya (bekas) sehingga sempurna hajatnya daripada itu”. [Riwayat Abu Daud (2350)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum hadith sebagai sahih]
Makna Hadith
Imam al-Khattabi di dalam kitabnya mengatakan bahawa Bilal azan pada waktu malam maka makan dan minumlah sehingga diazan oleh Ibn Ummi Maktum atau makna hadith ini adalah seseorang mendengar azan tetapi dia syak pada waktu subuh (sudah masuk atau belum waktu subuh). Contohnya, pada hari tersebut cuaca sedikit mendung atau berawan maka dia tidak mengetahui berdasarkan pengetahuan (pemerhatiannya) bahawa fajar (fajar sodiq) sudah terbit kerana pada pengetahuannya dalil kemasukan Fajar tidak jelas. Jika terzahir pada muazzin sepatutnya terzahir padanya juga. Adapun jika seseorang itu mengetahui masuknya subuh maka dia tidak lagi berhajat kepada bunyi kokokan ayam kerana dia dituntut untuk menahan daripada makan dan minum apabila terbit padanya benang putih (cahaya siang atau fajar) daripada benang hitam (kegelapan malam). [Lihat: Ma’alim al-Sunan, 106/2]
Akan tetapi di dalam mazhab al-Syafie, sesiapa yang makan dalam keadaan dia tidak yakin (zhan) bahawa fajar telah masuk sedang pada waktu itu fajar telah masuk atau dia menyangka bahawa matahari sudah terbenam sedangkan hakikatnya belum lagi terbenam maka dia berbuka, wajib baginya untuk qadha’ kerana dikira melebihi had dan Umar RA memerintahkan untuk berpuasa sehari pada tempat yang dia berbuka itu. [Lihat: al-Muktamad, 181/2]
Di sini timbul satu persoalan, benarkah pada zaman Nabi SAW diazan azan subuh dua kali?
Perkara ini ada disebut dan diisyaratkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, hadith tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“إِنَّ بِلاَلًا يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ”
Maksudnya: “Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam maka makan dan minumlah sehingga diseru (azan) oleh Ibn Ummi Maktum”. [Riwayat al-Bukhari (620) dan Muslim (1092)]
Hadith ini menunjukkan bahawa dibolehkan azan subuh sebelum terbitnya fajar dan padanya juga dibolehkan makan, minum, bersetubuh dan lain-lain perkara sehingga terbitnya fajar. Di samping itu, hadith ini menunjukkan dibolehkan azan oleh orang yang buta. Tambahan pula, hadith ini menunjukkan bahawa disunatkan azan dua kali pada waktu subuh. Satunya diazan sebelum fajar dan satu lagi diazan selepas terbitnya fajar iaitu pada permulaan terbitnya fajar. [Lihat: al-Minhaj, 202/7]
Penutup
Kesimpulannya, sebaik-baiknya bagi seorang yang beriman kepada Allah dan rasul perlulah berhenti sebelum azan subuh dilaungkan bagi mengambil langkah berhati-hati. Akhirnya, semoga kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna serta terus beristiqamah dalam apa jua ibadah yang dilakukan di dalam bulan yang mulia ini. Amin.
Wallahua’lam.
Lihat juga video jawapan daripada Ustaz Azhar untuk menguatkan lagi kefahaman.
Sumber:- FB Mufti Wilayah Persekutuan & Ustaz Azhar Idrus
P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
The post Ramai Salah Faham Boleh Makan Semasa Azan Subuh Dilaungkan? Ini Penjelasan Yang SEBENARNYA !!! appeared first on OH MY VIRAL.
Terjumpa Video Intim Ayah Dan Adik, Abang Sangka Adik DIPERKOSA. RUPA-RUPANYA….| Semalam satu perbicaraan mahkamah dijalankan bagi menyiasat satu kejadian di mana seorang wanita menawarkan untuk mengadakan hubungan intim dengan bapanya sendiri supaya ayahnya membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan tunangnya!
Gambar Hiasan
Menurut laporan laman web lobakmerah memetik sumber South China Morning Post, Kejadian itu berlaku di Hong Kong pada tahun 2009 ketika wanita berkenaan baru berusia 19 tahun. Wanita itu yang kini berusia 26 tahun dan bapanya yang berusia 58 tahun didakwa dengan dua pertuduhan sumbang mahram, yang mana kedua-dua mereka telah mengaku bersalah.
Penilaian psikologi mendedahkan bahawa wanita itu kekurangan kasih sayang seorang ibu dan menjadi terdesak apabila bapanya mahu berkahwin semula.
Penilaian itu juga menyatakan bahawa kedua-dua hubungan intim itu berlaku kerana ‘cinta yang tidak sepatutnya, keberahian dan ketaatan terhadap bapanya’.
Peguam wanita itu menerangkan di mahkamah bahawa wanita tersebut menawarkan $ek$, dengan harapan bapanya akan mengubah fikiran.
Hubungan intim dua beranak itu mula diketahui apabila abang wanita berkenaan, yang masih di sekolah pada ketika itu, terjumpa rakaman video intim mereka berdua.
Selepas menjumpai video itu, abang wanita berkenaan memaklumkan hal berkenaan kepada pihak polis. Pada mulanya, dia menyangka adiknya itu dipaksa melakukan hubungan intim oleh bapa mereka.
Sejak itu, abang wanita tersebut mengalami tekanan perasan dan kemurungan hingga terpaksa mengambil ubat yang telah ditetapkan.
Sebelum kes ini dibawa ke mahkamah, wanita itu mengaku kerana ingin bertanggungjawab sepenuhnya supaya bapanya tidak dikenakan hukuman penjara. Menurut mahkamah, perkara itu jelas menunjukkan ketaatan dan keberahian yang dirasakan terhadap bapanya.
Sumber:- LobakMerah
P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
The post Terjumpa Video Intim Ayah Dan Adik, Abang Sangka Adik DIPERKOSA. RUPA-RUPANYA…. appeared first on OH MY VIRAL.
[VIDEO] Wanita Melayu DICULIK 2 Lelaki Menaiki Alza Di Parking Hotel Regalia Residence !!! | Video penculikan seorang wanita melalui CCTV menjadi tular di media sosial hari ini. Wanita itu dipercayai diculik oleh 2 orang lelaki yang tidak dikenali selepas wanita tersebut dalam perjalanan ke keretanya selepas ingin pulang dari kerja.
Menurut individu yang menggunakan akaun facebook Adrian Ismail yang merupakan rakan kepada majikan mangsa Kejadian itu berlaku di ruang parking kereta hotel Regalia Residence di jalan Sultan Ismail.
Berdasarkan video cctv ruang letak kereta itu, mangsa yang sedang berjalan untuk ke keretanya dengan seorang lelaki di hampiri oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Alza putih yang di letakkan di belakang kereta mangsa.
Suspek dilihat mengajak mangsa ke keretanya, setelah pintu belakang dibuka suspek ingin menolak mangsa ke dalam kereta tetapi mangsa sempat melarikan diri. Walaupun begitu, mangsa berjaya ditangkap oleh seorang suspek dan membawanya ke dalam kereta.
Beberapa barang kepunyaan mangsa yang terjatuh dijalan juga dilihat dikutip oleh seorang lelaki yang merupakan salah seorang daripada kumpulan tersebut. Mangsa masih lagi belum dijumpai.
Video:-
Posted by Adrian Ismail on Tuesday, May 30, 2017
Sumber:- Adrian Ismail
P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
The post [VIDEO] Wanita Melayu DICULIK 2 Lelaki Menaiki Alza Di Parking Hotel Regalia Residence !!! appeared first on OH MY VIRAL.