Ramai Salah Faham Boleh Makan Semasa Azan Subuh Dilaungkan? Ini Penjelasan Yang SEBENARNYA !!! | Setiap kali puasa akan timbul pelbagai persoalan tentang puasa antaranya yang popular ialah adakah sah puasa seorang yang makan selepas azan subuh berkumandang? Kerana terdapat hadith yang mengatakan boleh menghabiskan makanan yang terdapat ditangan ketika azan subuh dilaungkan. Persoalan ini dirungkai oleh 2 orang tokoh iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Mufti wilayah.
Soalan: Apakah terdapat hadith dibolehkan menghabiskan air atau makanan yang ada di dalam mulut ketika azan?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berkaitan soalan di atas, memang terdapat isyarat daripada hadith Nabi SAW akan hal tersebut. Akan tetapi, kemungkinan berlaku salah faham oleh sebahagian orang berkaitan maksud sebenar hadith tersebut. Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini cuba untuk menjelaskan maksud sebenar hadith yang dimaksudkan di atas.
Matan Hadith
Hadith yang dimaksudkan adalah:
• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ”
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendengar seruan (azan) dan bekas berada di tangan kamu, maka janganlah kamu meletaknya (bekas) sehingga sempurna hajatnya daripada itu”. [Riwayat Abu Daud (2350)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum hadith sebagai sahih]
Makna Hadith
Imam al-Khattabi di dalam kitabnya mengatakan bahawa Bilal azan pada waktu malam maka makan dan minumlah sehingga diazan oleh Ibn Ummi Maktum atau makna hadith ini adalah seseorang mendengar azan tetapi dia syak pada waktu subuh (sudah masuk atau belum waktu subuh). Contohnya, pada hari tersebut cuaca sedikit mendung atau berawan maka dia tidak mengetahui berdasarkan pengetahuan (pemerhatiannya) bahawa fajar (fajar sodiq) sudah terbit kerana pada pengetahuannya dalil kemasukan Fajar tidak jelas. Jika terzahir pada muazzin sepatutnya terzahir padanya juga. Adapun jika seseorang itu mengetahui masuknya subuh maka dia tidak lagi berhajat kepada bunyi kokokan ayam kerana dia dituntut untuk menahan daripada makan dan minum apabila terbit padanya benang putih (cahaya siang atau fajar) daripada benang hitam (kegelapan malam). [Lihat: Ma’alim al-Sunan, 106/2]
Akan tetapi di dalam mazhab al-Syafie, sesiapa yang makan dalam keadaan dia tidak yakin (zhan) bahawa fajar telah masuk sedang pada waktu itu fajar telah masuk atau dia menyangka bahawa matahari sudah terbenam sedangkan hakikatnya belum lagi terbenam maka dia berbuka, wajib baginya untuk qadha’ kerana dikira melebihi had dan Umar RA memerintahkan untuk berpuasa sehari pada tempat yang dia berbuka itu. [Lihat: al-Muktamad, 181/2]
Di sini timbul satu persoalan, benarkah pada zaman Nabi SAW diazan azan subuh dua kali?
Perkara ini ada disebut dan diisyaratkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, hadith tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“إِنَّ بِلاَلًا يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ”
Maksudnya: “Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam maka makan dan minumlah sehingga diseru (azan) oleh Ibn Ummi Maktum”. [Riwayat al-Bukhari (620) dan Muslim (1092)]
Hadith ini menunjukkan bahawa dibolehkan azan subuh sebelum terbitnya fajar dan padanya juga dibolehkan makan, minum, bersetubuh dan lain-lain perkara sehingga terbitnya fajar. Di samping itu, hadith ini menunjukkan dibolehkan azan oleh orang yang buta. Tambahan pula, hadith ini menunjukkan bahawa disunatkan azan dua kali pada waktu subuh. Satunya diazan sebelum fajar dan satu lagi diazan selepas terbitnya fajar iaitu pada permulaan terbitnya fajar. [Lihat: al-Minhaj, 202/7]
Penutup
Kesimpulannya, sebaik-baiknya bagi seorang yang beriman kepada Allah dan rasul perlulah berhenti sebelum azan subuh dilaungkan bagi mengambil langkah berhati-hati. Akhirnya, semoga kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna serta terus beristiqamah dalam apa jua ibadah yang dilakukan di dalam bulan yang mulia ini. Amin.
Wallahua’lam.
Lihat juga video jawapan daripada Ustaz Azhar untuk menguatkan lagi kefahaman.
Sumber:- FB Mufti Wilayah Persekutuan & Ustaz Azhar Idrus
P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
The post Ramai Salah Faham Boleh Makan Semasa Azan Subuh Dilaungkan? Ini Penjelasan Yang SEBENARNYA !!! appeared first on OH MY VIRAL.
Sumber : OhMyViral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.