BEBERAPA keping gambar seorang lelaki bersama dengan anjingnya makan di atas meja McDonald tersebar di media sosial Facebook telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Gambar yang tersebar itu katanya diambil di restoran McDonald Bukit Indah, Johor Bahru.
Tidak diketahui apakah masalah lelaki ini yang kelihatan langsung tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling. Tindakan itu menerima kecaman orang ramai di media sosial terutama yang beragama Islam, kerana disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat sekeliling.
Segelintir menyalahkan pihak pengurusan McDonald's kerana membiarkan sahaja individu tersebut melakukan perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat sekeliling.
Bagaimanapun, salah seorang krew yang bertugas di Restoran McDonald's Bukit Indah tampil memberi penjelasan selepas menerima kecaman orang ramai.
Muhammad Iskandar yang mengaku dirinya sebagai salah seorang kru di restoran makanan segera tersebut mendakwa, ketika kejadian tersebut berlaku mereka langsung tidak perasan ada lelaki yang membawa anjing.
Ini berikutan kesibukkan mereka melayan pelanggan yang ramai. Akhirnya mereka mendapat tahu perkara tersebut selepas diberitahu oleh salah seorang pelanggan di kaunter.
Namun ketika pengurus keluar untuk bertemu dengan lelaki membawa anjing tersebut dakwanya mereka sudah menghilangkan diri.
Rasanya jika lelaki itu merupakan rakyat Malaysia dengan keadaan fizikalnya yang sudah besar panjang, pasti dia sudah lama menetap di Malaysia. Jadi da sepatutnya tahu sensitiviti terhadap anjing oleh masyarakat Islam yang menjadi majoriti penduduk Malaysia.
Sumber : Friscomedia
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.