LABUAN - Mayat seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan lebam di bahagian muka dan berlumuran darah di mulut, semalam, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 8.40 malam semalam di sebuah rumah di Kampung Tanjung Aru, mangsa, Yahudin Sahib, penjual sayur warga Indonesia ditemui mati di rumah suspek yang usia sebaya dengannya.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 2 petang selepas jiran suspek terdengar orang bergaduh dan suara orang mengerang kesakitan.
"Pada jam 8.40 malam, jiran melihat melalui tingkap rumahnya dan terkejut apabila ternampak seorang lelaki tertiarap dalam keadaan cederan dan tidak sedarkan diri, sebelum segera memaklumkan perkara itu kepada polis," katanya.
Sepasukan polis yang tiba di lokasi, menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dan disahkan sudah meninggal dunia.
"Hasil siasatan polis berjaya memberkas suspek yang bekerja sebagai nelayan.
"Punca kejadian dipercayai, mangsa selalu menuntut hutang dengan suspek sebanyak RM500 sebelum tercetus pergaduhan.
"Mangsa dipukul dengan objek keras sehingga kecederaan lebam di bahagian muka dan darah dari bahagian mulut mangsa," katanya.
Suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - The Reporter
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.