BANGSAR, KUALA LUMPUR - Seorang pemandu (wanita) Grab membuat laporan polis mendakwa dia telah dicabul oleh penumpangnya, semalam.
Dalam kejadian lebih kurang jam 11.45 pagi itu, mangsa telah menjemput penumpangnya di Wisma UDA Bangsar dan dihantar ke 41 Jalan Jejawi, Taman Bandaraya.
Ketika mangsa sedang memandu, lelaki bernama Naveed Mohammad telah meletakkan tangannya di paha mangsa dan mahu meraba bahagian badannya yang lain.
"Ketika saya memandu ke destinasi sekitar jam 11.50 pagi, dia telah menyentuh paha dan mahu meraba saya.
"Bila tiba di lokasi, lelaki itu menunjukkan gambar kemaluannya dan bertanya apakah saya lapang pada malam itu untuk bertemu dan mengadakan hubungan seks dengannya. Saya terus menolak, namun dia enggan keluar dari kereta dan mahu terus berbual dengan saya dan dia mula berbicara mengenai kemaluannya dan betapa dia mahu melakukan hubungan seks.
"Dia sentuh bahagian dada dan saya terus menepis tangannya. Saya ambil beg dan keluar dari kereta," kata mangsa.
Oleh kerana tiada pilihan, lelaki terbabit juga terpaksa keluar dari kereta. Mangsa cuba menjauhkan diri dari lelaki berkenaan yang berkata dia sudah terlambat pergi ke tempat kerja.
Tidak lama selepas lelaki itu beredar, mangsa menerima mesej di WhatsApp di mana lelaki itu cuba mengajaknya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang trauma dan ketakutan membuat laporan polis di sebuah balai polis di Petaling Jaya. - The Reporter
Sumber : Citeheboh
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.