Kebakaran Asrama Tahfiz Rembau Perempuan..Pelajar Kongsi Detik Cemas Ketika Kejadian !!!

Kebakaran Asrama Tahfiz Rembau Perempuan..Pelajar Kongsi Detik Cemas Ketika Kejadian !!!

Kebakaran Asrama Tahfiz Rembau Perempuan..Pelajar Kongsi Detik Cemas Ketika Kejadian !!! | MALAYSIA KINII – “Ketika nyenyak tidur, saya terkejut terdengar jeritan rakan yang mengajak kami segera keluar.

“Sebaik membuka mata, saya dapati api mulai merebak melalui bahagian siling asrama,” kata Nurul Syazana Ahmed Faisal, 16, pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Kampung Nerasau, Rembau menceritakan mengenai kebakaran di premis itu, hari ini.

Nurul Syazana berkata, kejadian 1.50 pagi itu menyebabkan dia dan 36 rakannya menjerit ketakutan.

Katanya, api didapati merebak di siling sehingga ke luar tingkap menyebabkan mereka melarikan diri menggunakan pintu hadapan.

“Bagaimanapun kami gagal keluar ke jalan utama berikutan kebakaran merebak sehingga ke hadapan asrama.

“Berikutan itu kami berlari ke surau dan dewan di belakang asrama,” katanya ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Nurul Syazana berkata, dia dan rakan keluar sehelai sepinggang dan gagal menyelamatkan barangan termasuk kad pengenalan, al-Quran dan bahan pengajian.

“Saya bersyukur kerana insiden ini tidak membabitkan kemalangan jiwa tetapi hanya tiga rakan sesak nafas,” katanya yang demam.

Sementara itu, ibu Nurul Syazana iaitu Suhana Yaacub, 43 berkata, dia dihubungi pihak sekolah pada 3 pagi namun hanya membalas panggilan pada 5 pagi.

Katanya, sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran fikirannya terarah kejadian yang berlaku di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, 14 September lalu.

“Saya hanya mampu mengucap sebaik tahu kejadian dan bersyukur anak terselamat,” katanya yang datang dari Shah Alam, Selangor.

Dalam kebakaran itu, tiga pelajar sesak nafas manakala 34 lagi diselamatkan.

Sumber : My Metro

The post Kebakaran Asrama Tahfiz Rembau Perempuan..Pelajar Kongsi Detik Cemas Ketika Kejadian !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Punca Saudi Jimat Berbilion Selepas Benarkan Wanita Memandu Yang Ramai Tak Tahu !!!

Punca Saudi Jimat Berbilion Selepas Benarkan Wanita Memandu Yang Ramai Tak Tahu !!!

Punca Saudi Jimat Berbilion Selepas Benarkan Wanita Memandu Yang Ramai Tak Tahu !!! | MALAYSIA KINII – Keputusan Arab Saudi menamatkan larangan wanita untuk memandu boleh membantu isi rumah negara itu berjimat berbilion dollar, merancakkan pertumbuhan pelbagai industri termasuk automotif dan insurans.

Keadaan itu sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Arab Saudi akan mampu mempelbagaikan kegiatan ekonomi selain minyak.

Ia juga menggalakkan lebih ramai wanita ke dalam sektor pekerjaan dan meningkatkan produktiviti ekonomi, walaupun penganalisis menjangka pertumbuhan awal adalah sederhana.

Namun ratusan ribu pemandu lelaki yang membawa wanita ke mana-mana, kebanyakannya dari Asia Selatan dan Filipina, berisiko kehilangan pekerjaan.

Selasa lalu, Raja Salman mengarahkan wanita dibenarkan memandu, menamatkan larangan berunsur agama yang menjadikannya sukar buat wanita bekerja dan memaksa ramai keluarga Arab Saudi menggajikan sekurang-kurangnya seorang pemandu.

Dekri itu menjanjikan perubahan gaya hidup terhadap jutaan rakyat. Kira-kira 10 juta wanita berusia lebih 20 tahun termasuk warga asing, tinggal di Arab Saudi. Hampir 1.4 juta warga asing bekerja sebagai pemandu peribadi, memperoleh pendapatan kasar AS$500 (RM2,111.25) sebagai tambahan kepada tempat tinggal dan makanan.

Larangan itu mungkin tidak ditarik balik hingga Jun 2018, dan kerana tradisi konservatif, ia mungkin mengambil masa bertahun berbanding bulan buat wanita memandu di sesetengah kawasan.

Lebihan pendapatan keluarga kemungkinan meningkat ketika mereka memberhentikan pemandu.

Perkhidmatan berita ekonomi Arab Saudi, Maaal, menganggarkan pemandu kini secara bersama memperoleh pendapatan AS$8.8 bilion (RM37.16 bilion) setahun. – Reuters

Sumber : BeritaHarian

The post Punca Saudi Jimat Berbilion Selepas Benarkan Wanita Memandu Yang Ramai Tak Tahu !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Keputusan Mahkamah, Enam Suspek Bakar Tahfiz Didakwa, Seorang Dibebaskan !!!

Keputusan Mahkamah, Enam Suspek Bakar Tahfiz Didakwa, Seorang Dibebaskan !!!

Keputusan Mahkamah, Enam Suspek Bakar Tahfiz Didakwa, Seorang Dibebaskan !!! | MALAYSIA KINII – Enam daripada tujuh orang suspek yang terlibat dalam membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hari ini di dakwa di Mahkamah Jalan Duta.

Sementara itu seorang daripadanya dibebaskan oleh mahkamah.

Semua enam suspek didakwa didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua daripada mereka berdepan satu lagi pertuduhan dibawah seksyen 302, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seorang suspek berusia 12 tahun dibebaskan kerana ujian air kencing mendapati tidak positif dadah dan polis tidak ada bukti untuk mengaitkan remaja itu dengan insiden kebakaran pusat tahfiz itu.

“Bagi jenayah membunuh, dua suspek didakwa manakala bagi penggunaan dadah pula enam orang (semua suspek,” kata Othman Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya semasa ditemui di Mahkamah Majistret Jenayah hari ini.

Sebanyak 23 pertuduhan dibacakan ke atas semua enam suspek dan pertuduhan dibacakan secara bersama terhadap mereka.

Kesemua mereka juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin atas faktor keselamatan masing-masing.

Pada 16 September lalu, tujuh remaja ditahan reman berhubung kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Hujung yang mengorbankan seramai 23 individu.

Remaja berusia 11 hingga 18 tahun itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat yang menjadi punca kebakaran kes itu.

Enam daripadanya berusia 18 tahun ke bawah dan seorang daripadanya berusia 11 tahun.

Sumber : MalaysiaGazette

The post Keputusan Mahkamah, Enam Suspek Bakar Tahfiz Didakwa, Seorang Dibebaskan !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Punca & Kronologi Gadis Dir0g0l Sebelum Di Tusuk Batang Kayu !!!

Punca & Kronologi Gadis Dir0g0l Sebelum Di Tusuk Batang Kayu !!!

Punca & Kronologi Gadis Dir0g0l Sebelum Di Tusuk Batang Kayu !!! | MALAYSIA KINII – Misteri penemuan mayat gadis 17 tahun Eka Yuniarti di sawah pasuruan jawa timur yang di percayai mangsa rogol dan bunuh akhirnya menemui titik terang selepas suspek utama di tahan polis dan mengaku.

Suspek utama di kenali sebagai Muhammad Madinatul Huda, 17 tahun, yang juga merupakan rakan dekat mangsa.sementara 3 lainnya yang di tahan masing masing berusia 14,14 dan 13 tahun masih dalam siasatan lanjut.

Berdasarkan hasil siasatan dan keterangan suspek utama yang mengaku akhinya pihak polis berhasil mengungkap kronologi kejadian mengenaskan berkenan.

Sebelum terjadi pembunuhan suspek bersama 6 rakannya termasuk mangsa dikatakan tengah minum (mabuk) sekitar jam 21.00 malam pada 25 September 2017 lalu.

Dalam Pesta minum-minum itu kumpulan berkenan melihat kereta polis sedang mengadakan patroli.

Menghindar dari penglihatan polis masing-masing melarikan diri ,kebetulan mangsa dan suspek yang merupakan rakan terdekat lari bersama ke area persawahan.Ketika bersembunyi suspek bertindak cuba meraba-raba mangsa akibat pengaruh minuman.

Mangsa pada awalnya cuba melawan namun suspek bertindak kasar dengan menumbuk dan memukul kepala mangsa menggunakan batu bata.

Selepas puas melampiaskan nafsunya suspek kemudian memukul kepala mangsa menggunakan balak sebelum mencekiknya hingga meninggal dunia,lebih memilukan apabila kemaluan mangsa juga turut di tusuk menggunakan batang kayu.

Menurut pengakuan suspek ,dia sebenarnya memiliki dendam kepada mangsa kerana mangsa sebelumnya pernah mengejeknya tidak kacak di hadapan kekasihnya.

Pada keesokan harinya,mayat gadis malang itu ditemukan dengan keadaan setengah bugil dengan luka dibagian kedua mata dan mulut,lebih menyedihkan bagian intim mangsa juga mengeluarkan darah.

Purwodadi, Aiptu Joko Santosa ketua polis pasuruan hari ini mengeluarkan kenyataan bahwa pembunuhan gadis malang itu masih dalam siasatan lanjut.

“Pihak kami masih lagi mendalami kes,4 lagi individu yang terlibat dalam pesta arak sudah di tahan.namun pihak masih belum mengetahui sama ada mereka terlibat dalam pembunuhan tersebut” katanya ketika dihubungi

Kredit : EBerita

The post Punca & Kronologi Gadis Dir0g0l Sebelum Di Tusuk Batang Kayu !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Penduduk TERGEMPAR Temui Bangkai Penyu Tanpa Perut Berselerak Di Pulau Bum-Bum !!!

Penduduk TERGEMPAR Temui Bangkai Penyu Tanpa Perut Berselerak Di Pulau Bum-Bum !!!

Penduduk TERGEMPAR Temui Bangkai Penyu Tanpa Perut Berselerak Di Pulau Bum-Bum !!! | MALAYSIA KINII – Jabatan Hidupan Liar Sabah hari ini mengesahkan penemuan beberapa bangkai penyu yang terdampar di pantai di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pengarahnya, Augustine Tuuga, berkata pegawainya di Tawau mendapat pengesahan mengenai penemuan itu selepas menghubungi penduduk kampung di Pulau Bum-Bum yang mengambil gambar bangkai penyu terbabit sehingga ia tersebar di media sosial, semalam.

Beliau berkata, pegawai terbabit sudah diarah membuat siasatan lanjut di pulau berkenaan termasuk pergi lokasi sebenar penemuan bangkai haiwan marin itu, hari ini.

“Berdasarkan pengakuan penduduk itu yang mengakui mengambil gambar bangkai penyu berkenaan, kita menganggap ia adalah benar (bangkai penyu terdampar di Semporna).

“Tindakan sekarang ialah untuk pergi ke lokasi dan membuat pengesahan serta menentukan berapa banyak penyu yang mati. Berdasarkan gambar yang tersebar itu, ia adalah penyu hijau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gambar yang tersebar di laman sosial sejak semalam menunjukkan beberapa ekor penyu dengan keadaan perutnya terdedah, terdampar di tepi pantai berkenaan.

Punca kematian haiwan marin terbabit termasuk sama ada ia dibunuh belum dapat dipastikan.

Pada awal 2014, kira-kira 60 bangkai penyu ditemui terapung di perairan Pulau Tiga, Kudat, manakala empat lagi ditemui terapung di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pada Mac 2015, pihak berkuasa menemui 19 bangkai penyu hijau di Pulau Tiga di utara Pulau Balambangan dan Banggi dekat perairan Kudat, dipercayai cuba diseludup secara hidup melalui laut, namun gagal berbuat demikian berikutan kekerapan rondaan pasukan keselamatan.

Sumber : Berita Harian

The post Penduduk TERGEMPAR Temui Bangkai Penyu Tanpa Perut Berselerak Di Pulau Bum-Bum !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
(FOTO) Jawapan Dari Tentera ISRAEL Mengapa Mereka Lari Bertempiaran Apabila Dikejar Rakyat PALESTINE Yg Hanya Bersenjatakan BATU & Pisau MENGEJUTKAN !!!

(FOTO) Jawapan Dari Tentera ISRAEL Mengapa Mereka Lari Bertempiaran Apabila Dikejar Rakyat PALESTINE Yg Hanya Bersenjatakan BATU & Pisau MENGEJUTKAN !!!

(FOTO) Jawapan Dari Tentera ISRAEL Mengapa Mereka Lari Bertempiaran Apabila Dikejar Rakyat PALESTINE Yg Hanya Bersenjatakan BATU & Pisau MENGEJUTKAN !!! | MALAYSIA KINII – Dengan memegang batu Intifadah, seorang pemuda Palestina, Maher Farukh berlari mengejar seorang tentera Zionis yang bersenjata lengkap.

Rupanya Farukh tak terima melihat tentera penjajah Israel menembak teman-temannya di gerbang Utara Kota Birah menggunakan peluru tajam.

Berbekal iman dan keberanian, ia mengejar tentara tersebut dengan batu di tangannya. Rupanya pasukan Israel bersenjatakan lengkap –bahkan tubuh dan kepalanya—dibalut dengan rompi dan helmet anti peluru, ia berlari amat ketakutan, sebuah pemandangan baru mengungkap kepalsuan militer Israel dan konon legendanya diakui sebagai tentera tak senang dikalahkan.

Fofo-foto ketakutan tentara Israel yang lari ketakutan menghadapi batu-batu sijjil, berjaya dirakam oleh kamera, dan dimuatnaik di laman palinfo.com, berbahasa Arab.

Pasukan Israel lain, menggunakan jip militer memburu pejuang Palestina tersebut dan menabraknya [palinfo]Seperti biasa, pasukan Israel lain, menggunakan jip militer memburu pejuang Palestina tersebut dan berupaya menabraknya dan menangkap sang pemuda beramai-ramai, menutupi mitos ‘kehebatan penjajah’.

Sebelumnya, pemandangan serupa terjadi di Hebron. Seorang pemuda pejuang Palestina, berpura-pura menggunakan rompi wartawan, mengejar tentara penjajah menggunakan pisau. Meski dibekali senjata mutakhir, tentara Israel juga lari terbirit-birit ketakutan.

Dalam kejadian ini, pria Palestina ini akhirnya gugur ditembak.

Mengapa tentara Yahudi begitu takut meski hanya dengan batu?

Tentera Israel: “kami tahu yang mengejar kami langsung tidak takut mati, buatkan kami sangat takut!”

Sebagaimana diketahui, pelajaran Perang Gaza tiga kali telah menunjukkan kepada kita semua, sesungguhnya tentara-tentara Yahudi-Israel hanya dikenal sebagai ‘pasukan perang yang takut mati’, meski ditutupi dengan sikap angkuh dan sombong.
Tentara Israel bersenjata canggih ini lari ketakutan dikejar seorang pejuang ‘intifada pisau’ di Hebron. Dalam kejadian ini, lelaki ini akhirnya gugur ditembak. [reuters]Sebab Allah Subhanahu Wata’ala sendiri yang berjanji, telah memasukkan berbagai ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir. Mereka telah ditanamkan rasa takut mati, takut masa depan, takut terluka, takut akan bencana, takut kehilangan harta. Kaum kafir sangat mencintai dunia, sedang orang beriman tidak.

سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ وَبِئْسَ مَثْوَى الظَّالِمِينَ

“Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan kete­rangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zalim.” (QS: Ali Imran: 151).

Semoga ini menjadi pelajaran bersama bagi kaum beriman.*

Sumberbulletinmedia

The post (FOTO) Jawapan Dari Tentera ISRAEL Mengapa Mereka Lari Bertempiaran Apabila Dikejar Rakyat PALESTINE Yg Hanya Bersenjatakan BATU & Pisau MENGEJUTKAN !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Lelaki Kongsi Kisah Isterinya Disihir Oleh Bapa Sendiri Untuk Mati Ketika Melahirkan Anak !!!

Lelaki Kongsi Kisah Isterinya Disihir Oleh Bapa Sendiri Untuk Mati Ketika Melahirkan Anak !!!

Lelaki Kongsi Kisah Isterinya Disihir Oleh Bapa Sendiri Untuk Mati Ketika Melahirkan Anak !!! | MALAYSIA KINII – Sihir dan ilmu hitam sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan bukan ingin membuat tuduhan membabi buta tetapi itulah hakikat yang jelas terbukti sehingga kini.

Apabila marah atau berdendam, jalan yang terbaik yang dilakukan adalah dengan menyihir orang sehingga puas hati, malah ada yang mati kerana terkena sihir buatan orang.

Satu perkongsian daripada laman Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang lelaki telah berkongsi tentang masalah yang kini dia hadapi setelah isterinya dikatakan hampir mati setelah terkena sihir buatan orang yang dipercayai dihantar oleh keluarganya sendiri.

Jom ikuti luahan hati dan perkongsiannya yang agak mengejutkan ramai, mana tidaknya, ahli keluarga sendiri sanggup menyihir kerana marah dan dendam.

“Sejak beberapa bulan ini aku tengok isteri selalu sakit sampai pucat muka. Katanya letih jaga anak. Aku faham. Tapi minggu lepas dia mengadu yang badan dia bisa-bisa sampai muntah setiap hari.”

Tetapi, setelah dibawa ke klinik dan diperiksa doktor, penyakit isterinya masih tidak dapat diketahui puncanya. Kerana itulah ibu mertuanya meminta dia membawa isterinya pergi berjumpa dengan ustaz sebagai rawatan alternatif kepada penyakit yang dihidapi isterinya itu.

“Aku keberatan sehingga tiga hari lepas benda ini dah jadi teruk, isteri aku sakit yang teramat dan buang air besar sehingga keluar benang kuning yang panjang.

“Dia tak dapat nak jaga anak kami. Aku bergegas bawa dia jumpa dengan ustaz.”

Benang yang keluar dari najis isterinya

Setibanya dia di rumah ustaz, sakit isterinya makin menjadi-jadi. Ustaz cuba membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dihembus ke seluruh tubuh badan si isteri. Apabila diberi minum air tawar, ternyata perkara dan benda-benda asing banyak keluar dari muntah isterinya itu.

“Isteri aku dah lega dan dibawa berehat dalam kereta. Ustaz itu tiba-tiba tepuk bahu aku, dia tegur aku untuk duduk kejap dekat sini sebab nak beritahu sesuatu.

“Ustaz kata ada orang hantar ‘benda’ dekat isteri aku dengan niat nak kasi mati. Sebabnya orang ini hati dia busuk dan memang nak isteri aku mati semasa bersalin dulu. Tapi Allah panjangkan umur anak bini aku.”

Walau bagaimanapun, kata-kata tersebut masih lagi belum cukup baginya untuk terkejut dan ustaz berkenaan akhirnya telah berjaya membongkarkan siapakah dalang yang bertanggungjawab di sebalik ilmu sihir yang syirik ini.

Kata ustaz lagi, orang yang hantar sihir ini adalah bapa aku sendiri. Aku sedih, kecewa.” Kenapa manusia begitu kejam?

“Aku tahu ustaz ini boleh baca orang. Dia tahu sebab dia pengamal perubatan. Dia beritahu aku supaya aku lebih berhati-hati. Bapa aku hantar ‘benda’ dekat isteri aku sebab dendam.

“Dendam bertahun lamanya sebab tak dapat kahwinkan aku dengan anak dara kawan baik dia,” luah pengadu.

Malahan katanya lagi, perkahwinannya dengan isterinya itu langsung tidak dihiraukan oleh keluarga dan dia mengetahui yang isterinya bukanlah seorang menantu pilihan keluarga.

“Sampai sekarang aku rasa bersalah dengan keluarga dan isteri aku sendiri. Aku kasihankan anak aku yang masih kecil ni. Patutkah aku maafkan bapa dan keluarga aku sendiri? Aku buntu,” katanya dengan harapan untuk menerima sokongan dan pendapat dari netizen.

Perkongsian dan luahan hati lelaki ini telah mendapat banyak sokongan selain pendapat untuk mengatasi perkara tersebut malahan masih ada yang mencemuh dengan tindakan keluarga lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai sangat tidak berperikemanusiaan dan tiada belas kasihan sesama manusia.

Sumber : KRT

The post Lelaki Kongsi Kisah Isterinya Disihir Oleh Bapa Sendiri Untuk Mati Ketika Melahirkan Anak !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Kapal Ini Tidak Pernah Terbang Sejak Dibeli, Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat Menyayat Hati !!!

Kapal Ini Tidak Pernah Terbang Sejak Dibeli, Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat Menyayat Hati !!!

Kapal Ini Tidak Pernah Terbang Sejak Dibeli, Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat Menyayat Hati !!! | MALAYSIA KINII – Kebiasaannya kanak-kanak yang sedang bermain akan menjenguk ke langit untuk melihat kapal terbang apabila terdengar bunyi yang kuat dan terbang tinggi di tengah-tengah awan.

Bagi kebanyakan mereka di India, menaiki kapal terbang merupakan impian semua orang! Kepada golongan miskin dan susah mereka tidak mampu menikmati pengalaman yang menggembirakan ini.

Bahadur Chand Gupta seorang lelaki yang mulia dari Haryana ini telah membeli kapal terbang untuk membenarkan orang yang miskin dan susah untuk menikmati pengalaman ketika berada di dalamnya!

Sangat menarik untuk melihat penerbangan yang diletakkan di atas jalan raya ini yang tidak ada di dalam mana-mana lapangan terbang.

Di pinggir New Delhi, sebuah pesawat yang telah dilupuskan oleh Airbus A 300 dibiarkan di mana orang miskin boleh menaiki kapal terbang ini tetapi ia tidak akan berlepas!

Kembali pada tahun 2003, Bahadur membeli kapal terbang yang bernilai 6 lakhs ini setelah menjual tanahnya untuk membenarkan orang miskin untuk merasai pengalaman ketika di aura penerbangan.

Bahadur berasal dari sebuah kampung yang sangat terpencil dan telah menyertai untuk berkhidmat di sebuah syarikat penerbangan di India pada tahun 1980.

Pada masa itu, terdapat satu kisah di mana seorang lelaki yang tidak mampu untuk menaiki kapal terbang telah meminta Bahadur untuk membawanya masuk secara rahsia, Bahadur membawa lelaki itu menyelinap masuk secara rahsia tetapi telah ditangkap, sejak itu dia sedar bahawa adalah mustahil untuk seorang yang susah dan miskin untuk merasai pengalaman berada di dalam kapal terbang.

Ketika itu dia memutuskan bahawa semua orang boleh menikmati pengalaman berada di dalam kapal terbang.

Sebagai seorang pesara jurutera pesawat, Bahadur juga membolehkan kanak-kanak kecil di dalam kokpit penerbangan untuk mengajar mereka bagaimana ia berfungsi! Bayaran yang dikenakan olehnya adalah hanya berdasarkan apa yang mereka mampu.

Prosesnya tetap sama, seseorang akan menaiki kapal terbang dengan pas masuk mereka, disambut oleh pramugari wanita, mencari jalan ke tempat duduk, arahan oleh tuan rumah di dalam pesawat, makanan yang ditawarkan dan sebagainya!

Ramai orang yang hanya mampu melihat kapal terbang di dalam TV atau hanya terbang di atas mereka, itu adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan! Bahadur Chand Gupta bahkan tidak menghadapi kekurangan wang dan telah menunaikan tujuannya untuk membantu golongan miskin!

Sumber : Era Baru

The post Kapal Ini Tidak Pernah Terbang Sejak Dibeli, Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat Menyayat Hati !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Ini RESPON Hospital Berkenaan DNA 23 Pelajar Tahfiz Yang Terbabit Kebakaran !!!

Ini RESPON Hospital Berkenaan DNA 23 Pelajar Tahfiz Yang Terbabit Kebakaran !!!

Ini RESPON Hospital Berkenaan DNA 23 Pelajar Tahfiz Yang Terbabit Kebakaran !!! | MALAYSIA KINII – KUALA LUMPUR: Keputusan Asid deoksiribonukleik (DNA) 23 pelajar tahfiz termasuk dua guru yang maut selepas terbabit dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat, di sini hanya akan dapat dikenal pasti beberapa hari lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata proses itu akan mengambil masa kerana membabitkan ramai mangsa.

DNA IBU BAPA DIPERLUKAN

“Bagi mengenal pasti identiti mangsa, DNA ibu bapa diperlukan dan pihak hospital baru menerimanya pagi tadi.

“Pihak hospital akan menggunakan sepenuh masa dan melakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mayat membabitkan kerjasama daripada Jabatan Kimia dan Jabatan Bencana.

“Setakat ini, semua identiti mangsa belum dikenal pasti,” katanya pada sidang media di lobi Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini sebentar tadi.

Katanya, setakat ini seramai tujuh mangsa iaitu enam pelajar termasuk seorang warganegara Indonesia dan seorang orang awam masih dirawat di HKL.

“Kesemua mangsa sedang dirawat di Jabatan Kecemasan HKL membabitkan empat mangsa yang mengalami kecederaan serius, manakala tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Wad Pemerhati.

“Dua mangsa yang mengalami kecederaan serius sudah pun dipindahkan ke wad resusitasi di Jabatan Kecemasan,” katanya.

Pelajar dirawat

1. Indra Kurniawan, 18, (warga Indonesia),

2. Muhd Shahir Sharifuddin, 13,

3. Zunnun Misri, 12, Adib Baqir, 15,

4. Muhammad Syahmin Che Azmi, 18,

5. Wan Muhammad Danish Hisham Wan Nor Hisham, 14

Orang awam dirawat – Sufian Emmad, 20.

Sumber : BHarian

The post Ini RESPON Hospital Berkenaan DNA 23 Pelajar Tahfiz Yang Terbabit Kebakaran !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Kebakaran Tahfiz.. Bapa Kongsi PETANDA Pelik Anak Sejak Sambutan Aidiladha !!!

Kebakaran Tahfiz.. Bapa Kongsi PETANDA Pelik Anak Sejak Sambutan Aidiladha !!!

Kebakaran Tahfiz.. Bapa Kongsi PETANDA Pelik Anak Sejak Sambutan Aidiladha !!! | MALAYSIA KINII – KUALA LUMPUR: “Jumaat lalu kami datang membawa makanan dan dia makan dengan begitu berselera sekali,” kata Nasron Mat Yusof, 46.

Beliau kehilangan anak kedua, Muhammad Nizamuddin, 13 dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pagi tadi.

KELAKUAN LAIN KETIKA PULANG BERAYA

Nasron berkata, anaknya itu juga kelihatan kurang ceria berbanding biasa ketika dia pulang bercuti pada sambutan Aidiladha lalu.

“Adalah beberapa perubahan yang saya lihat. Antaranya dia macam jauh (tidak ceria) dengan kami,” katanya.

2 TAHUN BELAJAR

Beliau berkata, arwah anaknya sudah dua tahun belajar di tahfiz berkenaan.

Selain Muhammad Nizamuddin, seorang lagi anak Nasron, Zunnun Misri, 15, turut cedera di belakang namun tidak serius.

“Anak sulung saya yang menghubungi menyuruh saya cepat datang ke tahfiz.

“Walaupun begini tragedinya saya tetap reda kerana pada akhir hidup kita, akhirat yang kekal abadi,” katanya.

Sumber : BeritaHarian

The post Kebakaran Tahfiz.. Bapa Kongsi PETANDA Pelik Anak Sejak Sambutan Aidiladha !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram

Inilah Tulisan Surat Terakhir Untuk Ayah & Ibu Salah Seorang Mangsa Kebakaran Tahfiz Buat Ramai SAYU !!!

Inilah Tulisan Surat Terakhir Untuk Ayah & Ibu Salah Seorang Mangsa Kebakaran Tahfiz Buat Ramai SAYU !!! | MALAYSIA KINII – Seorang pelajar tahfiz yang terkorban dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini sempat memberi ibunya surat, semalam.

Norhayati Khalid,42, berkata, anaknya Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.

“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”

“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya.

“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”

Menurut Norhayati, dia mendapat panggilan pada 6 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.

“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.

Seramai 22 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.

Berita sedih itu disampaikan kepada media oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Video Berkaitan :

LAGI BERITA BERKAITAN

BACA : Adik Ni Kongsi Pengalaman CEMAS Selamatkan Bayi Ustaz (LINK)
BACA : Pengalaman PELIK Ahli Bomba Ketika Selamatkan Mangsa Kebakaran Tahfiz (LINK)
BACA : Saksi Terdengar JERITAN Pelajar Tahfiz. Tindakan Selanjutnya Amat MENGEJUTKAN (LINK)

Kredit : HMetro

The post Inilah Tulisan Surat Terakhir Untuk Ayah & Ibu Salah Seorang Mangsa Kebakaran Tahfiz Buat Ramai SAYU !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Kes Lelaki Afrika Cekik Cuba Lemaskan Budak Perempuan Di Puchong, Puncanya Buat Ramai MARAH !!!

Kes Lelaki Afrika Cekik Cuba Lemaskan Budak Perempuan Di Puchong, Puncanya Buat Ramai MARAH !!!

Kes Lelaki Afrika Cekik Cuba Lemaskan Budak Perempuan Di Puchong, Puncanya Buat Ramai MARAH !!! | MALAYSIA KINII – Puchong: Seorang lelaki warga Afrika seolah-olah dirasuk apabila mencekik seorang kanak-kanak perempuan sambil cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Puchong, Puchong di sini.

Kejadian itu yang dipercayai berlaku jam 5 petang Sabtu lalu menjadi tular hingga mencemaskan orang ramai.

Rakaman dipercayai diambil menggunakan telefon pintar itu turut menunjukkan punca lelaki berusia lingkungan 30-an menjerit dan bertindak gila seakan dirasuk .

Posted by Shiddiq Zwei on Saturday, September 9, 2017

Bagaimanapun, jeritan mangsa menarik perhatian pengawal keselamatan di kediaman itu sebelum mereka membelasah lelaki Afrika itu.

Posted by Shiddiq Zwei on Saturday, September 9, 2017

Penjenayah ditahan dan diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan menerima panggilan daripada pengawal keselamatan pangsapuri itu yang menahan suspek.

Posted by Shiddiq Zwei on Saturday, September 9, 2017

“Polis menerima laporan seorang lelaki Afrika yang kurang siuman membuat kacau di lokasi. Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Bukit Puchong.

“Suspek kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama. Sehingga kini pihak polis tidak menerima laporan daripada pihak pengurusan pangsapuri atau mangsa berhubung kejadian itu,” katanya.

Sumber : HMetro

The post Kes Lelaki Afrika Cekik Cuba Lemaskan Budak Perempuan Di Puchong, Puncanya Buat Ramai MARAH !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram