Ini RESPON Hospital Berkenaan DNA 23 Pelajar Tahfiz Yang Terbabit Kebakaran !!! | MALAYSIA KINII – KUALA LUMPUR: Keputusan Asid deoksiribonukleik (DNA) 23 pelajar tahfiz termasuk dua guru yang maut selepas terbabit dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat, di sini hanya akan dapat dikenal pasti beberapa hari lagi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata proses itu akan mengambil masa kerana membabitkan ramai mangsa.
DNA IBU BAPA DIPERLUKAN
“Bagi mengenal pasti identiti mangsa, DNA ibu bapa diperlukan dan pihak hospital baru menerimanya pagi tadi.
“Pihak hospital akan menggunakan sepenuh masa dan melakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mayat membabitkan kerjasama daripada Jabatan Kimia dan Jabatan Bencana.
“Setakat ini, semua identiti mangsa belum dikenal pasti,” katanya pada sidang media di lobi Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini sebentar tadi.
Katanya, setakat ini seramai tujuh mangsa iaitu enam pelajar termasuk seorang warganegara Indonesia dan seorang orang awam masih dirawat di HKL.
“Kesemua mangsa sedang dirawat di Jabatan Kecemasan HKL membabitkan empat mangsa yang mengalami kecederaan serius, manakala tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Wad Pemerhati.
“Dua mangsa yang mengalami kecederaan serius sudah pun dipindahkan ke wad resusitasi di Jabatan Kecemasan,” katanya.
Pelajar dirawat
1. Indra Kurniawan, 18, (warga Indonesia),
2. Muhd Shahir Sharifuddin, 13,
3. Zunnun Misri, 12, Adib Baqir, 15,
4. Muhammad Syahmin Che Azmi, 18,
5. Wan Muhammad Danish Hisham Wan Nor Hisham, 14
Orang awam dirawat – Sufian Emmad, 20.
Sumber : BHarian
The post Ini RESPON Hospital Berkenaan DNA 23 Pelajar Tahfiz Yang Terbabit Kebakaran !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.