Lelaki Kongsi Kisah Isterinya Disihir Oleh Bapa Sendiri Untuk Mati Ketika Melahirkan Anak !!! | MALAYSIA KINII – Sihir dan ilmu hitam sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan bukan ingin membuat tuduhan membabi buta tetapi itulah hakikat yang jelas terbukti sehingga kini.
Apabila marah atau berdendam, jalan yang terbaik yang dilakukan adalah dengan menyihir orang sehingga puas hati, malah ada yang mati kerana terkena sihir buatan orang.
Satu perkongsian daripada laman Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang lelaki telah berkongsi tentang masalah yang kini dia hadapi setelah isterinya dikatakan hampir mati setelah terkena sihir buatan orang yang dipercayai dihantar oleh keluarganya sendiri.
Jom ikuti luahan hati dan perkongsiannya yang agak mengejutkan ramai, mana tidaknya, ahli keluarga sendiri sanggup menyihir kerana marah dan dendam.
“Sejak beberapa bulan ini aku tengok isteri selalu sakit sampai pucat muka. Katanya letih jaga anak. Aku faham. Tapi minggu lepas dia mengadu yang badan dia bisa-bisa sampai muntah setiap hari.”
Tetapi, setelah dibawa ke klinik dan diperiksa doktor, penyakit isterinya masih tidak dapat diketahui puncanya. Kerana itulah ibu mertuanya meminta dia membawa isterinya pergi berjumpa dengan ustaz sebagai rawatan alternatif kepada penyakit yang dihidapi isterinya itu.
“Aku keberatan sehingga tiga hari lepas benda ini dah jadi teruk, isteri aku sakit yang teramat dan buang air besar sehingga keluar benang kuning yang panjang.
“Dia tak dapat nak jaga anak kami. Aku bergegas bawa dia jumpa dengan ustaz.”
Benang yang keluar dari najis isterinya
Setibanya dia di rumah ustaz, sakit isterinya makin menjadi-jadi. Ustaz cuba membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dihembus ke seluruh tubuh badan si isteri. Apabila diberi minum air tawar, ternyata perkara dan benda-benda asing banyak keluar dari muntah isterinya itu.
“Isteri aku dah lega dan dibawa berehat dalam kereta. Ustaz itu tiba-tiba tepuk bahu aku, dia tegur aku untuk duduk kejap dekat sini sebab nak beritahu sesuatu.
“Ustaz kata ada orang hantar ‘benda’ dekat isteri aku dengan niat nak kasi mati. Sebabnya orang ini hati dia busuk dan memang nak isteri aku mati semasa bersalin dulu. Tapi Allah panjangkan umur anak bini aku.”
Walau bagaimanapun, kata-kata tersebut masih lagi belum cukup baginya untuk terkejut dan ustaz berkenaan akhirnya telah berjaya membongkarkan siapakah dalang yang bertanggungjawab di sebalik ilmu sihir yang syirik ini.
Kata ustaz lagi, orang yang hantar sihir ini adalah bapa aku sendiri. Aku sedih, kecewa.” Kenapa manusia begitu kejam?
“Aku tahu ustaz ini boleh baca orang. Dia tahu sebab dia pengamal perubatan. Dia beritahu aku supaya aku lebih berhati-hati. Bapa aku hantar ‘benda’ dekat isteri aku sebab dendam.
“Dendam bertahun lamanya sebab tak dapat kahwinkan aku dengan anak dara kawan baik dia,” luah pengadu.
Malahan katanya lagi, perkahwinannya dengan isterinya itu langsung tidak dihiraukan oleh keluarga dan dia mengetahui yang isterinya bukanlah seorang menantu pilihan keluarga.
“Sampai sekarang aku rasa bersalah dengan keluarga dan isteri aku sendiri. Aku kasihankan anak aku yang masih kecil ni. Patutkah aku maafkan bapa dan keluarga aku sendiri? Aku buntu,” katanya dengan harapan untuk menerima sokongan dan pendapat dari netizen.
Perkongsian dan luahan hati lelaki ini telah mendapat banyak sokongan selain pendapat untuk mengatasi perkara tersebut malahan masih ada yang mencemuh dengan tindakan keluarga lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai sangat tidak berperikemanusiaan dan tiada belas kasihan sesama manusia.
Sumber : KRT
The post Lelaki Kongsi Kisah Isterinya Disihir Oleh Bapa Sendiri Untuk Mati Ketika Melahirkan Anak !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.