Kebakaran Tahfiz.. Bapa Kongsi PETANDA Pelik Anak Sejak Sambutan Aidiladha !!! | MALAYSIA KINII – KUALA LUMPUR: “Jumaat lalu kami datang membawa makanan dan dia makan dengan begitu berselera sekali,” kata Nasron Mat Yusof, 46.
Beliau kehilangan anak kedua, Muhammad Nizamuddin, 13 dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pagi tadi.
KELAKUAN LAIN KETIKA PULANG BERAYA
Nasron berkata, anaknya itu juga kelihatan kurang ceria berbanding biasa ketika dia pulang bercuti pada sambutan Aidiladha lalu.
“Adalah beberapa perubahan yang saya lihat. Antaranya dia macam jauh (tidak ceria) dengan kami,” katanya.
2 TAHUN BELAJAR
Beliau berkata, arwah anaknya sudah dua tahun belajar di tahfiz berkenaan.
Selain Muhammad Nizamuddin, seorang lagi anak Nasron, Zunnun Misri, 15, turut cedera di belakang namun tidak serius.
“Anak sulung saya yang menghubungi menyuruh saya cepat datang ke tahfiz.
“Walaupun begini tragedinya saya tetap reda kerana pada akhir hidup kita, akhirat yang kekal abadi,” katanya.
Sumber : BeritaHarian
The post Kebakaran Tahfiz.. Bapa Kongsi PETANDA Pelik Anak Sejak Sambutan Aidiladha !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.