Inilah Tulisan Surat Terakhir Untuk Ayah & Ibu Salah Seorang Mangsa Kebakaran Tahfiz Buat Ramai SAYU !!! | MALAYSIA KINII – Seorang pelajar tahfiz yang terkorban dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini sempat memberi ibunya surat, semalam.
Norhayati Khalid,42, berkata, anaknya Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”
“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya.
“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”
Menurut Norhayati, dia mendapat panggilan pada 6 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.
“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.
Seramai 22 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.
Berita sedih itu disampaikan kepada media oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Video Berkaitan :
LAGI BERITA BERKAITAN
BACA : Adik Ni Kongsi Pengalaman CEMAS Selamatkan Bayi Ustaz (LINK)
BACA : Pengalaman PELIK Ahli Bomba Ketika Selamatkan Mangsa Kebakaran Tahfiz (LINK)
BACA : Saksi Terdengar JERITAN Pelajar Tahfiz. Tindakan Selanjutnya Amat MENGEJUTKAN (LINK)
Kredit : HMetro
The post Inilah Tulisan Surat Terakhir Untuk Ayah & Ibu Salah Seorang Mangsa Kebakaran Tahfiz Buat Ramai SAYU !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.