Rafizi Kantoikan Pembangkang BN & PAS Kaw-Kaw Dalam Isu Janji Turunkan Harga Minyak RM1.50 Seliter.

Oleh : Rafizi Ramli
RAFIZI BOHONG, KAMI ADA BUKTI DIA JANJI MINYAK RM1.50
Rupanya menulis panjang lebar dengan graf dan jadual susah difahami penyokong UMNO/PAS. Mereka masih mendabik dada ada bukti saya berjanji harga minyak RM1.50 seliter.

Agaknya mereka susah memahami angka-angka. Dah lama sangat duduk dalam budaya telan bulat-bulat apa yang disuap, disiplin kira-kira sendiri semakin tumpul (agaknya).

Saya teliti royan (ini satu kata nama khas yang sesuai kepada hasil kerja meroyan) mereka ini yang mendakwa mereka ada video saya bersyarah di atas bumbung menjanjikan harga minyak RM1.50.

Ada satu perkara dari royan mereka itu yang betul. Yang lain semua akibat kurang hadam, kurang ilmu, kurang membaca dan pelbagai kurang yang lain.

Video saya bersyarah itu benar-benar wujud.

Perkara-perkara yang kurang saya jelaskan di bawah (rujuk cetakan skrin mengikut nombor) :




[1] Adakah video itu benar-benar wujud? Adakah ia satu “photoshop”? 


Jawapan : Ia benar-benar wujud dan saya pernah menyebut mengenai bagaimana harga minyak boleh diturunkan serendah RM1.50 seliter.




[2] Bila video itu dirakam (kerana harga RM1.50 seliter mestilah merujuk kepada harga minyak mentah dunia pada ketika itu)?

Jawapan : Video dirakam akhir Jun 2017 sebagai persediaan promosi kepada Jelajah #BinaSemulaNegara yang saya usahakan bermula minggu pertama Julai 2017.




[3] Baik, video dirakam akhir Jun 2017 jadi harga RM1.50 seliter itu merujuk kepada suasana pasaran minyak mentah pada ketika itu. Berapa harga minyak mentah sekitar akhir Jun 2017 ke awal Julai 2017?

Jawapan : Mengikut Bloomberg, harga rujukan minyak mentah Brent pada ketika itu (akhir Jun 2017 ke awal Julai 2017) adalah sekitar USD45 ke USD46 se-tong.




[4] Menggunakan formula RON95 yang ditetapkan pentadbiran Dato’ Seri Najib, jika harga minyak mentah USD45 ke USD46 se-tong, berapa harga RON95 tanpa subsidi?
 

Jawapan : Antara RM1.80 seliter.

Sebab itulah semasa saya merakamkan video itu, saya menyebut harga RON95 boleh diturunkan serendah RM1.50 seliter, kerana harga pasaran tanpa subsidi (pada ketika itu) ialah RM1.80 seliter. Kalau pentadbiran Dato’ Seri Najib memberikan subsidi sebanyak 30 sen seliter pada ketika itu, harga RON95 turun kepada RM1.50 seliter.

Pokoknya, perlu ada mekanisme subsidi minyak supaya apabila harga minyak naik, keuntungan tambahan kepada kerajaan (hasil minyak) itu dipulangkan kembali kepada rakyat.

Sekarang ini kerajaan PH telah pun memberikan subsidi antara 17 sen hingga 30 sen seliter antara 9 Mei hingga sekarang (bergantung kepada harga minyak mentah dunia). Itu bersamaan dengan menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter dalam bulan Jun 2017 ke awal Julai 2017, kerana pada ketika itu harga minyak mentah dunia adalah USD45 se-tong.

Masalahnya, harga minyak mentah dunia sekarang bukan USD45 se-tong tetapi sekitar USD75 se-tong.

Apabila minyak mentah naik dari USD45 kepada USD75 se-tong ini, berapa tambahan keuntungan kepada Kerajaan Persekutuan?

Rujuk penulisan saya di http://rafiziramli.com/2018/07/kisah-harga-minyak/, pertambahan keuntungan kepada Kerajaan Persekutuan adalah RM1.77 bilion. Daripada jumlah itu, 78% (atau RM1.38 bilion) telah dikembalikan semula kepada rakyat untuk menyediakan subsidi sebanyak 17 sen hingga 30 sen seliter itu.

Maknanya, tidak ada banyak berbaki yang disimpan kerajaan. Sebahagian besarnya dikembalikan kepada rakyat untuk mengekalkan harga minyak pada RM2.20.

Kalau ditanya lagi ke mana pergi wang apabila hasil negara meningkat akibat kenaikan harga minyak, saya minta hentikanlah royan itu kerana nampak sangat ia bertujuan menyerang semata-mata.

Lebih baik penyokong Umno/PAS ini cuba belajar menjadi pembangkang yang baik dan menimbulkan isu yang jelas ada salahnya.

Bukan macam dulu :


Yang UMNOnya mati-matian mempertahankan 1MDB dan rompakan wang. 


Yang PASnya mati-matian menyatakan tiada salah dengan 1MDB dan “berpuas hati” dengan rancangan rasionalisasi 1MDB.

Jadilah pembangkang yang berkhidmat untuk rakyat, bukan peroyan.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

'Ponteng Parlimen' - Allah Bayar Cash Pada Dr. Maszlee, Sekarang Kamu Sendiri Buat Pada Tahun 2018 Kata Netizen.

Semalam media melaporkan Ahli Parlimen ponteng beramai-ramai dalam persidangan Dewan Rakyat. Menurut laporan Awani, Speaker, Datuk Mohd Ariff terpaksa menangguhkan sidang Parlimen apabila sehingga jam 2.30 petang tiada seorang pun kelibat Menteri mahupun Timbalan Menteri dilihat masuk ke dalam Dewan Rakyat bagi menyertai perbahasan.

Bagaimanapun persidangan Parlimen bersambung semula pada jam 2.36 petang apabila Speaker memaklumkan Parlimen telah cukup korum dengan kehadiran 36 anggota Ahli Parlimen.

Laporan itu kemudiannya dikecam oleh netizens dan menyifatkan Ahli Parlimen tidak sepatutnya ponteng perbahasan dewan memandangkan ianya antara tugas utama wakil rakyat dan mereka dibayar gaji tinggi untuk itu.

Sesetengah netizens pun berpendapat Ahli Parlimen sepatutnya bijak mengatur jadual memandangkan sesi perbahasan telah diketahui lebih awal yang membolehkan mereka menyusun masa agar tidak bercanggahan dengan tugas lain.

Perkara itu lantas mendorong beberapa cadangan antaranya;

1. Potong gaji Ahli Parlimen yang kerap ponteng

2. Punch card waktu kehadiran Ahli Parlimen

3. Jika kehadiran teruk, Ahli Parlimen terbabit perlu dihukum dengan hukuman seperti dilarang menyertai pilihanraya selama 2 penggal 

Dan beberapa cadangan lain.

Di sosial media pula, selain kritikan, beberapa netizens dilihat mengecam status Facebook Menteri Pendidikan, Dr Maszlee yang pernah menulis tentang isu ponteng Parlimen.

Post di Facebook itu ditulis pada tahun 2015, di mana ketika itu Dr. Maszlee menulis mengenai tindakan ponteng Parlimen yang dibuat oleh Najib Razak - Pekan dan Abdul Hadi Awang - Marang.


Post itu kembali menjadi tular semalam apabila netizens beramai-ramai mengingatkan Menteri Pendidikan itu mengenai apa yang pernah beliau lontarkan suatu masa dahulu.



Untuk rekod, gaji Ahli Parlimen ialah RM16,000 tidak termasuk elaun dan beberapa kemudahan lain. Jika satu-satu Ahli Parlimen itu menjawat jawatan dalam kerajaan seperti Menteri ataupun Timbalan Menteri, dia akan menerima gaji dan faedah yang berbeza atas sebab jawatan yang berbeza. - 25 Julai 2018.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Ustaz Rozaimi Tunjuk Bukti PAS pun Sokong UEC -

Laman sosial hangat dengan peperangan maya diantara kem Rozaimi Ramlee yang disokongpadu oleh penyokong Pakatan Harapan dengan kem penyokong PAS.

Ini gara-gara Ustaz Rozaimi Ramlee yang menyebarkan satu poster merujuk kepada ucapan Tuan Guru Hadi Awang mengenai keperluan menunaikan janji-janji di dalam manifesto.

Ustaz Rozaimi turut menyelitkan kata-kata semasa berkongsikan poster tersebut yang mana akhirnya menimbulkan kemarahan pada penyokong-penyokong PAS.

"Saya tidak tahu kesan baik atau buruk UEC.saya juga tidak pro kepada UEC. Saya menunggu kajian menteri tentang UEC. Namun yang saya tahu pengiktirafan UEC memang disebut dalam manifesto PH.

Apa yang menghairankan ramai juga penyokong Tok Guru yang menyokong kenyataan beliau gambar ini membantah pengiktirafan UEC. 


Bukankah membantah UEC itu sebenarnya menggalakkkan orang memungkiri janji? Adakah itu tindakan yang benar? Di mana sifat konsisten kita?," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dipercayai dibuat bagi mempersoalkan sikap konsisten sesetengah pihak yang mendesak membatalkan janji mengiktirafkan sijil UEC sedangkan dalam masa yang sama pihak tersebut juga mendesak agar Pakatan Harapan melaksanakan manifestonya seperti yang telah dijanjikan kepada pengundi-pengundi mereka.

Bagaimanapun setelah ditempelak oleh Ustaz Rozaimi, penyokong PAS tidak berdiam diri.

Ada di antara mereka mempersoalkan kesungguhan Ustaz Rozaimi menjadi jurucakap kepada kerajaan baru.

"Nak cakap bangang kang meloncat. Manifesto hanya UEC aje ke? Janji lain, tol, minyak, mana?. Dr. hadis kena kencing ke kena berak?," tulis Adib.

"Kalau janji tu membawa keburukan kena teruskan juga ke? Saya pernah baca hadis kalau berjanji/nazar perkara tak elok, tak perlu diteruskan. Wallahu'alam. Saya hanya pendekar papan kekunci sahaja," tulis Zzu pula.

"Dah tu dimana janji nak hapuskan tol?. Oh ye, baru kawin mana boleh terus beranak! Tunggu la lagi 4 tahun lebih sebelum PRU seterusnya. Time tu harga minyak, barang semua turun. Tol pun hilang agaknya. Kah!," respon Aizat.

"WAHAI DOKTOR, Islam tak ajar melaksanakan janji pada perkara yang akan menjejaskan maruah anak bangsa dan agama.

Dalam ilmu DOKTOR, pasti belajar bagaimana untuk memilih mudarat yang lebih kecil dengan menolak mudarat yang lebih besar,"
kata Nadhirah.


"Dangkalnya hujah seorang pemegang PHD. Kalau orang janji nak bunuh diri adakah mereka dikira memungkiri janji sebab kita menghalang?

Sorry Dr. Rora, kebodohan, kemacaian, dan kedengkian anda terhadap PAS/TGHH seperti satu hasad yang tidak tahu mana puncanya. Saya tak tahu apa relevan posting ini dengan PHD anda..

Sudah-sudahlah RORA, kesian mak anda yang penat-penat suruh belajar hadith tapi posting emosional macam ni je yang kamu keluarkan.

Jadilah orang yang lebih cerdik. Saya harap ada rakan-rakan Dr yang tolong nasihatkan Dr juga selain tolong nasihatkan Mahathir,"
komen Vel Oliver.



Namun RORA tidak berhenti disitu. Dikecam bertubi-tubi oleh penyokong PAS, RORA kemudiannya tampil membuat penjelasan baru di halaman Facebooknya.


Oleh : Ustaz Rozaimi Ramlee
Ramai penyokong PAS marahkan saya berkenaan posting saya semalam tetapi mereka hanya mampu memaki hamun saya saja. Soalan saya mudah saja iaitu berkenaan konsisten. 



Jika mereka kata bantahan mereka terhadap pengiktiran UEC disebabkan ia buruk maka saya perlu tanya 2 soalan:

1. Bagaimana jika melaksanakan semua manifesto pada waktu ini memburukkan ekonomi negara? Adakah masih wajar ditunaikan atau boleh ditangguhkan sekejap sehingga waktunya sesuai?

2. Jika mengiktiraf UEC buruk (selagi lagi saya tegaskan saya tidak pro UEC), kenapa PAS setuju dengan pengiktirafannya sewaktu PRU 13 dan dimasukkan dalam buku jingga?

Saya bertanya tentang konsisten supaya kita tidak terburu membenci orang kerana bukan geng kita.

Adillah kerana dekat dengan taqwa. Bukan adil itu dengan menunggu orang lain adil baru kita nak adil. - 24 Julai 2018.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Pejabat Peguam Negara 'Bebaskan' Taib Mahmud Dari Sebarang Pertuduhan Salahlaku.



Oleh : Malaysiakini

Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dibebaskan daripada sebarang salah laku oleh Pejabat Peguam Negara (AGC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.


Katanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan beberapa siasatan ke atas bekas ketua menteri Sarawak itu.

"Semua hasil siasatan sudah dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

"Selepas meneliti semua bukti yang ada AGC memutuskan supaya semua kertas siasatan melibatkan isu itu ditutup pada 2013,"
katanya dalam jawatan di Dewan Rakyat hari ini.

Liew ialah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod pada 2013 AGC diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkhidmat sebagai peguam negara.

Terdahulu Liew menjawab soalan Kelvin Yii (HARAPAN-Bandar Kuching) yang bertanya sama ada SPRM akan mengutamakan dan mula menyiasat Abdul Taib atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah kerana isu itu dilaporkan media asing selama beberapa tahun.

Pada Mei lalu pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Francis Paul Siah menggesa ketua pesuruhjaya baru SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull membuka semula fail siasatan Abdul Taib.

Siah mengingatkan Mohd Shukri bahawa dia membuat laporan mengenai Abdul Taib kepada SPRM pada Mac 2011 namun tiada sebarang maklumat terkini mengenainya selepas tujuh tahun berlalu.

Awal bulan ini Mohd Shukri berkata SPRM memerlukan saksi atau bukti baru untuk membolehkan mereka membuka semula siasatan ke atas Abdul Taib.

Kata Mohd Shukri sebanyak 15 siasatan berasingan dijalankan ke atas Abdul Taib dan diserahkan kepada AGC namun pihak terbabit mendapati tiada dakwaan akan dikenakan ke atasnya.

Sejurus selepas dilantik menjadi perdana menteri untuk kali kedua Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mengadakan pertemuan dengan Abdul Taib di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga menggesa sesiapa yang mempunyai bukti mengenai dakwaan rasuah di Sarawak supaya mengemukakannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

Abdul Taib menjadi ketua menteri Sarawak antara 1981 hingga 2014.




Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Kenapa Orang Macam P.Ramasamy & P. Waytha Moorthy Dilantik Jadi Menteri.. - Syahr Musafir

Oleh : Syahr Musafir
 


Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu atau Hindu Rights Action Force (Hindraf), YB Waytha Moorthy Ponnusamy atau lebih dikenali sebagai Senator P. Waytha Moorthy mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, laporan pelbagai media pada 17 Julai 2018 termasuk Astro Awani (Rujukan 1) dan Harian Metro (Rujukan 2). 



Terdahulu, Ahli kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) (laporan Malaysia Military Power, Rujukan 3), YB Prof Dr P Ramasamy yang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, laporan Free Malaysia Today pada 16 Mei 2018 (Rujukan 4).

Cukup dua contoh ini, saya tak nak sebut apa pun pasal perjuangan orang Cina tentang UEC, dan perjuangan lain termasuk Kristianisasi. 


Tulisan ini bukan bertujuan negatif mengkritik siapa atau apa, kecuali nak mengajak fikir tentang mentaliti. TULISAN INI BUKAN PASAL PH ATAU BN ATAU PAS. INI PASAL MENTALITI KITA SEBAGAI RAKYAT DAN MASYARAKAT.

Orang yang memperjuangkan kepentingan agama Hindu dapat jadi Menteri, orang yang memperjuangkan militan Tamil/India yang berpusat di Sri Lanka yang diharamkan di banyak negara dapat jadi Timbalan Ketua Menteri II sebuah negeri.

Ironi, orang Islam yang memperjuangkan kepentingan agama Islam digelar ekstrimis dan jumud oleh orang Islam sendiri, dan orang Melayu yang memperjuangkan kepentingan bangsa dan bahasa Melayu dikecam sebagai rasis dan paranoid oleh orang Melayu itu sendiri.

Inilah Malaysia. Very well done...

Orang Melayu kena celik mata dan akal. Tak semestinya orang yang bercakap pasal Melayu itu rasis dan bencikan bangsa lain, dan tak semestinya orang yang bercakap pasal Islam itu mengajak bencikan agama lain. Jangan terlalu simplistik, dan jangan terlalu prejudis. Buka minda, buka hati. Jangan sempitkan mentaliti.

Kita sesama kita berbincang, bukan berperang.

Jika tak setuju, alih ke tepi. Beri laluan orang yang nak 'buat kerja' buat kerja sebab ini semua bukan sekadar spekulasi, tetapi hakikat berasaskan sejarah dan bukti yang satu per satu sedang menjadi realiti. 


Tolonglah jangan beri hujah semua ini belum realiti tetapi hanya fear-mongering dan persepsi, kita semua tahu semalam sudah dilantik secara rasmi mengangkat sumpah depan YDPA sebagai Menteri, dulu dan kini...

Rujukan 1: http://www.astroawani.com/…/waytha-moorthy-dilantik-menteri…

Rujukan 2 : https://www.hmetro.com.my/…/pengerusi-hindraf-dilantik-sena…

Rujukan 3 : https://www.facebook.com/…/a.11036916231…/1875526512470356/…

Rujukan 4 : http://www.freemalaysiatoday.com/…/5-muka-baru-dilantik-ex…/


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan

Sesi perbahasan kecoh akibat tuduhan 'samseng'

PARLIMEN | Sesi perbahasan di parlimen bagi penggal ke-14 bertukar menjadi gelanggang anggota-anggota parlimen menjerit selama hampir sejam.

Malah, seringkali jeritan anggota-anggota parlimen menenggelamkan suara Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dilihat tidak dapat mengawal keadaan.

Kekecohan hanya reda apabila Mohd Rashid menangguhkan sesi perbahasan pada pukul 1 tengah hari untuk waktu rehat.

Kekecohan bermula sejurus selepas Datuk Johari Abdul Ghani (HARAPAN-Sungai Petani) membentangkan usul terima kasih kepada ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Ketika membentangkan usul itu, Johari menggesa anggota parlimen mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong agar anggota parlimen menjaga kelakuan masing-masing sambil merujuk beberapa insiden yang terjadi sebelum ini.

Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) yang bersetuju kenyataan Johari memetik kejadia pada 2009 yang menyaksikan anggota parlimen Bukit Gelugor ketika itu, mendiang Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno.

Ramkarpal menyifatkan anggota Pemuda Umno itu sebagai "samseng" yang kemudian mendapat bantahan daripada anggota parlimen pembangkang yang turut melemparkan tuduhan sama.

Selepas pertengkaran berlarutan seketika, Mohd Rashid mengarahkan Ramkarpal dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik semula perkataan "samseng".
Kedua-dua anggota parlimen itu enggan berbuat demikian namun Mohd Rashid tidak mengambil apa-apa tindakan yang kemudian menyebabkan kekecohan terjadi lagi.

Anggota parlimen BN juga dilihat cuba "mengajar" Mohd Rashid untuk mengawal diri sendiri sedangkan mereka dilihat tidak mempedulikan arahan timbalan speaker Dewan Rakyat itu.

Mohd Rashid akhirnya diselamatkan oleh loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat.







Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Penyokong Gadai Emas, Anak Najib Ke Moscow Tengok Bola - Chef Wan



Chef popular negara, Chef Wan ataupun nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail hari ini menyelar keluarga Najib Razak secara terbuka di akaun Instagramnya.

Bukan hanya keluarga Najib dan penyokongnya dikritik malahan Chef Wan turut mempertikaikan tindakan UMNO yang memarahi pihak-pihak yang tidak setia bersama UMNO. 


Menurut Chef Wan adalah tidak masuk akal untuk melabel mana-mana pihak sebagai belot dan tidak kenang budi hanya semata-mata tidak menyokong UMNO secara membuta tuli.

Chef Wan juga berkata sesetengah pihak yang membantu Najib perlu membuka 'biji mata' masing-masing, ini kerana Najib menjalani kehidupan yang bermewahan malahan dilaporkan oleh polis memiliki berbeg-beg barangan kemas tetapi dalam masa yang sama pernah menyeru rakyat untuk berjimat cermat dan makan kangkung.

"Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi look who is at the world cup. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu our ex Perdana Menteri.


Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi?
Mereka lupa ke with tons of jewelleries yang tak terpakai boleh pula nak tambah lagi dari Lebanon?


The same family juga la yang suruh kita cekik kangkong, beli 3 macam kueh dan beli 2 baju Raya ke nak kena berjimat konon when they enjoyed such luxurious life.
 

Helloo buka la biji mata tu sikit!

Negara banyak menangung hutang sepatutnya kita menderma mengurangkan beban negara at the same time juga membantu mereka yang susah secara tidak langsung.


Ini tak orang yang berbakul berbakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik tu pulak yang kita nak selamatkan.


Masuk akal ke semua perbuatan yang " Mulia" ini?
Dah la itu boleh lagi marah rakyat tak setia pada Umno dan belot etc.


Sejak bila kita janji pemerintah ni semua yg mereka ini bila kerkuasa sign mati merintah negara ini pulak? Hak memilih always jatuh pada rakyat itu sendiri di dalam negara yang berdemocracy pun.


Naturally not all of us termakan budi sampai kan politicians abused their position we still need to close one eye and lived in denial.


Lets not forget setiap politicians that is in service in this country pun have their own perks and luxury in life.
Bukan la mereka ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ni merempat pun.


Eeee jgn la bangkit kan issue konon just because hari ini kita tidak menyokong mereka-mereka ini membuta tuli unlike some tiba-tiba kita di label manusia yang kenang jasa la pulak! So what does that mean. They are untouchable?,"
katanya.


Chef Wan turut berkata, kritikan beliau ini tidak terhad kepada satu parti kerana beliau bersuara menyatakan pendapatnya sebagai rakyat Malaysia.

Katanya lagi jika ada mana-mana wakil dari Pakatan Harapan yang tidak menjalankan tugas dengan baik, wakil itu juga harus disingkirkan.

"In the next election even in the Pakatan pun jika ada Menteri yang tak boleh perform then they too have to step down!


I dont care which party represent this country pun as long we have good and honest leaders to lead us regardless of apa bangsa pun!


We are all Malaysian and have our constitutional rights.
Today we have formed our new Malaysia. Alhamdulilah,"
katanya lagi mengakhiri luahan tersebut. - 17 Julai 2018.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurut beliau, kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus hanya akan dikenakan sekiranya pengguna membuat pembelian.

Katanya, ia berbeza dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kita dah umumkan kadar sifar terhadap GST. Sekarang kita nak pastikan Parlimen mansuhkan GST.

“Setahu saya 10 peratus, kalau tiada pembelian, tidak perlu menjelaskan cukai. Berbanding GST, ia cukai nilai tambah. Sama ada beli atau tidak, harga akan meningkat,” katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menguji dahulu pelaksanaan SST.


Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan dicadangkan adalah 10 peratus.

Manakala untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6 peratus.

Guan Eng berkata, Akta SST itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum diluluskan dan seterusnya dilaksanakan. – Sinar


Tun Dr Mahathir ketika menjawab beberapa soalan wartawan termasuk mengenai pemansuhan GST dan pengenalan cukai SST (GST & SST bermula minit 01.36 – 02.43)



Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Khairy akan usul GST kekal

Khairy akan usul GST kekal tapi pada kadar lebih rendah


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan supaya tidak perlu memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi sebaliknya menurunkan kadar peratusannnya.

Bercakap kepada wartawan ketika mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam istiadat pembukaan penggal pertama Parlimen Ke-14 hari ini, beliau berkata tidak ada sebab bagi memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Bagi saya, GST lebih telus dan efisien berbanding SST.

“Saya akan memberi perincian mengenainya pada sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong nanti. Bagi saya kerajaan tidak perlu mansuhkan GST dan gantikannya dengan SST.

“Pada peringkat ini, saya fikir, kerajaan hanya perlu menurunkan kadar peratusannya. Saya akan menyentuh lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya di lobi Parlimen.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu, Akta SST dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum diluluskan dan seterusnya dilaksanakan bermula 1 September ini.

Lim berkata, di bawah akta yang dicadangkan itu, cukai jualan akan dikenakan sebanyak 10 peratus sementara cukai perkhidmatan akan dikenakan sebanyak enam peratus.




Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Semua sila duduk dan jangan lari, usik Agong


PARLIMEN | Masih segar dalam ingatan kebanyakan orang, insiden anggota parlimen (MP) BN meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam.

Hari ini kejadian itu mendapat tempat secara spontan dalam istiadat perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sebelum menyampaikan ucapan pembukaan sidang baru parlimen di Kuala Lumpur hari ini baginda secara bersahaja bertitah mengingatkan semua MP agar tetap berada di tempat masing-masing.

"Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekelian.

"Sila duduk dan jangan lari," titah baginda dengan senyum lebar sebelum duduk mengambil tempat.

Titah bersahaja itu disambut dengan ketawa orang yang mengikuti sidang berkenaan.

Sultan Muhammad V hari ini merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14.

<iframe src="https://ift.tt/2zLKW4b" width="560" height="316" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allowFullScreen="true"></iframe>

Baginda tiba di parlimen kira-kira jam 10 pagi dan disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sultan Muhammad V juga disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus baginda dipercayai merujuk titah berkenaan kepada insiden menjelang upacara mengangkat sumpah di Dewan Rakyat semalam.

Semua wakil BN dan PAS - kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman - bertindak meninggalkan dewan sebagai tanpa memprotes cara pelantikan speaker.

Mereka mendakwa pelantikan Mohamad Ariff tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bagaimanapun semua MP terbabit masuk semula kemudian untuk mengangkat sumpah di depan Mohamad Ariff.

Ekoran titah berkenaan juga keadaan dewan agak gamat dan semua MP dililhat tersenyum, termasuk Khairy sendiri.




Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Harga barang dijangka meningkat Selepas Pengenalan Cukai SST


KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka meningkat jika cukai jualan 10 peratus seperti dicadangkan oleh kerajaan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula 1 September depan.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata kadar cukai jualan itu dilihat adalah sama seperti sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan kepada instrumen SST dalam kerajaan terdahulu, cukai jualan hanya dikenakan kepada pengilang dan pengimport, justeru dari segi ekonominya, ia akan memberi kesan kepada harga barang yang dikenakan cukai terbabit.

"Kadar yang dicadangkan itu adalah sama saja seperti dulu dan bukanlah kadar yang baharu. Seperti sistem SST sebelum ini, dijangka berlaku kenaikan harga terhadap barang tertentu yang tertakluk kepada rejim cukai ini.

"Apabila harga barang meningkat, ia tidak selari dengan matlamat dan manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin mengurangkan kos sara hidup dengan menghapuskan GST apabila mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Bagi cukai perkhidmatan enam peratus, ia dilihat tidak memberi kesan dan perlu diteliti dengan lebih lanjut kerana mungkin akan menimbulkan isu cukai berganda kepada pengguna, khususnya oleh pengendali restoran dan hotel," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai barangan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 September depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen Ogos ini bagi menggantikan GST yang mana pengenalan semula SST dijangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Mengulas lanjut, Abd Aziz berkata, bagi memastikan pelaksanaan cukai baru itu dapat dilaksanakan dengan mantap, kerajaan perlu mengenalpasti nilai ambang bagi cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Menurutnya, sebagaimana yang ditetapkan dalam nilai ambang GST, perniagaan dikenakan cukai sekiranya mencatatkan perolehan RM500,000 dan ke atas dalam tempoh setahun, manakala jika diambil kira SST sebelum ini, RM3 juta adalah nilai ambang bagi cukai jualan dan RM100,000 pula bagi cukai perkhidmatan.

"Sekiranya kerajaan dapat menetapkan satu kadar nilai ambang yang diselaraskan di bawah SST, sudah tentu ia dapat menjadi instrumen cukai yang adil dan menyeluruh," katanya.



Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat geli hati apabila anggota parlimen BN dan PAS melangkah keluar dewan untuk membantah pelantikan speaker.

Dr Mahathir yang kembali ke parlimen pagi ini selepas lebih sedekad berundur sebagai perdana menteri, tersenyum apabila anggota parlimen pembangkang menjerit dan membuat bising.

Pada satu ketika, Dr Mahathir malah membuat ekspresi muka mengejek dan seperti menggalakkan anggota parlimen pembangkang terus membuat bising.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang duduk di sebelahnya turut kelihatan tersenyum melihat gelagat anggota parlimen pembangkang.

Pembangkang yang keluar dewan mendakwa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat.

Peruntukan 4(1) memerlukan nama calon speaker diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang kali pertama.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Mahathit menegaskan nama Ariff diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 2 Julai, iaitu menepati peraturan 14 hari berkenaan.





Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Dr M: Manifesto HARAPAN bukan 'kitab suci' yang Perlu Diikut


PARLIMEN | Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan "kitab suci" yang wajib dipatuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui HARAPAN tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

"(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.

"Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Pengerusi HARAPAN itu juga menambah bahawa orang awam mahukan speaker yang tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker baru.

Pelantikan Mohamad Ariff yang juga merupakan bekas anggota Parti Amanah Negara (AMANAH), bagaimanapun mendapat bantahan daripada anggota parlimen BN dan PAS yang menyifatkan lantikan itu tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat.

Berdasarkan peruntukan 4 (1), nama speaker perlu diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang buat kali pertama, yang bererti, Pakatan Harapan perlu menyerahkan nama calon speaker sebelum 2 Julai.


Bagaimanapun, terdapat kekeliruan dilihat di kalangan pemimpin HARAPAN apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mendakwa nama calon speaker diserahkan pada 2 Julai sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya membincangkan perkara itu pada 8 Julai.

Ketika ditanya berhubung percanggahan tarikh itu, Dr Mahathir bertegas bahawa HARAPAN menyerahkan nama calon speaker pada 2 Julai.

"Tiada pertukaran tarikh. Ia sudah disediakan terlebih awal, jadi bila saya tandatangan saya yang letak tarikh," katanya.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

MP Umno, PAS keluar dewan, Tinggal Khairy Keseorangan



PARLIMEN | Hanya selepas beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing, anggota parlimen Umno dan PAS melangkah keluar dewan sebagai tanda bantahan.

Bagaimanapun, menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (BERSATU-Muar) melalui kenyataan di Twitter, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) dan bekas Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin tidak berbuat menyertai anggota parlimen pembangkang lain yang keluar dewan.



                                                                                                                                                               

Tindakan anggota parlimen pembangkang itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Terdahulu, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pelantikan Mohamad Ariff pada 2 Julai lalu.

Dr Mahathir kemudian mengumumkan pelantikan Mohamad Ariff sebagai speaker yang seterusnya mendapat bantahan daripada anggota parlimen pembangkang.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Rafizi Calon PKR Sg. Kandis?

PKR Selangor kenal pasti 3 calon Adun Sg Kandis, kata Azmin

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata nama-nama itu akan diserahkan kepada barisan kepimpinan tertinggi pusat sebelum ia dimuktamadkan.


Azmin Ali tidak menolak calon wanita bagi kerusi DUN Sungai Kandis.

SHAH ALAM: PKR Selangor mengenal pasti 3 calon yang berpotensi untuk dipertaruhkan bagi mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis di Selangor dalam pilihan raya kecil (PRK) 4 Ogos depan.

Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, nama-nama itu akan diserahkan kepada barisan kepimpinan tertinggi pusat sebelum ia dimuktamadkan.



“Ada ramai calon yang berkelayakan, kita kena hormati proses pemilihan, kita dengar kata akar umbi, cabang dan kemudian biar pusat yang buat keputusan dan selepas itu baru kita akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Menteri Besar Incorporated (MBI) di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, hari ini.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/hU5jzYon5Co" frameborder="0" allow="autoplay; encrypted-media" allowfullscreen></iframe>

Turut hadir selain Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Adun Ijok Dr Idris Ahmad.

Ketika ditanya akan kriteria pemilihan 3 calon itu, Azmin yang juga timbalan presiden PKR enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu namun tidak menolak calon wanita bagi kerusi berkenaan.

“Kita pastinya meletakkan calon yang ‘bersih’ dan diterima rakyat, untuk calon wanita… pastinya tiada diskriminasi gender dan dengan kredibiliti yang dibawa Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei sebelum ini, kita yakin PKR dapat mengekalkan kemenangan kerusi itu, ” tambah beliau.

Sebelum ini 3 nama disebut untuk mengisi kekosongan kerusi itu, iaitu bekas Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari dan 2 calon muda parti itu Mohd Radzlan Jalaluddin serta Mikael Eskandar.

Sementara itu, Amirudin berkata jentera PKR Selangor secara keseluruhan bersedia menghadapi pilihan raya itu serta sedia menghadapi sebarang kemungkinan hasil percaturan PAS dan Barisan Nasional (BN) dalam meletakkan calon mereka.

“Apa pun kita bersedia… pertembungan 1 lawan 1 atau 3 penjuru…”

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ke-3 berturut-turut dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan 4 penjuru.


PRK Sungai Kandis: Mohd Zawawi jadi pilihan pengundi?

SHAH ALAM - Teka-teki siapa yang bakal menjadi calon PKR untuk bertanding pada PRK Dun Sungai Kandis semakin hangat apabila timbul pula nama Mohd Zawawi Ahmad Mughni, yang dikatakan mendapat sokongan sebahagian pengundi di Jalan Kebun.

Beberapa gegantung yang dinaikkan oleh pengundi di sekitar Jalan Kebun sejak beberapa hari lalu, tertera sokongan agar Mohd Zawawi dipilih sebagai calon dalam usaha mempertahankan kerusi Sungai  Kandis.


Ketika dihubungi Sinar Harian, Mohd Zawawi mengakui maklum dengan perkara itu malah turut mengesahkan menawarkan diri sebagai calon.

“Ia (gegantung) permintaan dan cadangan daripada pengundi-pengundi di Jalan Kebun yang mengharapkan saya agar ke depan.

“Pada mulanya agak berat juga bagi saya, ada sebahagian mereka jumpa dan minta saya fikirkan, itu yang mereka naikkan gegantung.

“Mengambil kira beberapa aspek termasuk sokongan mereka, saya pun tawar diri jadi calon. Jadi, terserah kepada kepimpinan untuk putuskan siapa calon sesuai,” katanya.

Dengan latar belakang sebagai Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun serta penglibatan dalam politik sejak gerakan Reformasi 1998, Mohd Zawawi dilihat berpotensi untuk dipilih sebagai calon oleh kepimpinan pusat PKR.

Aktif di peringkat Cabang Kota Raja dan ranting Jalan Kebun, Mohd Zawawi juga menggalas jawatan sebagai Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) serta AJK Biro Pendidikan PKR di peringkat pusat.

Selain itu, Mohd Zawawi turut terlibat sebagai Setiausaha Jentera Pilihan Raya Dun Sungai Kandis serta bertindak sebagai Ketua Bilik Gerakan Utama pada kempen PRU14 yang lalu.

Mengambil kira faktor dan situasi PRK yang seringkali lebih tertumpu kepada isu bersifat lokal dan lebih spesifik, Mohd Zawawi dilihat memiliki ramuan yang lengkap sebagai calon yang disenangi rakyat.

Dari satu sudut, sebagai pengetua maahad tahfiz dan keterlibatan dalam komuniti membuatkan Mohd Zawawi dikenali dan menjadi nilai tambah dari aspek ketokohan, selain faktor kelebihan sebagai calon tempatan.

Melihat kepada komposisi pengundi Dun Sungai Kandis yang majoritinya pengundi Melayu sebanyak 53.5 peratus, beberapa isu yang dilihat sensitif berkemungkinan akan hangat diperkatakan.

Beberapa isu sensitif seperti gerakan dan pengaruh LGBT, isu mengenai raja-raja, kedudukan institusi agama dan sebagainya dijangka mampu menjadi faktor peralihan undi.

Sedikit sebanyak, kepimpinan PKR perlu mengambil kira soal nilai dan ketokohan calon yang bakal dipilih bukan sahaja untuk berdepan isu dan pertahankan kerusi Sg Kandis, tetapi juga persepsi pengundi terhadap kepimpinan PKR secara keseluruhan.

Apa sekali pun, menjelang hari penamaan calon pada 23 Julai ini, teka-teki siapa calon PKR kini semakin hangat setelah beberapa nama seperti bekas Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, Naib Ketua AMK Malaysia, Mohd Radzlan Jalaluddin serta Mikhael Iskhandaar disebut-sebut antara calon utama.Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengesahkan PKR Selangor telah menyerahkan senarai akhir nama calon PRK Sg Kandis kepada pimpinan pusat untuk penilaian akhir.

Namun, beliau enggan mendedahkan angka sebenar nama yang terdapat dalam senarai berkenaan.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan PRK Dun Sg Kandis akan diadakan pada 4 Ogos 2018 setelah penyandang kerusi itu, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram