Semua sila duduk dan jangan lari, usik Agong


PARLIMEN | Masih segar dalam ingatan kebanyakan orang, insiden anggota parlimen (MP) BN meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam.

Hari ini kejadian itu mendapat tempat secara spontan dalam istiadat perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sebelum menyampaikan ucapan pembukaan sidang baru parlimen di Kuala Lumpur hari ini baginda secara bersahaja bertitah mengingatkan semua MP agar tetap berada di tempat masing-masing.

"Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekelian.

"Sila duduk dan jangan lari," titah baginda dengan senyum lebar sebelum duduk mengambil tempat.

Titah bersahaja itu disambut dengan ketawa orang yang mengikuti sidang berkenaan.

Sultan Muhammad V hari ini merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14.

<iframe src="https://ift.tt/2zLKW4b" width="560" height="316" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allowFullScreen="true"></iframe>

Baginda tiba di parlimen kira-kira jam 10 pagi dan disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sultan Muhammad V juga disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus baginda dipercayai merujuk titah berkenaan kepada insiden menjelang upacara mengangkat sumpah di Dewan Rakyat semalam.

Semua wakil BN dan PAS - kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman - bertindak meninggalkan dewan sebagai tanpa memprotes cara pelantikan speaker.

Mereka mendakwa pelantikan Mohamad Ariff tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bagaimanapun semua MP terbabit masuk semula kemudian untuk mengangkat sumpah di depan Mohamad Ariff.

Ekoran titah berkenaan juga keadaan dewan agak gamat dan semua MP dililhat tersenyum, termasuk Khairy sendiri.




Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.