Oleh : Nazrul Nazir
Tahu tak apa yang paling membuatkan aku menyampah baca berita pagi ini? Bila ada peguam-peguam dan aktivis hak asasi manusia mempersoalkan hukuman rendah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah ke atas lelaki yang berkahwin dengan budak perempuan berumur 11 tahun yang tular baru-baru ini.
Lelaki ini telah didakwa atas dua kesalahan, iaitu kesalahan tidak memperoleh kebenaran sebelum akad nikah di bawah Seksyen 19 Enakmen Keluarga Islam Kelantan (rujuk gambar 3) dan poligami tanpa kebenaran Mahkamah di bawah Seksyen 124 (rujuk gambar 4).
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 124, mahkamah hanya boleh menjatuhkan hukuman maksimum denda RM 1000 atau penjara 6 bulan, begitu juga bagi kesalahan di bawah Seksyen 19 yang mana mempunyai had hukuman maksimum yang sama (rujuk gambar 5). Oleh sebab itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM 900 ke atas lelaki itu bagi setiap kesalahan, menjadikan jumlah denda yang perlu dibayar oleh beliau hanyalah sejumlah RM 1800.
Kenapa Mahkamah menjatuhkan hukuman yang sebegini rendah? Kerana Enakmen meletakkan had hukuman maksimum setakat itu. Dan kenapa Enakmen meletakkan had hukuman yang sebegini rendah?
Sebab semua kesalahan jenayah syariah terikat dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355, yang menetapkan hukuman maksimum bagi Mahkamah Syariah hanyalah terhad kepada 3 tahun penjara, denda RM 5000 dan 6 sebatan (rujuk gambar 6). Jadi Mahkamah Syariah tidak boleh menjatuhkan hukuman melebihi had tersebut.
Dan puak-puak inilah yang hebat menentang semasa kita giat menuntut Akta 355 ini dipinda dengan maksud menaikkan had bidang kuasa mahkamah. Berbagai alasan yang puak-puak ini guna, katanya agama mendidik bukan menghukum lah, pindaan tak berperlembagaan lah, tak adil lah.
Dan harini kau bising bila Mahkamah Syariah hanya mampu jatuhkan hukuman rendah untuk kes sebegini.
Sekarang kau faham kenapa kami berkeras nak Akta 355 dipinda?

Sumber : Friscomedia
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.