Pakatan Harapan khususnya PKR menerima khabar mengejutkan apabila anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menerusi Facebooknya.
"Al Fatihah. Saya amat sedih di atas kehilangan seorang teman sejati dalam perjuangan.
"Semoga roh allahyarham Shuhaimi Shafiei ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT," tulis Azmin.
Shuhaimi sebelum ini pernah menjadi setiausaha politik kepada Azmin semasa beliau menjadi menteri besar Selangor.
Sumber : Friscomedia
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.