(Video) 1 Lelaki melayu Maut gara-gara Pemandu Kereta Bangsa Cina Melawan arus di MEX




Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan kereta dipandu melawan arus di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Putrajaya, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, lima buah kereta terbabit dalam kemalangan iaitu Proton Preve dan masing-masing satu Pegueot, Proton Waja dan Mazda 3.

<iframe src="https://ift.tt/2zsfPuy" width="267" height="476" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allowFullScreen="true"></iframe>

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai pengawal keselamatan, Juhan Sabturani, 36.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan itu berlaku apabila Proton Preve berlanggar dengan Mazda 3 yang dipandu melawan arus di lorong kanan MEX. Pada masa yang sama, tiga buah lagi kenderaan iaitu Proton Preve serta Peugeot dan Proton Waja yang mengekori di belakang gagal menghentikan kenderaan masing-masing.

"Ketiga-tiga kereta Proton dan Peugeot terbabit adalah dari syarikat sama dan dalam perjalanan dari pusat bandar ke Putrajaya ketika kemalangan berlaku. Mangsa yang berada di tempat duduk belakang maut akibat kecederaan di kepala," katanya.











Turut cedera adalah pemandu dan seorang lagi penumpang yang berada dalam kereta bersama mangsa serta pemandu Mazda 3.

Mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut dan semua kenderaan terbabit akan dihantar untuk pemeriksaan oleh Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.