Bermula 1 Jun 2017 Kementerian Kesihatan Akan Keluarkan Saman RM 250 Kepada …|Kuala Lumpur: Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta selepas tamat tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, langkah itu susulan daripada pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.
“Sebelum 1 Jun ini, kita mengambil pendekatan memberi kesedaran dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran. “Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250,” katanya selepas menghadiri Program Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Taman Botanikal, di sini, hari ini.
Menurutnya, sepanjang bulan ini, sebanyak 47 notis amaran dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada individu yang melakukan kesalahan merokok di taman awam.-HMetro
The post Bermula 1 Jun 2017 Kementerian Kesihatan Akan Keluarkan Saman RM 250 Kepada … appeared first on SIAKAP KELL.
Sumber : 1Citemalaya>
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.