Ini pesan Nurul Atiqa Kepada Yang Suka Pakai Kanta Lekap

Ini pesan Nurul Atiqa

Nurul Atiqa (kiri) sebelum mata kiri dijangkiti kuman dan selepas matanya dijangkiti kuman. FOTO ihsan Nurul Atiqa

Kuala Lumpur: "Saya hanya mahu wanita di luar sana yang mahu kelihatan cantik supaya berhati-hati dan melakukan penjagaan sewajarnya ketika menggunakan kanta lekap.

"Ini kerana, jika salah cara penggunaan dan menggunakannya sambil lewa, kesan yang akan diterima sangat teruk termasuklah seperti saya.”


Itu luahan jurujual kedai cermin mata di Johor Bahru, Nurul Atiqa Zainal, 26, yang kini menderita dipercayai akibat terkena jangkitan kuman pada mata kirinya sejak Oktober 2016 dipercayai selepas kerap menggunakan kanta lekap.

Penderitaan dialami wanita terbabit turut tular di laman sosial, kelmarin apabila foto yang dimuatnaik olehnya di Facebook miliknya menggunakan nama Nurul Atiqa mempamerkan bahagian kiri matanya merah selain terdapat kesan putih pada bahagian kornea matanya.

Menurut gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini, dia mengakui terlalu obses dengan penggunaan kanta lekap selain tidak melakukan penjagaan rapi matanya.

"Saya kerap memakai kanta itu untuk kelihatan cantik selain selalu menggunakannya dalam tempoh lebih 10 jam, menggosok mata dan tidak mencucui kanta lekap itu dengan sebaiknya.

"Sehinggalah pada Oktober tahun lalu apabila saya mendapati mata jadi kabur dan rasa tidak selesa," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, selepas dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Johor Bahru, matanya semakin gatal berikutan ubat yang diberi pihak hospital itu tidak sesuai dengan matanya.

"Begitu juga dengan usaha saya untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat rawatan mata termasuk yang diberitahu rakan. namun semuanya tidak membuahkan hasil apabila mata saya tidak juga pulih sebaliknya menjadi semakin teruk.

"Doktor juga ada beritahu saya mata saya terkena jangkitan kuman namun masih belum dapat dipastikan keseluruhan penyakit itu membuatkan saya terus buntu.

"Apatah lagi doktor juga ada memaklumkan mata saya akan pulih tetapi perlukan masa iaitu sekurang-kurangnya dua tahun.

"Kini, saya hanya bergantung kepada suntikan antibiotik yang perlu diambil setiap 48 jam sekali dan akan menjalani pembedahan membersihkan jangkitan kuman untuk kali kedua dalam masa terdekat ini," katanya.

Katanya, tujuan saya memuatnaik foto berkenaan di laman sosial adalah sebagai pengajaran kepada masyarakat di luar sana yang obses dengan penggunaan kanta lekap.

"Jadikan ia sebagai pengajaran dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

"Saya akui ramai yang mengecam saya kononnya terlalu obses untuk nampak cantik dan sebagainya. Saya akui ia adalah kesilapan saya.

Saya juga tidak mahu ia berlaku kepada mana-mana wanita di luar sana terutama golongan remaja.Saya kini trauma dan akui sangat menderita. Doakan semoga mata saya cepat sembuh," katanya.

Sumber : Mediahub

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.