Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri, Majlis Diadakan Secara Tertutup



Akhirnya teka-teki hubungan pelakon Sari Yanti, 33, dan pelawak, Jep Sepahtu, 32, akhirnya terjawab selepas mereka berdua telah selamat diijabkabulkan pagi tadi.

Majlis akad nikah mereka telah diadakah  di Dewan Mercu Mustapha Kamal, di mana ianya diadakan secara tertutup dengan dihadiri kira kira 250 tetamu.

Sari Yanti menerusi Instagramnya hari ini telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan Jep sedang  melafazkan akad nikah.


Memetik laporan Berita Harian, wartawan tidak dibenarkan masuk ke dewan pernikahan kerana penganjur telah mengawal ketat pintu masuk dewan utama sambil memberitahu media tidak dibenarkan membuat liputan.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon jelita yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu. Sari berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Spekulasi percintaan Sari dan Jep bertebaran sejak tahun lalu apabila mereka banyak berkongsi gambar di laman Instagram.

Majlis pernikahan tertutup ini turut dihadiri rakan artis seperti sahabat Sepahtu Shuib dan Rahim, selain itu artis lain yang hadir Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana. - Siakapkeli.my

Sumber : 1Citemalaya>

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.