Ada yang kata, ambil gambar depan Kaabah seolah-olah seperti ada unsur riak. Jadi bolehkah ambil gambar di hadapan Kaabah sebenarnya?
Saat pulang dari umrah, memang dikira ‘trend’ kita pasti akan upload gambar di hadapan Kaabah. Yalah, setakat dapat makan KFC pun sudah ambil gambar, apatah lagi jika di hadapan Kaabah, betul tak?
Jadi ada yang bertanya, “Eh, sebenarnya boleh ke ambil gambar depan Kaabah? Tak kena dam? Boleh ke ambil selfie depan Kaabah?”
Sebenarnya hukum mengambil gambar di hadapan Kaabah adalah harus, sama seperti mengambil gambar di tempat-tempat lain sebagai kenangan.
Jika kita berkongsi gambar ini di media sosial, ianya adalah untuk berkongsi perasaan seronok berada di Baitullah. Tiada masalah akidah jika kita ambil gambar, asalkan kita masih memelihara akhlak dan aurat kita sebagai orang Islam.
Semasa mengambil dan berkongsi gambar, jagalah hati juga dan pastikan ianya bukan kerana riak atau ingin menunjuk-nunjuk.
Pastikan diri kita sentiasa bebas daripada perasaan bangga dan riak. Sebaiknya, berdoalah juga di hadapan Kaabah, mohon supaya rakan-rakan dan ahli keluarga kita juga menerima jemputan ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Tetapi, ada satu waktu di mana kita dilarang sama sekali untuk mengambil gambar, sama ada di hadapan Kaabah ataupun di tanah suci Mekah.
Waktu ini adalah selepas kita telah melakukan tawaf wada.
Jadi, apakah tawaf wada ini, ya?
Tawaf wada adalah tawaf terakhir yang dilakukan sebelum meninggalkan tanah suci Mekah. Hukumnya adalah wajib, tetapi dimaafkan bagi wanita yang tidak dapat mengerjakannya kerana datang haid.
Jika kita ingin mengambil gambar di hadapan Kaabah, atau di mana-mana sahaja di tanah suci Mekah, pastikan ianya diambil sebelum melakukan tawaf wada ya!
Allahu alam.
Maisarah
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.