Umrah. Siapa sahaja yang tidak ingin menjejakkan kaki ke bumi Mekah dan Madinah? Tetapi apabila sampai di Mekah dan Madinah, ternyata kami terlihat beberapa kesilapan jemaah wanita yang membuat saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini.
1) Memakai seluar ketat di dalam jubah. Jika anda memakai seluar sebegini hanya untuk beribadah di masjid, tidak mengapa.
Hal ini menjadi isu apabila jemaah wanita ini mula memanjat bukit seperti Bukit Uhud. Mereka akan mengangkat kain jubah untuk memudahkan pergerakan menaiki bukit kerana sudah memakai seluar di bahagian dalam, tetapi seluar mereka teramatlah ketat sehingga menampakkan bentuk betis yang merupakan aurat yang perlu dijaga.
Sebaiknya, bawalah seluar slack supaya aurat ini masih dijaga walaupun anda mengangkat kain jubah.
2) Memakai cermin mata menampakkan rambut. Khusus untuk wanita yang memakai cermin mata, kadangkala di bahagian tepi muka selalu terkeluar rambut kerana tidak ditutup dengan kemas. Ingat, aurat merupakan sesuatu yang amat penting untuk dijaga di dalam Islam, jadi pastikan aurat rambut dijaga sebaiknya! Bila berkaca mata hitam (sunglass); hati-hati! Memang selalu terumbai rambut bila memakai cermin mata begini sudahnya ibadah batal kerana aurat terdedah.
3) Berjalan di hadapan orang yang sedang bersolat. Memang tidak dapat dinafikan, ramai di antara bangsa lain yang juga tidak kisah untuk berjalan melangkah mereka yang sedang bersolat.
Hal ini juga tidak biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia, tetapi ketika berada di bumi Mekah dan Madinah, kadangkala kita pun akan terikut kerana melihat perbuatan ini dilakukan oleh orang lain yang juga beragama Islam. Sebaiknya elakkan seboleh mungkin untuk lalu di hadapan seseorang yang sedang bersolat. Jika perlu, tunggulah sehingga orang itu selesai bersolat dan baru berlalu di hadapan beliau.
3) Memakai stokin nipis. Semasa berada di Mekah dan Madinah, amat jarang untuk kita membawa kain telekung ke masjid. Biasanya kita cuma akan memakai telekung atau tudung labuh dan bersolat.
Tetapi haruslah kita periksa dahulu stokin yang dipakai, adakah ianya jarang dan menampakkan warna kulit? Ini juga merupakan aurat yang perlu dijaga. Pakailah stokin yang tebal, ataupun simpan sepasang stokin tebal hanya untuk bersolat jika anda tidak selesa memakai stokin itu setiap masa.
Banyak lagi kesalahan yang sering dilakukan baik dari jemaah lelaki mahupun perempuan. Tetapi, post ini khusus untuk jemaah perempuan dahulu. Nanti kami kongsikan kesalahan dari kedua lelaki dan perempuan, ya.
Eva Daniel
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.