Amaran! Jangan Terus Minum Air Yang Dibeli di Mesin Layan Diri

Image result for vending machine


Siapa di antara anda yang kerap kali membeli air tin di mesin layan diri? Hah, ini pesanan buat anda kerana terdapat kes yang berlaku baru-baru ini.

Dilaporkan, seorang pengguna terkilan apabila tin air minuman yang dibeli menerusi mesin layan diri didapati kotor.
Zabri Azman Ishak, 42, berkata, menjadi kebiasaannya membeli minuman menerusi mesin air yang ada di pejabat tempatnya bertugas kerana lebih mudah.
“Setiap kali beli air tin mesin, saya akan cuci dan lap dulu sebab takut ada kotoran. Tapi, kejadian baru-baru ni memang buat saya terkejut,” katanya.
Penduduk Felda Keratong 5, itu berkata, terdapat kesan cecair kotor kehitaman yang sudah kering pada permukaan tin.
“Saya ambil dan tengok ada kesan seperti cecair warna gelap yang dah kering. Saya was-was, takut ia air kencing haiwan. Saya cium, tapi tak ada bau. Nak kata air karat pun bukan.
“Saya terpaksa basuh dan sental guna span sampai kesan tu hilang… kesan kotoran kali ni memang sangat teruk,” katanya.
Justeru, dia berpesan kepada penggemar minuman air dalam tin supaya memastikan tiada kotoran.
“Lebih bagus cuci dulu sebelum minum. Basuh dulu, jangan terus minum… atau guna straw sebab bukan semua tempat ada kemudahan air untuk cuci,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Aznita Iriyany Mohd Nor, berkata, air dalam tin selepas dibuka baru diketahui isi kandungannya elok atau tidak, ia sukar dikawal sebaliknya kekotoran pada fizikal boleh dilihat.
Beliau turut menyarankan pengguna memastikan kedudukan mesin berada di tempat yang sesuai iaitu bersih bukan tempat yang kotor.
“Pengguna kena hati-hati, kerana mesin itu juga ada kebarangkalian boleh dimasuki haiwan perosak,” katanya.
Sumber : wanista.com


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.