Zaquan Adha, iaitu suami kepada pelakon cantik Ayu Raudhah nampaknya agak berang apabila melihat sendirinya isterinya dipukul oleh pelakon Iqram Dinzy.
Zaquan dilihat meluahkan rasa tidak puashatinya melalui laman sosial Twitter dan turut memaklumkan tidak akan membenarkan isterinya berlakon lagi. Walaubagaimanapun, tweet tersebut turut mendapat maklum balas daripada Iqram agar Zaquan bersikap lebih professional.
Untuk makluman, pelakon Ayu Raudhah telah dipukul oleh Iqram Dinzly menerusi adegan dalam filem terbaru mereka iaitu Lagenda Budak Setan 3. Biarpun hanya sekadar lakonan, namun kesannya amat mendalam sehingga menjadikan Ayu Raudhah paraiod kerana telah dipukul dengan begitu teruk sekali.
Filem ini merupakan filem terakhir kesinambungan dari filem Lagenda Budak Setan 1 dan 2.
Sumber : Friscomedia
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.