#TahukahAnda: Apakah Itu Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?



BAGI pemandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan dengan punat kunci anjakan atau shift lock (selepas ini akan dirujuk sebagai shift lock) yang terletak di sebelah tombol gear. Jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut walaupun sudah memandu bertahun-tahun. Sebenarnya apakah fungsinya? Bilakah perlu menggunakannya? Dan bagaimana pula mahu menggunakannya?

Begini...

APAKAH ITU SHIFT LOCK?

Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ada dua insiden yang kerap berlaku pada pemilik kereta automatik tanpa fungsi shift lock:

Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.
Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur , tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.
Jadi, shift lock direka untuk mengatasi dua insiden di atas yang membabitkan isu keselamatan. Jadi bagi kereta moden hari ini, ada tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

PUNAT SHIFT LOCK?

Punat shift lock (ada juga ditulis shift lock release) berfungsi meriliskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

* Model kereta: Perodua Axia SE


Enjin dimatikan dalam P.

Cabut kunci kereta.

Tekan punat shift lock tanpa melepaskannya dan pada masa sama tarik tombol gear.

Letakkan pada posisi N. Lepaskan punat.

Jangan lupa rilis atau free-kan brek tangan

Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N atau neutral.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.