Heboh Pasal Elyana Umum Dia Ada Kanser Tahap 4 Di GV.. Tapi Ini Yang Elyana Baru Beritahu Yang Ramai Orang Tak Tau Tentang Kanser Beliau .. Subhanallah!

Heboh Pasal Elyana Umum Dia Ada Kanser Tahap 4 Di GV.. Tapi Ini Yang Elyana Baru Beritahu Yang Ramai Orang Tak Tau Tentang Kanser Beliau .. Subhanallah!


“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar”
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” jelasnya kepada BH Online.
Selain mengakui fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi, Elyana dalam masa yang sama turut mengingatkan perkara tersebut kepada anak perempuannya.

SETAHUN UNTUK HIDUP?

Pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai masa setahun untuk hidup kerana menghidap kanser, perkara itu bagaimanapun tidak membuatkan Elyana terus murung sebaliknya menjadikan penyanyi ini lebih kental.

ELYANA SOMBONG?

Selain itu, Elyana turut menjelaskan bahawa dia mengetahui ada pihak yang menyatakan bahawa dia sombong kerana menolak untuk melakukan persembahan.
“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup”
“Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” kongsinya lagi. Sama-sama doakan yang terbaik buat Elyana.

KANSER TAHAP 4

Dua hari lalu, penyanyi Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.
Dan ketika memberi ucapan di pentas Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi di mana beliau tersingkir dari persaingan, Elyana mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4.
Tidak dapat dipastikan kanser apa yang dihidapi Elyana ktika ini.
Dalam ucapan beliau, Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu. Kami pun mendoakan yang Elyana turut tabah menghadapi ujian ini bersama keluarga tercinta.
Sumber: ROTIKAYA

Apa Itu Kanser Limfoma (Lymphoma)

Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.
Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.
Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.
Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.
Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.
Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma
Warga tua
Lelaki
Mengahadapi masalah auto-imun
Pengidap HIV/AIDS
Banyak memakan daging merah dan lemak
Selalu terdedah kepada bahan kimia
Tanda Tanda Kanser Limfoma
Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
Demam
Badan menjadi lemah dan keletihan
Hilang berat badan
Sentiasa berpeluh
Sukar benafas dan sering sakit dada
Gatal gatal pada kulit
Ruam kulit
Bagaimana Kanser Limfoma Dirawat?
Doktor akan mengambil sedikit sampel dari dalam nod limfa yang membengkak untuk diuji.
Ujian lain yang akan dilakukan adalah ujian darah, biopsi sum sum tulang, dan juga CT scan atau PER scan. Ini bagi menentukan tahap kanser yang dialami.
Jenis rawatan akan dilakukan oleh doktor dengan mengambil kira faktor usia, tahap kesihatan, tahap kanser dan jenis kanser.
Antara rawatan yang bakal dilakukan untuk penyakit ini adalah:-
Kimoterapi
Kimoerapi dan radioterapi ke kawasan sakit
Terapi biologi – contohnya suntikan antibodi terus ke kawasan sakit.
Rawatan Stem Cell
Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakan?
Oleh sebab punca utama kanser limfoma tidak dapat dikenalpasti puncanya, maka tiada cara yang jelas yang boleh disarankan.
Walaubagaimanapun, pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah terjadinya kanser.
Jika ada didapati mempunyai tanda tanda berulang seperti yang disenaraikan sebelum ini, lakukan pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
"Sultan jamu nasi beriani, Umno bangsa Johor cuba halang saya" - M.B Selangor Azmin

"Sultan jamu nasi beriani, Umno bangsa Johor cuba halang saya" - M.B Selangor Azmin


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal apabila beliau dihalang dari masuk ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara di Johor Bahru kelmarin.

“Kenapa Umno halang saya masuk PPR sedangkan Sultan Johor terima saya masuk ke Istananya di Mersing.

“Bahkan Tuanku Sultan masak sendiri Nasi Beriani untuk saya,” kata Azmin dalam ceramah Jelajah Keadilan Peduli Rakyat di Johor Bahru semalam.

Dalam jelajah Keadilan Tebrau itu, Azmin cuba melihat sendiri PPR Desa Mutiara di Puteri Wangsa yang dikatakan sangat teruk keadaannya.

“Saya dengar penduduk di situ susah, rumah mereka dah robek, harga barangan sekarang pula mahal, namun saya dihalang masuk.

“Umno nak halang saya kenapa. Tahun lepas Sultan Johor masak nasi beriani di Istana Mersing untuk saya.

“Tuanku Sultan terima saya. Ini Umno cicak mengkarung halang saya,” kata Azmin dalam majlis anjuran PKR itu.

Bagi beliau, apa yang berlaku di Johor sekarang adalah petanda-petanda Umno Johor akan jatuh.

“Ini tanda Umno tengah nazak ketika di Selangor, Umno hanya tinggal dua spesis sahaja, Jamal dan Noh,” kata Azmin, timbalan presiden PKR merujuk kepada pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Jamal Yunos, Ketua Umno Sungai Besar.

Bagi beliau, ketiada Umno memerintah Selangor telah menyebabkan kebaikan untuk rakyat.

“Umno tiada di Selangor, aman dunia. Baru lapan tahun PR dan PH memerintah, lebih baik dari 50 tahun bawah BN,” kata Azmin yang meminta rakyat Johor menurut jejak langkah rakyat di Selangor.

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
CEO baru cadang ganti nama Proton kepada "Bao Teng" dalam bahasa Cina

CEO baru cadang ganti nama Proton kepada "Bao Teng" dalam bahasa Cina

ETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng".

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa.

proton CEO

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.



Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Ikrar undi BN dalam borang permohonan khas kad pengenalan?

Ikrar undi BN dalam borang permohonan khas kad pengenalan?




TERSEBAR di media sosial gambar borang permohonan khas kad pengenalan yang tertera logo 1 Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di atasnya.

Apa yang menarik perhatian orang ramai di media sosial terhadap borang berwarna putih itu ialah — terdapat catatan berbentuk ikrar atau aku janji untuk mengundi BN di bahagian bawahnya.

Ikrar itu berbunyi seperti berikut:

"Saya yang menurunkan cop jari kiri dan kanan di bawah ini dengan sesungguhnya berjanji bahawa, akan mengundi BARISAN NASIONAL pada pilihan raya ke-14 akan datang, dan jika sekiranya Saya ingkar akan janji ini maka Saya sedia dan rela hati untuk diambil tindakan dengan membatalkan KAD PENGENALAN SAYA,"

Hasil semakan di media sosial mendapati antara individu terawal yang berkongsi gambar borang tersebut secara umum adalah seorang pengguna facebook bernama Anthony Tibok pada 25 November 2017.

"Borang permohonan khas kad pengenalan, untuk mengundi BN kah ini?" soalnya ringkas.



Kalau difikirkan secara logik, dan jika borang ini benar, borang ini seperti untuk diisi oleh warganegara asing yang mahu memohon kad pengenalan.

Tak mungkinlah warganegara Malaysia yang sudah memiliki kad pengenalan masih mahu memohon kad pengenalan untuk kali kedua.

Kemungkinan kedua ialah, borang ini untuk warga asing yang sudah memiliki kad pengenalan berstatus "penduduk tetap" namun ingin memohon menaik taraf statusnya menjadi warganegara Malaysia sekaligus mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihan raya.

Namun kita jangan cepat percaya dengan sebaran seperti ini, tidak mustahil ia merupakan taktik "black operation" machai untuk memerangkap penyokong pembangkang.

Cuba lihat pada ejaan tempat lahir dieja sebagai "temapt lahir" jelas bukan kesalahan yang tidak disengajakan.

Siapa punya kerjakah ini?


Read more: http://ift.tt/2zpTzgo

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Terbongkar! “Saya Pernah Tanya DIA(PM), Kenapa buat GST…? Nanti Rakyat marah..Tapi, Dia Jawab…”- Datin Seri Rosmah Mansor

Terbongkar! “Saya Pernah Tanya DIA(PM), Kenapa buat GST…? Nanti Rakyat marah..Tapi, Dia Jawab…”- Datin Seri Rosmah Mansor



KUALA LUMPUR, 22 Mac -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) diberi penghormatan menjadi tetamu pertama bagi program 'Langit Biru' ketika mengadakan lawatan ke Wisma Bernama hari ini. Program 'Langit Biru' terbitan Bernama Radio dikendalikan oleh Wan Syahrina (tengah) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said (kiri) sebagai peneraju bersama. Langit Biru bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam di Bernama Radio. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat.



Kata Rosmah, beliau pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak kenapa mahu melaksanakan GST, kerana ia boleh mengundangkan kemarahan rakyat.

Namun jelas suaminya, keputusan untuk melaksanakan cukai tersebut adalah bersebab dan demi kebaikan rakyat dan negara.



“(Perdana menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab … nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

“Saya pernah tanya kenapa buat GST… orang marah. Dia (Najib) kata ‘I want to be a responsible leader to my people and country. I do not want to be a populist leader’
(Saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis),” katanya dipetik Bernama dalam temu bual menerusi program bual bicara ‘Langit Biru’ terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama, semalam.

Rosmah berkata demikian sebagai memberi contoh antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat ketika ditanya bagaimana presiden UMNO itu menzahirkan semangat patriotismenya.

Jelas Rosmah, Perdana Menteri sentiasa berhempas pulas untuk membangunkan negara dan beliau tidak pernah berhenti berfikir tentang apa lagi yang mahu dilakukan supaya rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

“Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, (beliau) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat,” katanya lagi.
Program ‘Langit Biru’ yang pertama kali bersiaran semalam dikendalikan oleh Wan Syahrina Abd Rahman bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.



Rosmah yang juga Pengerusi Yayasan PERMATA merupakan tetamu jemputan pertama program itu yang bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam di Bernama Radio.

Dalam program tersebut juga, Rosmah turut menyifatkan suaminya seorang yang begitu penyabar dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin.

 

“Orang ramai dapat perhatikan beliau seorang yang betul-betul penyabar. Saya hairan bagaimana beliau boleh sabar.

“Tetapi dia kata ‘don’t cross the line’ (jangan melampaui batas),” katanya.

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Kisah Hebat Wartawan Anak Bangsa Johor

Kisah Hebat Wartawan Anak Bangsa Johor

KISAH HEBAT WARTAWAN 'LEGEND' BADROLHISHAM BIDIN 'MENGGEGARKAN NEGARA' BONGKAR SKANDAL PENJARA!

PROFESION wartawan ni unik. Korang boleh baca 1,001 kisah dalam akhbar dan televisyen, tetapi jarang sangat korang kenal kami yang menulis berita atau sesuatu artikel itu.
Kalau ada pun cuma beberapa orang, itu pun wartawan penyiaran sebab depa keluar dalam TV. Selebihnya memang korang tak kenallah..paling kuat pun korang rasa macam pernah dengar nama wartawan tersebut. Itu sahaja.

Tetapi memang itulah tugas kami. Kami tak perlu glamour pun, yang penting cerita kami dibaca orang. Cuma bila di zaman media sosial ni ramailah wartawan yang berkongsi kisah suka duka dan pengalaman mereka, so sedikit sebanyak korang kenallah sorang dua.

Bagi kami, siapa kami itu tidak penting tetapi yang paling penting pembaca dapat manfaat atau pengetahuan daripada sesuatu subjek yang kami angkat.

Baik, kali ini aku 'nak ubah' sikit. Aku nak berkongsi dengan korang kisah-kisah dan pengalaman seorang wartawan dalam menjalankan tugas mereka. Aku ambil inisiatif ini kerana kalau nak harap diaorang tulis, haram depa takkan tulis punya hahahaha.

Bukan sebab apa, tugas seorang wartawan ni tak tentu masa. Adakalanya lewat malam baru balik rumah. Tak cukup dengan tugasan harian mencari berita, acapkali mereka kena hasilkan rencana, analisis, mengendalikan kolum sendiri dan sebagainya. Dalam erti kata lain manalah ada masa nak tulis kisah diri sendiri.

Lagi satu, bila seharian kerja kau menaip je, bila sampai rumah kau tengok laptop pun dah 'tak lalu' dik. Aku ambil inisiatif ini kerana selain daripada salah satu tanda terima kasih kepada 70,000 follower aku sekarang, aku harap pengalaman ini dapat digunakan oleh adik-adik wartawan baru sebagai panduan dan motivasi untuk bekerja dengan cemerlang seperti akak-akak dan abang-abang senior mereka.

Baik. Untuk siri pertama ini, aku nak memperkenalkan kat korang seorang wartawan jenayah dan penyiasatan hebat bernama Badrolhisham Bidin@ Bad. Kenapa aku pilih Bad? Pertama sebab aku tak kenal rapat dengan dia hahahaha. Ini penting, kalau aku rapat dengan dia, aku takut tulisan aku bunyi macam membodek pulak kaedahnya.

Bad ni dulu adalah wartawan Malay Mail di era 80'an dan sekarang bertugas sebagai editor di NSTP (entah masih kerja ke dah pencen).

Aku mula mengenali Bad waktu bertugas sebagai wartawan jenayah dulu. Kami sering terserempak di lokasi rompakan, pembunuhan etc. Kalau korang tengok orangnya, 'halus dan comel' sahaja. Tapi kami tak banyak berbual kerana pengalaman dia ngan aku bezanya macam langit dengan bumi, so aku memang letak respek aku kat dia gila-gilalah walaupun Bad ni tak pernah meletakkan dirinya macam dewa yang perlu kau sembah kakinya ahaks.

Untuk pengetahuan korang, waktu dia jadi wartawan jenayah dulu, mana tempat dia tak pernah redah...rumah pelacuran, pot penagih dadah, disko, just name it. Kalau Bad dan rakan-rakannya buat siri laporan khas, confirm cuaklah pihak berkuasa terutama polis. Ada je benda yang diaorang bongkar. Anugerah dan hadiah kewartawanan ni jangan citerlah, dapat kat diorang sesaja hahaha.
Dengan tubuhnya yang kecik macam budak sekolah tu, Bad akan menyamar jadi macam-macam. Antara jadi pengemis minta sedekah. Namun yang paling menggegarkan negara apabila Bad dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan sebuah laporan eksklusif tentang kisah seorang banduan bernama Abdullah Ang yang hidup mewah dalam Penjara Kajang. Paling 'tragis', Bad berjaya mengesan Abdullah di Petaling Street sedang menguruskan perniagaan walaupun masih berstatus banduan!

Ceritanya begini.

Ang adalah orang yang mendapat kepercayaan penuh dari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ketika itu. Dr.M telah melantiknya sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC).

Pendedahan mengenai Ang menjadi "Banduan Istimewa" telah dibuat oleh Bad dan rakan-rakannya kat Malay Mail pada 19 Ogos 1989. Hebat tak hebat Ang ni, beliau boleh berulang alik dari Penjara Kajang ke Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya .

Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.

Di Penjara Kajang, biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed).

Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Ang telah dilihat di pusat bandar KL! Ang ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih. Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan mereka antaranya Bad dan jurugambar untuk menjejaki Ang.

Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya. Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu.

Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik sedang merakamkan kelibatnya, Ang terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala. Bila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem dimana ia merupakan persediaan pra-pembebasan which is banduan dibenarkan bekerja di luar untuk membiasakan diri mereka bila bebas kelak.

Yang pasti, disebabkan laporan Bad dan kengkawannya itulah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kepada pegawai kanan PDRM ketika itu!

Dan korang nak tahu tak macam mana Bad berjaya membongkarkan cerita ini, dia bantai pakai baju sekolah dan tunggu bas sambil 'skodeng' Ang balik rumah!

Kehebatan Bad dan rakan-rakannya menghasilkan berita ini sampai sekarang dianggap 'expose of the century'!

Serius, aku harap satu hari nanti Bad akan menulis memoirnya untuk tatapan kita semua.

Pada abang Bad, maaf kerana tulis benda ni tanpa pengetahuan abang, bukan apa, kalau saya tak tulis, jangan harap abang nak cerita kah kah kah, steady anak Muor!

Korang nak tahu lagi tak kisah wartawan-wartawan hebat kat Malaysia ni, let me know - InshaAllah aku akan sambung lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.


SYAHRIL A. KADIR
Damansara, Selangor.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

"Suami larang saya bertudung" - Siti Hasmah



Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan beliau tidak bertudung kerana dilarang suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan sesetengah hotel di negara ini.

“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.

“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,” katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sementara itu, ditanya sama ada wajar atau tidak larangan hotel itu, Hasmah menjawab:

“Hotel ada dia punya undang-undang dan peraturan. Dia nak jaga juga dia punya perusahaan.


“Bagaimana dengan yang lain juga, ada yang mereka bertudung, ada tempat-tempatnya.

“Kalau dalam hotel banyak pelancong datang, tengok orang bertudung mungkin ada perasaan lain sebab dalam negara dia mungkin ada sesuatu perkara yg berlaku berkenaan orang pakai tudung, terutamanya di Eropah.

“Tengok macam Perancis,” kata Hasmah lagi.



Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Syarikat insyuran Prudential dan AIA enggan bayar bil hospital pelanggan

Syarikat insyuran Prudential dan AIA enggan bayar bil hospital pelanggan



SYARIKAT insurans Prudential dan AIA didakwa enggan membayar bil hospital pelanggan-pelanggan syarikat itu yang jatuh sakit di hospital swasta.
Satu perkongsian oleh Zulkefli Nordin di halaman Facebook yang menjadi tular mendakwa pihak insurans Prudential yang dilanggan oleh isterinya enggan membuat bayaran bil hospital berjumlah RM24,000 pada bulan Februari lalu.



“Bulan Februari yang lalu Prudential enggan cover bil hospital isteri saya berjumlah RM24k. Pelbagai alasan mereka bagi. Dalam kepayahan kami bayar juga bil hospital.” Dakwanya.

Menurut Zulkefli lagi, dia telah diyakinkan boleh membuat tuntutan daripada pihak Prudential selepas keluar wad, namun selepas 6 bulan masih tiada apa-apa perkembangan.

“Saya terus membayar bayaran bulanan polisi insurans isteri saya tanpa gagal selepas itu. Tiada respons bertulis dari Prudential sama ada kami perlu meneruskan bayaran atau berhenti, apa yang diyakinkan kepada kami adalah sabar, sabar, dan terus bersabar,” dakwanya.

Dakwanya lagi, bukan insurans Prudential sahaja yang bersikap demikian, malah insurans AIA turut tidak meluluskan surat jaminan (GL) anaknya yang dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Tropicana Kota Damansara akibat demam yang agak panas dan batuk yang agak teruk.

“Anak saya diarahkan membayar bil sendiri terlebih dahulu. Bila isu ini saya rujuk kepada doktor yang bertugas, doktor yang bertugas tersangat kecewa dengan tindakan AIA.

Terkeluar dari mulut doktor itu sendiri bahawa beliau memang fed-up (menyampah) dengan cara syarikat insurans bekerja. Ini bukan kes pertama katanya, banyak kali perkara yang sama berlaku terhadap pesakitnya.” dakwanya.

Doktor berkenaan katanya sekali lagi menghantar laporan perubatan kepada AIA dengan menjelaskan butiran penyakit yang dihidapi oleh anaknya.



“Anak saya hanya demam panas dan jangkitan kuman di saluran pernafasannya. Tetapi amat perlu dimasukkan segera ke wad untuk dimasukkan antibiotik ke badannya.”

“Sekali lagi AIA menjawab mereka perlu study dan kami dinasihatkan membayar terlebih dahulu segala bil,”

“Apakah begini caranya syarikat insurans di Malaysia mengumpul kekayaan dengan memperdayakan pemegang polisinya?” soal Zulkefli.

“Apakah mereka menganggap terlalu mudah dengan meminta pemegang polisi membayar nya terlebih dahulu?”

“Bila bil dibayar oleh pemegang polisi bila pula tuntutan boleh diluluskan? Lihat sahaja pada kes Prudential yang dihadapi oleh isteri saya. Sehingga kini bil bayaran RM24K yang kami bayar entah bila nak diputuskan?” soalnya lagi. — EdisiRakyat.com, 24 November 2017

Sumber — Zulkefli Nordin

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Gadis 14 tahun maut direnjat elektrik dari kabel pengecas iPhone Baru

Gadis 14 tahun maut direnjat elektrik dari kabel pengecas iPhone Baru

RAMAI di kalangan masyarakat yang sering tertidur sambil telefon bimbit dicas pada waktu malam. Namun perbuatan yang kelihatan seperti tidak berbahaya itu telah menggadaikan nyawa seorang gadis warga Vietnam.

Berdasarkan sumber berita British, seorang pelajar berusia 14 tahun Le Thi Xoan, maut direnjat elektrik dari kabel pengecas telefon yang rosak ketika sedang tidur.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengecas telefon pintar jenis iPhone 6 miliknya, dan berbaring di sebelah, satu amalan yang sering dilakukannya setiap hari.

Remaja itu dipercayai telah tersentuh bahagian kabel pengecas yang rosak lapor sumber media British itu.

maut direnjat elektrik

Remaja itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu bapa dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia lapor Metro.co.uk.

Doktor mengesahkan punca kematian adalah renjatan elektrik. Tidak dapat dipastikan sama ada kabel yang digunakan adalah kabel asal dibekalkan oleh Apple atau kabel dari pihak ketiga.

Pihak polis mendapati kabel berkenaan kelihatan lebih pendek berbanding kabel keluaran Apple yang memiliki panjang 0.5 meter.

Menurut sebuah halaman Facebook yang dicipta bagi mengingati kematiannya, gadis itu tinggal di Huong Son, sebuah daerah di utara wilayah Ha Tinh.

Ahli keluarga dan rakan-rakan menyampaikan ucapan takziah kepadanya melalui halaman berkenaan, memberitahu betapa mereka sangat menyayangi dan merindui mangsa.

Siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Prudential dan AIA didakwa enggan bayar bil hospital pelanggan

Prudential dan AIA didakwa enggan bayar bil hospital pelanggan



SYARIKAT insurans Prudential dan AIA didakwa enggan membayar bil hospital pelanggan-pelanggan syarikat itu yang jatuh sakit di hospital swasta.

Satu perkongsian oleh Zulkefli Nordin di halaman Facebook yang menjadi tular mendakwa pihak insurans Prudential yang dilanggan oleh isterinya enggan membuat bayaran bil hospital berjumlah RM24,000 pada bulan Februari lalu.



"Bulan Februari yang lalu Prudential enggan cover bil hospital isteri saya berjumlah RM24k. Pelbagai alasan mereka bagi. Dalam kepayahan kami bayar juga bil hospital." Dakwanya.

Menurut Zulkefli lagi, dia telah diyakinkan boleh membuat tuntutan daripada pihak Prudential selepas keluar wad, namun selepas 6 bulan masih tiada apa-apa perkembangan.

"Saya terus membayar bayaran bulanan polisi insurans isteri saya tanpa gagal selepas itu. Tiada respons bertulis dari Prudential sama ada kami perlu meneruskan bayaran atau berhenti, apa yang diyakinkan kepada kami adalah sabar, sabar, dan terus bersabar," dakwanya.

Dakwanya lagi, bukan insurans Prudential sahaja yang bersikap demikian, malah insurans AIA turut tidak meluluskan surat jaminan (GL) anaknya yang dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Tropicana Kota Damansara akibat demam yang agak panas dan batuk yang agak teruk.

"Anak saya diarahkan membayar bil sendiri terlebih dahulu. Bila isu ini saya rujuk kepada doktor yang bertugas, doktor yang bertugas tersangat kecewa dengan tindakan AIA.

Terkeluar dari mulut doktor itu sendiri bahawa beliau memang fed-up (menyampah) dengan cara syarikat insurans bekerja. Ini bukan kes pertama katanya, banyak kali perkara yang sama berlaku terhadap pesakitnya." dakwanya.

Doktor berkenaan katanya sekali lagi menghantar laporan perubatan kepada AIA dengan menjelaskan butiran penyakit yang dihidapi oleh anaknya.



"Anak saya hanya demam panas dan jangkitan kuman di saluran pernafasannya. Tetapi amat perlu dimasukkan segera ke wad untuk dimasukkan antibiotik ke badannya."

"Sekali lagi AIA menjawab mereka perlu study dan kami dinasihatkan membayar terlebih dahulu segala bil,"

"Apakah begini caranya syarikat insurans di Malaysia mengumpul kekayaan dengan memperdayakan pemegang polisinya?" soal Zulkefli.

"Apakah mereka menganggap terlalu mudah dengan meminta pemegang polisi membayar nya terlebih dahulu?"

"Bila bil dibayar oleh pemegang polisi bila pula tuntutan boleh diluluskan? Lihat sahaja pada kes Prudential yang dihadapi oleh isteri saya. Sehingga kini bil bayaran RM24K yang kami bayar entah bila nak diputuskan?" soalnya lagi. — EdisiRakyat.com, 24 November 2017


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Fake akaun IG muatnaik gambar b*gel gadis-gadis melayu yang 'Tak Menahan'

Fake akaun IG muatnaik gambar b*gel gadis-gadis melayu yang 'Tak Menahan'


jadi selepas ini sila berhati-hati ketika upload gambar ke laman sosial jangan kerana hanya inginkan perhatian serta pujian gambar anda dibogelkan dan dijual
anda mendapat malu seumur hidup dan mereka pula dapat komisyen dan untung yang lumayan.
Hukuman mengaibkan dan sebar gambar bogel

dimalaysia saya telah mencari hukuman jika sebar gambar bogel namun tidak ditemui tetapi dari segi persamaan ada ini beberapa kes jika didapati bersalah sebar gambar bogel

KES 1 Ugut Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih, Didenda RM4,000
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang penganggur memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya berakhir dengan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shazarul Ikhmal Rospisham, 20, selepas dia mengaku bersalah atas dakwaan memeras ugut mangsa berusia 19 tahun itu, yang bekerja sebagai pelayan restoran, menghantar gambar bogel gadis itu bagi mendapatkan wang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Tun Razak di sini pada 12.00 tengah malam, 10 Jan lepas dan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda dan sebatan.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan pemerasan tidak bermoral itu mendatangkan trauma kepada mangsa.

Peguam Zulkifli Awang yang mewakili Muhammad Shazarul Ikhmal, memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan ke atas anak guamnya dengan alasan tertuduh akan melanjutkan pengajian dalam jurusan automotif di sebuah kolej swasta selain dia telah menyesal dan insaf dengan perbuatannya itu.

Mengikut fakta kes, mangsa menerima 20 keping gambar bogelnya daripada tertuduh melalui aplikasi Wechat.

Tertuduh kemudian meminta wang sebanyak RM200 bagi setiap keping gambar dan mengugut akan menyebarkan gambar bogel itu sekiranya permintaannya tidak dituruti. – BERNAMA

KES KE 2 BERKAITAN SEBAR GAMBAR BOGEL

Didenda ugut sebar gambar bogel

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memeras ugut menyebarkan gambar bogel seorang wanita.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Faez Aiman Toiban, 23, selepas dia mengaku memeras ugut wanita berumur 20 tahun untuk menyebarkan gambar bogel mangsa bagi mendapatkan wang RM5,000.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Jalan Genting Klang di sini, pada 6 petang, 7 Februari lalu, mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 7 Februari 2017, wanita itu menerima pesanan melalui WhatsApp daripada seorang lelaki dikenalinya iaitu tertuduh, yang mengugut menyebarkan gambar bogelnya jika pengadu tidak menyerahkan wang kepada tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan itu menjejaskan maruah pengadu.

KES KE-3 YANG TELAH MENERIMA HUKUMAN KES INI PADA TAHUN 2014
AYER KEROH – Padah memiliki gambar lucah dan mengugut menyebar gambar bogel seorang wanita, seorang bekas pelajar universiti swasta dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap tertuduh, Mohd Hidayat Abd Ghani @ Mokhtar, 24, dari Batu Buruk, Terengganu selepas menukar pengakuan kepada bersalah ke atas tiga pertuduhan pada hari sebutan semula kes semalam.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati sengaja mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan ingin menyebarkan gambar bogel mangsa supaya menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang dalam kejadian kira-kira 2.27 pagi, antara Ogos hingga 2 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hidayat didapati melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000 di tingkat 15 asrama universiti berkenaan, kira-kira 10.41 pagi pada 17 September lalu.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda; atau kedua-duanya sekali kerana memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di pangsapuri sama, kira-kira jam 1 tengah hari, 19 September lalu.

Terdahulu, peguam bela Azwan Abdul Wahab memohon mahkamah tidak memberikan hukuman penjara, sebaliknya hukuman denda minima terhadap tertuduh yang telah menyesal, malah sudah diberhentikan daripada pengajian.

‘’Tertuduh merupakan anak yatim yang kematian bapa, selain dia juga berhasrat untuk menyambung pelajarannya kembali,’’ katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika mengendalikan kes memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan pemerasan tidak bermoral hingga memberikan kesan kepada mangsa.

jika diikutkan kesalahan sebar gambar bogel boleh didenda antara RM3000 hingga RM10,000 manakala boleh dipenjara hingga 10 tahun disamping sebatan
itu sekadar sebar gambar bogel jika gambar dicuri dan diedit serta disebarkan kemungkinan lebih dari tersebut. Jika gambar anda dilakukan sedemikian rupa lakukan langkah asas ini

1, jangan panik dan PM individu tersebut
2, buat laporan polis
3, buat laporan SKMM
4, sediakan wang mencukupi untuk saman mereka yang tidak bertanggungjawab ini
tetapi yang penting jadikan info ini sebagai pengajaran selepas ini jangan suka-suka hati post gambar2 yang menarik syahwat lelaki





Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Patutlah kena caj RM600,Rupa-rupanya ini punca sebenarnya

Patutlah kena caj RM600,Rupa-rupanya ini punca sebenarnya


Patutlah kena caj RM600,Rupa-rupanya ini punca sebenarnya|Susulan viral dakwaan seorang lelaki yang tidak berpuas hati dikenakan caj RM600 bagi empat mangkuk hidangan kari kepala ikan di sebuah restoran terkenal di ibu kota, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) telah mengarahkan sepasukan pegawai Unit Anti Percatutan Bahagian Penguat Kuasa, melakukan siasatan.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Datuk Roslan Mahyuddin berkata, siasatan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran itu berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz X, M, L dan XL.

Pihak restoran berkenaan juga meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual, termasuk kari kepala ikan.

“Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.

“Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian,” katanya.

Ekoran itu, pihaknya mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada restoran itu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai hidangan tersebut, dalam tempoh 10 hari.

Walau bagaimanapun, Roslan kesal dengan tindakan pelanggan yang menyebarkan resit bayaran itu tanpa memberikan butiran lengkap sehingga mengelirukan orang ramai.

“Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidang empat kepala ikan yang dicaj RM600.

“Ia seolah-olah hidangan untuk seorang sahaja, sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang,” katanya.

Justeru, Roslan menasihatkan orang ramai untuk bertanya tentang harga makanan sebelum mengambil/memesan makanan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Bekam “Ajaib” dan ”Aneh”

Bekam “Ajaib” dan ”Aneh”


Bekam atau Hijamah sebagai pengobatan dengan teknik yang sederhana, namun secara khasiatnya sangat dahsyat dan ajaib. Itulah perbedaan pengobatan bekam dengan pengobatan-pengobatan lainnya. Pengobatan bekam ini secara prinsip diturunkan atau diwahyukan oleh ALLAH SWT melalui malaikat jibril ketika Nabi Muhammad di Isra’-Mi’raj-kan. Sangat berbeda dengan pengobatan-pengobatan yang lain baik pengobatan konvensional maupun pengobatan tradisional atau alternatif.

 عن معقل بن يسار ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « الحجامة يوم الثلاثاء لسبع عشرة من الشهر ، دواء لداء سنة » القول في البيان عن معاني هذه الأخبار إن قال لك قائل : ما أنت قائل في هذه الأخبار التي رويتها لنا عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، من ندبه أمته إلى الحجامة ، وقوله عليه السلام : « ما مررت بملأ من الملأ الأعلى إلا أمروني بالحجامة ، وقالوا : مر أمتك بالحجامة » ، وقوله صلى الله عليه وسلم « احتجموا لخمس عشرة ، وسبع عشرة ، وتسع عشرة ، وإحدى وعشرين »

 Dari Muawiyah, dari Ma’ql bin Yassar r.a, berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah  bersabda: Hijamah pada hari selasa atau tanggal 17 adalah pengobatan yang disunnahkan. Dijelaskan bahwa diceritakan mengenai Pengobatan dengan Hijamah dan dikatan bahwa : Rasulullah SAW bersabda : “ Aku tidak diperintah oleh Para Malaikat pada Malam Isra kecuali mereka (para Malaikat) itu berkata : Kerjakan Hijamah ya Muhammad .” dan mereka (para Malaikat) itu juga berkata Perintahkan Umatmu ber-hijamah. Rasulullah  bersabda: Hendaklah ber-hijamah/ber-bekam pada tanggal 15, 17, 19 dan 21”.(Ma’rifatu Shahabah dan Mu’jam Kabir At Thabrani)

Pengobatan Bekam “Ajaib”

Pengobatan Bekam dikatakan pengobatan yang ajaib, kata “ajaib” ini lumrah diberikan karena pengobatan bekam sering memberikan kesan yang istimewa, aneh namun positif dan kesembuhan yang seketika, tentunya semua itu bi idznillah atas ijin ALLAH SWT.

Pengalaman-pengalaman ajaib sering ditemukan oleh terapis-terapis bekam yang senantiasa membekam pasien sesuai dengan keluhannya. Diantara pengalaman yang unik yang telah terjadi adalah kami sebagai pembekam waktu itu mendapati pasien yang datang ke klinik kami, beliau seorang pria yang sudah tidak muda lagi usianya, datang diantar anaknya dengan bantuan tongkat untuk berjalan walau tertatih-tatih. Setelah konsultasi dan pemeriksaan kami sepakat untuk memberikan terapi bekam pada bapak tersebut. Kami pun membekamnya di titik-titik sunnah, diantaranya, ummu mughist dengan mencukur rambut dipuncak kepalanya, kaahil, akhda’ain, katifayn, ala warik, dan yang lebih kami fokuskan di kaki dan kami ambil titik zhahrul qadami 2-3 kali sedotan.

Teknik atau cara bekam tersebut sangat lazim diberikan kepada pasien-pasien kami, namun yang ajaib dan mungkin “lucu” setelah bapak itu dibekam dan melakukan administrasi pengambilan herbal yang kami resepkan, bapak tersebut beserta anaknya bergegas keluar dari klinik kami. Selepas 10-15 menit kemudian kembalilah sibapak dan anaknya tersebut, dan berpamitan izin kepada kami untuk mengambil tongkat yang tadi tertinggal di kamar terapi. Sontak kami agak terkejut, karena daritadi tanpa disadari bapak pulang dan datang kembali sudah berdiri tegak tanpa bantuan tongkat.

Itu hanya sekelumit keajaiban yang terjadi ketika seseorang di berikan terapi bekam untuk mengatasi penyakitnya, masih banyak lagi kejadian-kejadian yang “ajaib” yang terjadi di tempat-tempat bekam, ada yang dibekam hilang “susuk”, hilang kekuatan “luar biasa”, apalagi yang sekedar darah tinggi turun, koesterol turun sering sekali terjadi seketika setelah dibekam.

Semakin yakinlah kami semua para terapis bekam kepada pengobatan sunnah ini, dan ingin sebanyak-banyaknya menebar manfaat dengan pengobatan bekam kepada umat.

Subhanallah – Walhamdulillah – Walaailaaha ilallah – Wallohu Akbar!

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Anggota polis bapak ayam ditahan ketika sedang berseronok

Anggota polis bapak ayam ditahan ketika sedang berseronok


KLANG: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan selepas dipercayai menjadi 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.

Sumber berkata, anggota berusia 26 tahun itu dan bertugas di cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang, ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di kondominium di Setia Alam.
Katanya, ketika serbuan itu, polis turut menemui pakaian seragam anggota selain peralatan menghisap syabu.

"Ketika serbuan itu juga, polis turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang turut menjadi pelacur dan dia mengaku sebagai teman wanita anggota polis itu.

"Difahamkan juga, sindiket ini mengiklankan semua pelacur sebagai gadis Malaysia bagi menarik minat pelanggan," katanya kepada BH.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu, berkata dalam operasi yang diadakan semalam, empat wanita warga Indonesia dan tiga lelaki rakyat tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.

Beliau berkata, semua suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Noda di hotel dan inap desa sekitar Klang.

"Semalam, kira-kira jam 6.15 petang, sepasukan anggota D7 IPD Klang Utara dan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membuat pemerhatian dan risikan mengesahkan kegiatan sindiket pelacuran di hotel berkenaan.

"Berdasarkan maklumat daripada aplikasi WhatsApp menerusi telefon bimbit, terdapat sindiket pelacuran dengan mempamerkan gambar wanita dengan nama Miss Dyan, Miss Aylla, Miss Evi dan Suraya, dipercayai berlaku di hotel di Klang.

"Pasukan membuat pemeriksaan dan serbuan di tiga buah bilik di hotel berkenaan. Kita menangkap tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki rakyat tempatan masing-masing disyaki pelacur dan penjaga kepada pelacur terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazelan berkata, pasukan berkenaan turut menahan seorang lelaki rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia dalam serbuan kedua di sebuah inap desa di Setia Alam, di sini.
"Tiga lelaki rakyat tempatan ditahan reman selama empat hari dan empat wanita warga Indonesia direman selama 14 hari bermula hari ini.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan.
"Pihak JAIS pula menyiasat kes ini mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana berkurung dalam satu rumah bukan pasangan suami isteri," katanya
Oleh Norrasyidah Arshad dan Ruwaida Md Zain
bhnews@bh.com.my

--------------
OPS NODA - SENDIKIT PELACURAN MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP.
KLANG - Berdasarkan daripada maklumat aplikasi whatsapp di talian 0173203459 yang mempamerkan gambar wanita antaranya Miss Dyan, Miss Aylla, Miss Evi dan Suraya yang menawarkan kegiatan seks kepada pelanggan di Hotel Histana, Jalan Batu Tiga Lama, sepasukan polis daripada D7 IPD Klang Utara bersama Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjalankan pemerhatian dan risikan berkenaan kegiatan sendikit pelacuran di hotel berkenaan.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah ACP Mazelan Paijan, Pasukan serbuan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Norsanizam Nordin telah membuat pemeriksaan di tiga bilik hotel dan menemui tiga wanita warganegara asing disyaki pelacur dan 2 lelaki melayu disyaki sebagai penjaga kepada pelacur di sini semalam.

Hasil dari soal siasat, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Setia Dagang, Setia Alam dan menahan seorang lelaki melayu dan seorang wanita warganegara Indonesia yang dipercayai turut terbabit dengan sendikit tersebut.

Selain disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Kesiksaan, pihak JAIS juga menyiasat di bawah Seksyen 29 Enekmen Jenayah Syariah 1995 kerana berkurung dalam satu rumah bukan pasangan suami isteri.

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
Baru lepas 4 hari melahirkan, suami paksa untuk ‘bersama’ hingga memancut darah dan tersembul rahim keluar

Baru lepas 4 hari melahirkan, suami paksa untuk ‘bersama’ hingga memancut darah dan tersembul rahim keluar


Assalamualaikum kak. Saya dah selamat lahirkan anak kedua… Sekarang tengah berpantang hari ke 17.

Tapi tempoh berpantang saya tak macam pantang. saya dipaksa suami untuk pantang dirumah maknya di Shah Alam dengan alasan masa anak pertama dulu saya dah pantang di rumah mak saya.

Lepas saya lahirkan anak, saya minta CL yang saya tahu bagus datang rumah… CL tu urut, mandikan saya, tungku saya & mandikan anak..

Best sangat rasa… Lepas CL keluar nak balik tu mertua saya bagitau CL lepas ni jangan datang lagi rumah ni… sebab mak mertua saya dah dapatkan CL lain…

Terkejut saya kak. Saya dah bayar deposit untuk 14 hari rawat saya pastu servis CL ni memang sangat sangat best… Malangnya saya tak dapat nak pertahankan… mertua saya tengking saya…. dia suruh saya jangan cakap & suruh masuk bilik.

Bidan main main….

Esoknya ada sorang makcik ni datang…. masa dia urut saya tak sampai 15 minit.. mertua saya cakap sudah sudahlah urut saya… saya sihat ja.. disebabkan makcik ni kawan mak mertua saya… dia pun ikut… terbiar saya kat situ.. tanpa urut habis.. tanpa tungku… saya pun bangun & mandikan anak sendiri.

Sedih yang amat….. saya cuba call mak..suami saya rampas phone & yang buat saya terlalu sedih bila suami saya tutup pintu bilik & cakap nak bersama.

Suami ajak bersama…

Allah… tengah pantang ni bang… baru 4 hari… tak boleh bersama sampai nifas kering…

“Ada aku kisah..! kau tu bini aku! Jatuh dosa kalau kau tak dengar cakap aku…! Aku suami kau!
Saya cuba pertahankan diri saya kak… saya cuba elak… anak disebelah menangis pun suami saya tak kisah…

Dia terus terkam saya…. pad saya yang penuh darah dia rembat & campak kat sebelah… Ya ALLAH… masa tu memang lemah seluruh badan saya… sakit yang terlalu amat… sebab saya dapat rasa dia tekan tekan rahim saya.

Sakit kak… sakit sangat sangat… sakit yang amat…

Saya menangis & tak berhenti sebut ALLAH ALLAH ALLAH….

Dia tak endahkan saya…. dalam 5 minit dia kerjakan saya…

Penuh darah atas tilam saya…. tiba tiba terpancut keluar darah seketul seketul. saya bagitau suami… saya sakit…

Dia senyum & cakap..

“kalau nak pahala kena bekorban”

Paha, kaki saya tak boleh nak angkat…

Pinggang saya rasa teramat sakit…

Rahim saya rasanya… rasa pedih & perit yang amat….

Breast saya terlalu sakit sebab ditekan tadi….

Saya menangis kat situ & cuba angkat anak & menyusu…

Suami sepak & ugut..

Dalam masa yang sama saya dengar mertua saya & makcik yang mengurut sembang sembang di luar, saya jerit cuba panggil….

Lepas tu suami saya sepak kaki saya & cakap…

“Kalau kau bagitahu diorng pasal ni… aku ‘buat’ kau lagi malam ni.. haha”
ALLAH…. kenapa dengan suami saya ni….

Saya panggil juga mertua tapi saya tak bagi tahu yang suami saya bersama dengan saya.

Bila makcik tu datang tengok faraj saya… dia cakap rahim saya terkeluar…. & dia perlu tolak masuk dalam perlahan lahan..

ALLAH… tolak masuk dalam balik?

“Kalau tak tolak sekarang, nanti dia keluar lagi banyak…”

Sakit yang amat sangat sangat kak…. terlalu sakit…

Sakit bersalin saya boleh terima lagi… tapi sakit masukkan rahim selepas dikerjakan suami yang tak berperikemanusiaan dengan bengkak susu ni…memang saya rasa nak terputus nyawa!

Hari ni hari ke 17 pantang…. Luka saya masih tak sembuh… darah saya tiap hari keluar dengan banyak & berketul ketul…


gambar sekadar hiasan
Ceritakan pada nurse

Masa checkup kuning anak di klinik saya ceritakan semua dengan staf nurse kat situ…

Diorang pun terkejut sebab tak pernah dengan suami berlaku kejam dengan isteri masa pantang.

Doctor yang check perineum saya cakap luka saya ni akan lambat sembuh sebab terkoyak sampai ke dubur….

Darah saya yang berketul ketul dalam faraj doctor keluarkan….

Saya juga diberi kaunseling sebab diorang takut saya stress & meroyan….

Diberi kaunseling kerana bimbang meroyan

Puan Zatul – Dia yang bagi saya kaunseling…

Saya bagitahu yang masa pantang hari ke 37 anak pertama pun suami saya pernah paksa bersama jugak… masa tu saya dah hampir sembuh.. saya tak rasa sakit macam ni…

Puan Zatul cakap
“Sebelum kahwin, ramai perempuan akan cair hanya dengan kata kata lelaki yang sweet talker sehingga memudaratkan dirnya sendiri lepas kahwin… sebab tu kalau nak kahwin, cari pasangan yang baik”

“Banyak kes yang saya terima melibatkan suami yang tak ada ilmu mengenai alam rumahtangga… sebab tu dia buat apa yang dia rasa betul sehingga main bedal saja hukum halal & haram sampaikan ajak bersama ketika berpantang dia rasa pahala macam kes puan”

“Bila puan dah tahu suami puan ni panas baran, sepatutnya puan berkeras untuk berpantang di rumah ibu. Itu lebih selamat”

Saya ada ceritakan pada puan Zatul… saya ingatkan saya dapat mengubah perangai suami saya lepas kahwin… rupanya tak….. suami saya seorang yang panas baran.

Sekarang ni saya berdepan trauma… pandang muka suami pun saya takut… apatah lagi kalau dengar suara dia panggil nama saya…

Sekarang ni saya terbaring atas katil saja…. doctor tak bagi jalan… luka & kedudukan rahim perlu sembuh sepenuhnya.

Kalau sekali lagi suami saya berlaku kejam & nak bersama saya lagi… berkemungkinan saya akan bentan.

Betullah kak… berpantang di rumah mak takkan sama dengan berpantang di rumah orang. Kalau sakit ke apa boleh bagitau mak…. saya rindu sangat mak saya.

Allah…. Aliya (bukan nama sebenar) luahkan semua ni masa suami tak ada di rumah.

Bila dengar suaranya yang terketar ketar tu saya dapat gambarkan keadaannya yang penuh trauma & sakit

Buat para suami :

1. Bersama ketika haid & nifas adalah HARAM! Tak ada maknanya jatuh dosa kalau tak bersama waktu tu… merepek ja!
2. Tempat berpantang & CL yang akan menjaga isteri biarlah dipilih oleh isteri bukannya mengarah & memaksanya berpantang di tempat yang dia tak suka.
3. Tempoh berpantang adalah tempoh memulihkan diri & emosi… Jangan sesekali sentuh bahagian perineum isteri yang penuh darah tu.
4. Tugas suami masa isteri berpantang adalah jaga isteri.. jaga anak.. siapkan makanan isteri.. mandikan anak dll… dan bukannya ceroboh luka & darah.
5. Seorang isteri ketika berpantang sangat berpotensi besar untuk meroyan kalau dia mendapat tekanan dari suaminya... & jangan terkejut disebabkan anda yang kejam dengannya, isteri anda mampu mencederakan anak anda tanpa dia sendiri sedar.
6. Tolonglah… ambil tahu pasal berpantang & peranan suami ni…. Kepada mommy yang dah miliki buku #9bulan10hari, bagi suami baca sekali… kadang suami bertindak pelik pelik sebab dia tak ada ilmu…

Dalam buku 9bulan10hari saya dah ceritakan peranan seorang lelaki seawal sebelum jadi suami… sampailah ke kehamilan.. kelahiran.. berpantang & penyusuan…

Semoga setiap wanita melalui proses berpantang dengan tenang…

Sumber: Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
[5 Foto] Ayu! Gadis Bakal Isteri Yang Berjaya Menawan Hatinya Abam Bocey

[5 Foto] Ayu! Gadis Bakal Isteri Yang Berjaya Menawan Hatinya Abam Bocey


Pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu Abam akhirnya bakal mengikuti langkah Fad dan Achey.

Abam akhirnya membuat pengakuan dan mengumumkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Tarikh yang dipilih ialah 8 Disember, ya betul, bulan Disember depan, tidak sampai sebulan lagi.
Memang pandai Abam menyimpan rahsia dan menyembunyikan hubungannya denagn gadis pilihan yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor ini.

Jom intai bakal isteri abam yang berjaya menawan hatinya ini :








Gambar semasa abam berkunjung ke rumah bakal isterinya di Sabak Bernam

Dari laporan BHarian, Abam Bocey sebelum ini pernah putus dengan gadis tersebut.
Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak.

Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Tentang majlis, menerusi laporan BHarian,majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Disember di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam.
Selepas itu, majlis resepsi antara Abam dan pengantin perempuan akan diadakan pada keesokan harinya (9 Disember).

Kemudiannya, majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada bulan januari tahun depan di Gombak.

Abam memang pernah merancangan untuk akhiri zaman bujang sebelum berumur 30 tahun, dan akhirnya ianya akan tercapai bulan depan.
Ini keratan akhbar laporan Abam bakal bernikah:

Dalam pada itu, Abam menyatakan bahawa dia akan membawa ibunya dan bakal isteri tinggal bersama.
Ini komen Abam:

“Saya kumpul harta dulu sebelum kahwin. Kemudian saya akan bawa ibu dan bakal isteri tinggal ke rumah tersebut. Siapa lagi kalau nak harapkan untuk bahagiakan ibu selain anak sendiri”
Memang seorang anak yang baik Abam ini.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Abam yang bakal bernikah pada bulan depan. Memang tak sabar nak lihat Abam naik pelamin.

Sehingga kini, masih belum ada gambar bakal isteri Abam ini. Dengar kata orang yang pernah lihat, cantik orangnya..Tunggu!

Sumber: BeritaHarian

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram