Bapa Tiri Mabuk Ketum Rogol Dalam Bilik, Dan Rakam Aksi Anak Tirinya



Nilai – Seorang lelaki ditahan dipercayai telah merakam aksi rogol anak tirinya apabila isteri membuat laporan polis setelah menemui bukti kukuh melalui rakaman video.Lelaki yang berusia 40 tahun itu dikatakan telah merogol anak tirinya yang berusia 20 tahun dalam keadaan mabuk ‘ketum’ didalam rumah mereka.Semuanya bermula apabila isterinya menemui kad memori yang ditinggalkan suaminya di dalam beg apabila lelaki berkenaan keluar untuk berkerja.Suspek yang bekerja sebagai peniaga dan berketurunan Kadazan itu ditahan di rumahnya di Bandar Baru Nilai, di sini, semalam.

Ekoran penemuan rakaman video seks itu, ibu mangsa, 40, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, semalam.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya telah melakukan tangkapan terhadap suspek berusia 40 yang merupakan ayah tiri mangsa.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah menjalinkan hubungan dengan anak tirinya yang berusia 20 tahun sejak tahun lepas.Menurutnya, ibu mangsa sudah lama syak sesuatu selepas anak-anak yang lain memberitahu ganjil dengan sikap suspek dan mangsa namun tiada sebarang bukti ditemui.”Ibu mangsa pernah bertanya kepada suspek dan mangsa tetapi masing-masing menafikan.Apabila kad memori dijumpai, ibu mangsa telah terlihat rakaman video seks antara suami dan anaknya dan video itu dijadikan sebagai bahan bukti,” katanya.

Zaldino berkata, mangsa tidak pernah menceritakan kepada sesiapa kerana takut suspek akan meninggalkan ibunya dan membawa adik-adik jauh dari keluarga.Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,”katanya.*Video tersebut tidak dapat dipaparkan disini kerana ianya tidak sesuai untuk ditonton.

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.