Jawapan Mengejutkan Dari Ketua Polis Negara Berhubung Isu UTK Mahathir Kenapa Sebenarya Ditarik Balik


KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ditarik balik adalah tidak benar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, pihaknya masih mengekalkan anggota UTK bagi mengiring dan mengawal keselamatan Dr Mahathir termasuk di rumah.

“Mana ada UTK (ditarik), polis masih kekalkan anggota UTK (mengawal keselamatan) untuk Dr Mahathir,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, malam ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik Dr Mahathir di laman sosialnya kononnya anggota UTK yang ditugaskan untuk mengawal keselamatannya telah ditarik balik pada Rabu lalu.

Kenyataan dimuat naik bekas perdana menteri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap tindakan itu keterlaluan. – sumber MalaysiaGazette

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.