Untungkah buat Uber/Grab ini? Abang ini kongsi pengalaman sebenar beliau


Setakat ni, adalah dalam 5 orang dah tanya aku mengenai untung tak buat Grab/Uber. Dapat berapa buat Grab/Uber?

Oleh kerana aku ni orang yang sangat detail dalam bekerja, aku ada buat kira-kira berapa kos dan profit yang diperolehi.



Data ni untuk aku yang cuma bekerja 3 jam sehari bermula 7-10pagi atau 6.30-9.30 pagi dan cuma 5 hari seminggu. Dan aku akan pastikan minimun collection aku dalam RM50 sehari.

Setiap kali start Grab/Uber, aku akan reset travel distance A di dashboard meter dan calculate berapa kilometer yang aku lalui termasuk cari rider, cari tandas, sesat, dan balik semula ke UM pada paginya. Kemudian aku akan tambah 10km untuk jammed dan menunggu. Kalau ikutkan efficiency kereta kami dalam 13~14km/litre. Tetapi aku saja rendahkan kepada 10km/litre. Jadi, kira sahajalah berapa km yang dah dilalui hari itu, darab sahaja dengan harga minyak terkini. Kemudian aku akan kira tol + basuh kereta + dan kos tambahan (seperti parking + beli air + dan lain-lain sewaktu buat grab/uber).

Jadi daripada experience aku secara statistik bulanan untuk 2 bulan:



Total collection daripada penumpang kepada kamu, 20-25% adalah komisen kepada uber/grab. (grab 20% dan uber 25%).

20-30% adalah kos perjalanan seperti minyak+tol+lain-lain. Tetapi cost ini akan sentiasa fluctuate setiap minggu mengikut harga minyak yang turun naik. Jika mencecah RMRM2.30, kos perjalanan boleh meningkat kepada 30%.

Kiranya cost untuk kamu bekerja lebih kurang dalam 50%.

dan 10% daripada total collection adalah untuk maintenance, standard RM150-200 sekali servis tukar minyak guna minyak semi.



Secara konklusifnya,

Jika kamu dapat RM10 untuk satu perjalanan, secara averagenya RM2 akan kepada komisen, RM2 hingga RM3 untuk cost, dan RM1.5 untuk maintenance. kamu hanya untung dalam RM4~5.

Untuk pengetahuan semua, uber dan grab masing-masing ada insentif yang mereka lancarkan. Contoh grab menawarkan tambang tetap RM30-35 untuk satu perjanan pada waktu kemuncak. Struktur ia boleh disemak di.

http://ift.tt/2A0esmg

Biasanya incentive ini boleh dapat dalam RM70-150 seminggu. Tetapi ini hanyalah untuk rating 4.7 bintang dan keatas.

Manakala, uber pula jika anda complete 21 perjalanan, uber akan bagi RM65. Manakala 54 perjalanan akan dapat RM165.

*Nota: kos ini sudah termasuk tukar minyak hitam, oil filter, dan lain-lain maintenance biasa.

TETAPI tidak termasuk kos tukar tayar, kos breakdown/rosak, kos insurance kereta, kos kerosakan badan seperti calar, dan kos yang lain-lain.

*****

Jadi, bagi anda buat konsisten 3 jam sehari dan minumum RM50 dan 5 hari seminggu. Anda boleh dapat RM600 sebulan bersih setelah tolak cost sana sini seperti yang dinyatakan di atas.

Kalau adas sesiapa nak buat uber/grab dan jika sudi, jadikanlah aku sebagar referer. :p



Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.