" pasangan pengantin diarak sambil berbogel "



Gara-gara salah faham dan menjadi mangsa fitnah, pasangan pengantin telah diarak sambil berbogel oleh orang ramai. Disangkakan oleh penduduk di Tengerang, Indonesia pasangan pengantin ini melakukan perbuatan tidak senonoh di rumah.

Pasangan pengantin ini telah dipukul dan dibogelkan sebelum diarah keliling kampung. Video pasangan ini diarak sambil berbogel tular di media sosial dan mendapat perhatian pengguna media sosial.

Namun begitu, selepas pasangan pengantin ini telah di fitnah. Mereka telah membuat laporan polis dan mendedahkan perkara sebenar bahawa mereka tidak melakukan perbuatan tidak senonoh.

Pasangan yang masing-masing berumur 25 dan 20 tahun memaklumkan mereka memang pasangan kekasih tapi akan menikah beberapa hari lagi. Malah, kejadian mereka dikatakan ditangkap khalwat itu sebenarnya tunangnya datang untuk makan bersama sekitar jam 10 malam.

Ketika sedang makan dengan tunangnya, 3 orang lelaki telah menceroboh masuk ke dalam rumah dan menuduh meraka sedang berkhalwat. Sedangkan masing-masing masih lengkap berpakaian ketika mereka diserbu.

Tidak sempat untuk menjelaskan perkara sebenar, tiga orang lelaki itu mula menjerit-jerit sehingga menarik perhatian penduduk lain dan mengatakan mereka berkhalwat.

Tanpa menyelidik perkara sebenar orang kampung yang ada di situ mula memukul pasangan itu dan membogelkan mereka sebelum diarak. Bukan itu sahaja salah seorang suspek bertindak mengajak orang ramai untuk mengambil gambar dan video mereka.

Akibat dari kejadian yang menimpa pasangan itu, mangsa wanita yang dibogelkan mengalami trauma dan kini sedang di rawat di hospital. Akibat suka melakukan perbuatan tanpa usul periksa orang yang tidak bersalah telah diaibkan.

Tak salah mahu mencegah gejala maksiat yang semakin berleluasa ini. Tetapi, perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan menyelidik dahulu perkara sebenar sebelum menuduh pasangan itu melakukan khalwat.

Apapun, sebagai pasangan yang sudah bertunang. Itu tidak boleh dijadikan sebagai ‘tiket’ untuk anda duduk berdua-duaan dengan pasangan di dalam rumah walaupun hanya sekadar makan dan tidak melakukan perbuatan tidak senonoh kerana itu tetap salah dalam agama Islam

Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.