KUALA LUMPUR – Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim perlu dikenakan hukuman Qazaf atau Ta’zir mengikut hukum Islam kerana mencela dan menuduh penyokong pasukan lain dengan tuduhan yang berat pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor kelmarin.
Pendakwah terkenal, Ustaz Abu Syafiq Mohd. Rasyiq berkata, perkataan yang dilemparkan oleh pemain tengah JDT itu bagi mencela penyokong lain dengan ayat makian dan tuduhan zina adalah berat tidak kira ia dari mulut sesiapa pun.
“Melontarkan perkataan pundek yang bererti makian keatas ‘alat sulit wanita’ dan perkataan babi yang merupakan satu makian memburukkan serta tuduhan keatas orang lain tanpa bukti sebagai anak haram adalah perkataan yang jelas kotor dan memaki walau dalam apapun keadaan sekali pun marah.
“Hukum Qazaf iaitu menuduh orang lain berzina jika tidak mendatangkan empat saksi dalam Islam sepertimana yg disebut oleh Allah dalam Al-Quran surah An Nur ayat 4 adalah dikenakan hukuman 80 kali sebatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Abu Syafiq berkata, jika perkataan anak haram oleh Safiq itu tidak bermaksud menuduh orang lain berzina, tetapi hanya memaki sahaja maka dikenakan hukum Ta’zir oleh Hakim Mahkamah.
“Rujuk kitab Mazhab Syafie Al-Mughni J12/MS392 dan Al-Majmuk J22/MS113,” katanya.
Beliau turut meminta ‘orang istana’ sebagai ketua agama cakna dan bukan hanya membisu sahaja dengan perkara itu.
“Mesti dikenakan hukuman keatas orang seperti Safiq ini agar yang lain tidak mengulangi perkara yang sama,” tegasnya.
Sumber : Friscomedia
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.