Datuk seri pukul RELA ditahan semula lepas bayar wang jamin



LELAKI dengan gelaran "Datuk Seri" yang dituduh di mahkamah hari ini atas kesalahan memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), ditahan semula selepas membayar wang ikat jamin bagi kes berkenaan.



Suspek berusia 29 tahun itu ditahan semula oleh pihak polis di luar perkarangan Mahkamah Seksyen Ampang, kali ini tangkapan berkenaan difahamkan berkaitan dengan kes dadah.

ACP Shaharuddin Abdullah dari Balai Polis Dang Wangi mengesahkan bahawa datuk seri itu telah ditahan selepas satu waran tangkap untuknya diperolehi.

"Dia ditahan atas kesalahan berkaitan dadah yang dilakukannya pada tahun 2014," katanya seperti yang dipetik oleh thesundaily.

Tambahnya lagi pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya esok dan menjangkakan akan mendakwanya di mahkamah pada hari Isnin.

Sebelum itu, datuk seri berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam mahkamah. Dia dibenarkan membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM17,000 untuk kesemua empat pertuduhan.

Dia kemudiannya ditangkap oleh pihak polis ketika berjalan menuju ke arah perkarangan mahkamah.

Thesundaily melaporkan, "Datuk Seri" atau nama sebenarnya yang disebut sebagai Liow Soon Hee itu bakal berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan — Kesalahan menggunakan paksaan jenayah untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Liow juga berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika didapati bersalah di bawah Seksyen 325, Kanun Keseksaan — Kesalahan dengan sengaja melakukan kecederaan terhadap Lee Weng Poh, 27.

Dua lagi tuduhan yang dikenakan terhadapnya ialah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana mencederakan Leong Jun Jie, 21 dan Cheong. Bagi kesalahan ini dia berdepan hukuman penjara setahun ataupun denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan wang jaminan keseluruhan berjumlah RM17,000 dengan seorang penjamin, serta mengarahkannya agar tidak mengganggu saksi-saksi.


Read more: http://ift.tt/2zmmWTY


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.