Remaja temui kotak berisi bayi lelaki


PETALING JAYA - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam kotak di tangga Pangsapuri Flora Damansara, jam 4 petang semalam, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, bayi itu ditemui remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga merupakan penghuni pangsapuri berkenaan. 

"Menurut keterangan saksi, ketika dalam perjalanan menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya, dia terdengar bunyi tangisan bayi sebelum menemui bayi itu dalam kotak air mineral yang diletakkan di tangga antara tingkat lapan dan sembilan. 

"Dia kemudiannya membawa bayi itu ke rumahnya dan menghubungi ibunya yang sedang bekerja. Ibu remaja itu menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya. 

Bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. 

Pegawai perubatan mengesahkan bayi itu berada dalam keadaan stabil dan dirujuk ke unit kecemasan hospital untuk rawatan. - The Reporter


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.