KUALA LUMPUR — Stesen radio Suria FM mengesahkan didenda tidak sampai RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM).
Tindakan itu berkaitan latah penyanyi Amy Mastura yang mencarut dalam program ‘Suria Pagi’ secara langsung 7 Disember lalu, lapor Kosmo!.
Stesen itu membayar denda pada 23 Februari lalu, sekali gus menepis dakwaan didenda RM50,000 seperti dihebohkan, kata pengurus besar program Suria FM.
“Pihak kami kesal dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara sama tidak berulang dalam program siaran langsung pada masa depan,” kata Subarma Mokhtaruddin.
“Namun pihak kami agak terkejut apabia perkara ini dibangkitkan akhbar sedangkan ia telah diselesaikan.
“Jumlah denda adalah kurang daripada RM10,000 bukannya RM50,000 seperti yang didakwa.”
Pada program Disember lalu, penyampai radio mengusik Amy sehingga tanpa disangka penyanyi itu melatah: “Oh p***** kau meletup, p***, p***** hantu.”
Program itu dikendalikan penyampai radio Halim Othman, Zulin Aziz dan Fizi Ali.
Sementara itu Amy Mastura, yang hits dengan lagu Sha Na Na, berkata beliau tidak tahu-menahu tentang denda itu dan enggan memperbesarkan isu tersebut. – MalayMail
Sumber : Friscomedia
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.