Salam admin, tolong hidekan profile saya. Minta tolong pasal suami kedekut.
Saya tak rasa macam husband and wife. Suami beri nafkah RM200 sebulan, itu pun untuk beli lauk saja. RM200 kadang-kadang untuk tiga bulan. Kadang-kadang memang dia lupa langsung nak bagi. Lauk selalu tak cukup. Kadang-kadang dia ajak makan di luar, tetapi saya yang kena bayar. Bila makanan dia habis dimakan, dia ambil pula makanan saya, kebuluran saya dibuatnya. Ambil air suam pun suruh saya, nak suap pun suruh saya. Dia langsung tak boleh tengok saya rehat/senang sikit.
Kalau suami bawa saya naik kereta dia, saya yang kena bayar minyak. Dia kata kalau saya jejak kaki dalam kereta dia, selepas keluar saya kena cuci kereta dia.
Rumah nak kemas 100%, tetapi barang mencuci, ubat gigi, sabun dan lain-lain itu semua saya yang kena belas serta saya yang perlu kemaskan rumah seorang diri. Bila saya tertidur, dia kata saya asyik tidur saja tak buat apa-apa.
Bab makanan, mesti kena siapkan sarapan. Lunch dan dinner dengan duit saya. Bila barang dah habis, dia akan ajak saya pergi beli barang rumah, tetapi saya yang bayar semuanya menggunakan duit sendiri.
Bila saya minta tolong bank in RM50, suami akan caj bunga pada saya, RM10. Kadang-kadang saya nak ambil duit dia dalam dompet, tetapi tak boleh sebab duit dia semua di dalam bank. Dalam dompet dia betul-betul kosong.
Hantaran kahwin saya RM10,000 pun saya dah bayar balik pada dia sebab dia minta saya pulangkan secara paksaan atas alasan nak beli aset.
Saya pernah keguguran sebelum ini dan suami pernah bertanya, "Kenapa kau tak boleh ada anak?". Malah bila saya mengalami keguguran, dia dengan tanpa rasa bersalah menyalahkan saya.
Saya dah jadi macam hamba abdi kepada dia. Dalam rumah, saya kena bayar semuanya pada suami. Bila saya pakai baju dia, nanti dia akan minta belikan baju yang lain.
Pernah sekali dia mengendeng-ngendeng saya sebab nak minta dibelikan iPhone. Dia bukan minta ratus ringgit, tetapi ribu-riban dan adakalanya puluhan ribu. Macam dia kata nak beli aset sebelum ini, dia nak RM15,000 dalam masa sebulan. Mana saya nak dapatkan duit banyak itu sedangkan rumah itu adalah tanggungjawab dia sediakan untuk isteri? Saya minta tempat perlindungan pondok pun tak apa.
Dia ada banyak duit tetapi dia asyik beli barang-barang game, gajet yang dia suka mengikut peredaran zaman. Apa saja yang baru, semua dia beli, hipster katanya. Saya hanya mampu tengok saja.
Pernah pinjam RM5 daripada suami, dia minta bayar balik siap dengan bunga. Saya terpaksa bayar balik RM10/RM15. Azabnya perkahwinan seperti ini.
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.