Tahun lepas merupakan tahun pertama anak saya, Maryam Nafeesa nak menyambut raya pertamanya di Malaysia. Ketika itu dia baru berusia 7 bulan, kalau tak silap saya.
Tetapi Allah beri ujian pada saya sekeluarga pada Aidulfitri tahun lalu selepas mendapat tahu Maryam Nafeesa terkena jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia) pada hari raya kedua.
Mungkin silap saya tak kawal orang cium-cium anak saya tak tentu hala. Lagi-lagi ada orang yang merokok dengan selamba menghisap rokok di tempat yang ada bayi-bayi kecil ini.
Selepas badan nak saya demam panas, mertua sarankan saya bawa anak berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras. Malam itu doktor segera masukkan anak ke ICU kerana pernafasan dia kurang dan mengalami batuk yang sangat teruk.
Hampir seminggu lebih juga dia berada di ICU dengan macam-macam jenis wayar, suntikan dan paip yang doktor masukkan dalam badan anak saya pada masa itu.
Ya Allah, tak tahu nak cakap bagaimana perasaan saya pada masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Sedih sangat tengok anak terlentang sakit dalam bilik ICU itu.
Alhamdulillah selepas berkampung di HUKM hampir dua minggu lebih waktu raya, anak saya kembali sihat dengan izin Allah dan sekarang harap Allah izinkan dia untuk menyambut raya tahun ini dengan meriah walaupun di Amerika.
Ini antara tanda-tanda seorang bayi yang dijangkiti jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia:
- Deman panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit Dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit.
Dan ini saya nak nasihatkan dan minta tolong sangat-sangat pada ibu bapa yang ada anak kecil. Tolong, tolong dan tolong kawal bayi anda dengan cara:
- Jauhi dari didekati orang yang merokok kalau anda sedang mendukung bayi
- Jauhi dari membenarkan orang mencium anak anda sesuka hati (kita tidak tahu apa penyakit yang ada pada orang itu)
- Kawal anak dari bermain dengan anak-anak kecil lain yang tidak sihat
- Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak
- Kalau anak anda ada ciri-ciri di atas, segera bawa pergi berjumpa dengan doktor (saya sarankan kalau di kawasan Lembah Klang, bawa ke HUKM kerana HUKM antara hospital yang mempunyai pakar kanak-kanak terbaik di Malaysia.
- Mencegah lebih baik dari merawat
Saya doakan agar hari raya tahun ini disambut dengan kebaikkan dan kemeriahan selepas melalui tarbiyyah ramadhan selama sebulan. Saya harap tulisan dari pengalaman ini dapat dikongsi bersama agar dapat imemberi manfaat buat semua, insya-Allah!
Kami dari bandar New York, Amerika Syarikat ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada ahli keluarga, sahabat handai di Malaysia. Ikhlas dari Khairil Khider, Noorfarhana Norizan, Maryam Nafeesa dan Mardhiyah.
Bapa kepada Maryam dan Mardhiyah
Amerika Syarikat
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.