Rakaman video yang dibuat pada tahun 2012 itu menunjukkan, wanita terbabit dibelasah bertubi-tubi dan tidak berdaya melindungi dirinya kerana kedua-dua belah tangannya diikat di belakang.
Ejen berkenaan terdahulu sedang menyoal siasat wanita terbabit sebelum menendangnya di bahagian muka dan menarik rambutnya sebelum menghentak muka wanita itu ke dinding.
Wanita yang dituduh melarikan diri dari Korea Utara itu disoal beberapa kali apakah dia ada menjalinkan hubungan seks dengan lelaki dari China dan Korea Selatan.
Dalam video tersebut juga menunjukkan ada kesan darah di dinding tersebut.
Berang dengan jawapan wanita itu kononnya dia tidak bersalah, pegawai terbabit kemudian mengambil tali dan menggunakannya untuk mencekik wanita itu sebelum dilepaskan semula.
Rakaman video kedua juga menunjukkan seorang lelaki Korea Utara dituduh cuba melarikan diri ke China, didera tanpa belas kasihan.
Pegawai berkenaan dilihat menekan kaki lelaki terbabit dengan sebatang kayu sebelum dipaksa untuk berdiri. Lelaki itu kemudian dipukul di belakang kepala dan lehernya. Pegawai berkenaan menuduh lelaki terbabit telah mengoyakkan gambar mendiang Kim Jung-il.
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.