Siapakah Makhluk Pertama Yang Wujud di Bumi?


Kita sedia maklum bahawa Nabi Adam merupakan manusia pertama yang dicipta, kemudian diikuti dengan Hawa. Hal ini diceritakan secara jelas dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, daripada segi saintifik, bukti saintifik telah menunjukkan terdapat sejenis binatang yang kita panggil dinosour telah wujud berjuta tahun dahulu. Hal ini dibuktikan melalui ujian DNA daripada fosil-fosil yang telah ditemukan serata dunia.

Jadi, adakah dinosour wujud dahulu sebelum Nabi Adam diciptakan? Atau, adakah Nabi Adam juga wujud pada zaman dinosour? Mari ketahui beberapa pendapat popular mengenai perkara ini.

Kepelbagaian Pendapat

Dalam program Halaqah yang disiarkan oleh TV3, Dr Daniel telah menjawab persoalan makhluk pertama yang wujud di dunia seperti yang telah diutarakan oleh pihak moderator.

1. Bukti saintifik kuat mengatakan bahawa dinosour wujud berjuta tahun dahulu dan telah pupus akibat serangan asteroid. Jadi besar kemungkinan dinosour adalah makhluk pertama yang diciptakan sebelum mereka pupus dan digantikan oleh manusia.

2. Dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 30:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dalam ayat ini, malaikat bertanya kepada Allah "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)"? Timbul persoalan disini bagaimana malaikat sudah mengetahui bani Adam akan menimbulkan kerosakan di muka bumi walhal mereka belum diciptakan lagi pada ketika itu? Allah tidak menolak persoalan ini sebaliknya hanya menjawab "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Maka timbullah persoalan dalam kalangan ulamak bagaimanakah para malaikat sudah menjangkakan pasal perkara ini. Perkara ini juga telah dibincangkan dalam pelbagai kitab dalam perbahasan yang agak panjang.

3. Terdapat juga pendapat popular yang mengatakan jin adalah makhluk terawal yang mendiami bumi ini.

4. Dalam kalangan orang Syiah, terdapat golongan Syiah berpendapat sebelum wujudnya Nabi Adam, terdapat 30 orang Adam.

5. Sementara itu, ada golongan berpendapat sebelum Adam, sudah wujudnya Adam. Maka tidak hairanlah malaikat sudah mengetahui akan perangai Bani Adam.

6. Hamka berpendapat bahawa sebelum terciptanya Nabi Adam, sudah wujud makhluk lain yang berperangai seperti Nabi Adam. Maka tidak hairanlah malaikat sudah mengetahui akan perangai Bani Adam.

7. Dari segi sains, terdapat golongan yang mengatakan sebelum kewujudan manusia, terdapat makhluk lain yang berperangai seperti kita yang digelar AMH (Anatomically Modern Human) tetapi telah pupus sebelum wujudnya manusia. Sebelum AMH tadi, terdapat juga pandangan kewujudan makhluk digelar Hominids yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan manusia walaupun tidak sempurna.

Wallahu'alam.

Sumber: http://iluminasi.com

via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.