Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi Mengundangkan Kerosakan Enjin Yang Lebih Serius

Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi Mengundangkan Kerosakan Enjin Yang Lebih Serius


Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


Sumber : Friscomedia

Sumber : Superkiram
VIRAL Wanita Muallaf Ingin Murtad Semula, Ini Cerita Sebenar Dari Mufti Perlis !!!

VIRAL Wanita Muallaf Ingin Murtad Semula, Ini Cerita Sebenar Dari Mufti Perlis !!!

VIRAL Wanita Muallaf Ingin Murtad Semula, Ini Cerita Sebenar Dari Mufti Perlis !!! |Telah tular satu kes di Whatsapp tentang seorang muallaf wanita bernama Nur Hidayah Low Binti Abdullah yang dikatakan hampir memberikan anaknya kepada orang lain dan mahu murtad kerana diceraikan suaminya.

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) segera melakukan siasat dan kunjungan dan dapat bertemu dengan Nur Hidayah Low. Video ini adalah penafian dari tuan punya badan bahawa apa yang ditularkan itu adalah TIDAK BENAR!!!

Diharapkan semua sahabat akan lebih berhati-hati dalam menularkan apa jua maklumat sebelum kita mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan isu itu.

Tahniah kepada MAIPs di atas respon yang cepat dan kami percaya, majoriti Majlis dan Jabatan Agama di seluruh Msia juga berusaha keras turun padang membantu dengan kadar yang segera.

Kenyataan Dari Mufti Perlis :

Pagi-pagi hari ini saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada muallaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan. Kononnya, sampai mahu serah anaknya kepada orang lain. Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera.

Di sebelah pagi tadi saya ada urusan rasmi di Istana Arau. Semasa itu banyaklah mesej dari pelbagai pihak tentang hal itu. Hairan juga saya, bagaimana operasi MAIPs mencari asnaf yang begitu bersungguh-sungguh gagal mengesan kes ini.

Sebaik sahaja keluar dari Istana, saya terus pergi ke tempat berkenaan bersama CEO MAIPs al-fadhil Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor. Maka di sini saya ingin jelaskan beberapa perkara;

-beliau baru pindah ke Perlis beberapa bulan sahaja. Bukan berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi daripada Melaka.

-beliau diceraikan oleh suaminya dan terpaksa menanggung kehidupan bersama dua anaknya.

– MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lagi. Sehingga kini sudah RM 2000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.

-Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu.

-Imam Masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan. Saya kagum dengan budi mulia imam berkenaan.

-beliau selalu hadir kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan.

-anaknya yang pertama berusia 8 tahun bersekolah dengan baik.
-Pun begitu, pihak MAIPs merasakan beliau memerlukan rumah yang lebih selesa dan akan mengusahakan.

-Jika sesiapa ingin menghulurkan bantuan, beliau memang dalam kategori asnaf zakat. Silalah berbuat kebajikan.

Akhirnya, saya ingin menyebutkan, hari ini pelbagai organisasi di Perlis dan luar Perlis bertalu-talu ke rumah beliau untuk menghulurkan bantuan. Saya selaku Mufti Negeri dan mewakili MAIPs mengucapkan terima kasih yang amat. Ia merupakan lambang keprihatinan kita semua terhadap saudara muslim kita. Semoga Allah memberi rahmat atas semangat ukhuwwah kita yang ikhlas itu.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post VIRAL Wanita Muallaf Ingin Murtad Semula, Ini Cerita Sebenar Dari Mufti Perlis !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Inilah Cerita Sebenar Punca Lelaki Tersakut Pada Tiang Elektrik !!!

Inilah Cerita Sebenar Punca Lelaki Tersakut Pada Tiang Elektrik !!!

Inilah Cerita Sebenar Punca Lelaki Tersakut Pada Tiang Elektrik !!! | Lelaki ditahan polis selepas tersangkut pada tiang elektrik ketika cuba memotong kabel di loji air lama Hulu Trusan di Lawas, malam tadi.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, suspek berusia 43 tahun memanjat tiang elektrik di kawasan berkenaan untuk mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki itu bagaimanapun tersangkut dan kejadian disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi bomba dan polis.

Menurutnya, anggota bomba berjaya menurunkan suspek yang mengalami kecederaan pada kaki sebelum dihantar ke Hospital Lawas.

“Pemeriksaan polis menemui sebilah parang yang digunakan untuk memotong kabel elektrik.

“Siasatan lanjut mendapati suspek juga mempunyai dua kes jenayah lampau atas kesalahan sama dan kini masih menunggu keputusan dari Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, suspek masih menerima rawatan di Hospital Lawas dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post Inilah Cerita Sebenar Punca Lelaki Tersakut Pada Tiang Elektrik !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
GEMPAR. Agenda Israel Pakai Cairan Kimia Robohkan Masjid Al Aqsa TERBONGKAR !!!

GEMPAR. Agenda Israel Pakai Cairan Kimia Robohkan Masjid Al Aqsa TERBONGKAR !!!

GEMPAR. Agenda Israel Pakai Cairan Kimia Robohkan Masjid Al Aqsa TERBONGKAR !!! | Israel menggunakan cecair kimia yang disuntikkan ke dalam dinding Masjid Al-Aqsa untuk membuatkan masjid itu roboh sejak 22 tahun lalu.

Perkara itu didedahkan wakil organisasi Gerakan Islam di Israel, Sheikh Kamal Khatib dalam wawancara dengan stesen television Aljazeera minggu lalu.

Cairan kimia itu, kata Khatib, boleh membuatkan reput pada dinding masjid dan proses itu berlangsung dalam jangka panjang hingga membuat tembok masjid reput dan akhirnya boleh roboh. Dengan demikian Israel boleh memberi alasan masjid roboh kerana dinding yang sudah retak atau rapuh dimakan usia.

“Dua puluh dua tahun lalu, kami sudah suarakan, Al-Aqsa dalam bahaya. Pada waktu itu kami mengatakan, Israel memakai cairan kimia yang mempunyai kesan jangka panjang. Cairan ini boleh mengikis batuan dan tiang tapi kesannya tidak secara langsung kelihatan, pada akhirnya mereka (Israel) akan mengatakan Al-Aqsa memang sudah retak,” kata Khatib, seperti dipetik dari laman the Times of Israel, Jumaat lalu.

“Sekarang sudah terjadi. Di beberapa tempat sudah ada lubang. Memang rencana Israel begitu supaya mereka boleh mengatakan itu kerana proses semulajadi,” katanya.

Ketika ditanya apakah Israel akan melakukan lagi cara itu setelah tindakan terbaru mereka menutup Al-Aqsa kerana peristiwa penembakan 14 Julai lalu, Khatib mengatakan kemungkinan itu ada.

“Ya, ya, saya khawatir begitu. Saya hampir yakin tujuan Israel menutup masjid bukan hanya untuk mencari senjata yang kata mereka disembunyikan di sana. Mereka tahu sebenarnya tidak ada senjata di dalam Masjid Al-Aqsa.

Israel menyebut para pemuda Palestina yang menyerang polis Israel di kompleks Al-Aqsa Jumaat dua minggu lalu itu menyeludup senjata ke kompleks Masjid Al-Aqsa sebelum melancarkan serangan.

Sejak peristiwa itu Israel menutup Al-Aqsa dan memasang kamera serta alat pengesan logam yang menyebabkan kemarahan warga muslim Palestina. [mdk]

Kredit : RakyatSejagad

P.S. 1 – Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!
P.S. 2 – Insha Allah Berkesan..Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Penyakit Rabun Mata…Sebarkan Moga Bermanfaat
P.S. 3 – TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!!
P.S. 4 – Lelaki Ini Minum 10 Tin Minuman Bergas Sehari Selama Sebulan..Ramai TERKEJUT Apa Jadi Pada Badannya !!!
P.S. 5 – Mengapa MASJID INI Dinamakan Masjidil Haram? Mengapa Bukan Masjidil Halal? Ini Penjelasan nya..

The post GEMPAR. Agenda Israel Pakai Cairan Kimia Robohkan Masjid Al Aqsa TERBONGKAR !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram

Inilah Detik Cemas & Punca Dua Beradik Bunuh Diri Terjun Bangunan Depan Orang Ramai !!!

Inilah Detik Cemas & Punca Dua Beradik Bunuh Diri Terjun Bangunan Depan Orang Ramai !!!  | Wanita yang diduga adalah dua beradik Elviana 34 dan Eva Septiani 28 maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan dari lantai 5A Apartemen Gateway, Jalan Ahmad Yani, Kota Bandung. Kejadian mengerikan itu berlaku semalam isnin (24/7/2017) sekitar pukul 17.00.

Pihak polis Cibeunying Kidul yang sampai ke lokasi selepas dimaklumkan, mendapati kedua mangsa sudah meninggal dunia dengan kecederaan di bahagian kepala, kaki,serta lengannya patah.

Menurut saksi kejadian, Rifal yang bekerja di bangunan itu mengatakan bahawa kedua wanita beragama kristian tersebut melakukan aksi terjun secara bergilir.

Dipercayai mangsa tinggal di situ sejak dua tahun lalu dan puncanya mengalami masalah gangguan jiwa sejak 8 tahun lalu, Hal itu disahkan oleh keterangan Abang mangsa yang dikenali sebagai Reonald.

Katanya ,kedua adik perempuannya itu mengalami masalah mental sejak ibu mereka meninggal dunia pada tahun 2006 lalu,kedua mangsa juga pernah dirawat di rumah sakit jiwa Yayasan Penuai Indonesia Bogor.

Video keduanya mangsa ketika terjun dari bangunan berkenan juga turut tular di laman media sosial sejak semalam dan menimbulkan beberapa spekulasi.

Video Kedua :

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

The post Inilah Detik Cemas & Punca Dua Beradik Bunuh Diri Terjun Bangunan Depan Orang Ramai !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
Dua beradik terjun dari tingkat 5, alami depresi sejak 8 tahun lalu

Dua beradik terjun dari tingkat 5, alami depresi sejak 8 tahun lalu


BANDUNG, INDONESIA - Dua wanita maut selepas bertindak terjun dari tingkat lima bangunan apartment Gateway di Jalan Ahmadyani, Kota Bandung, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Elviana Parumbak, 28, dan Eva Septiani Parumbak, 34, yang merupakan adik-beradik berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan, terjun dari ketinggian lima tingkat dalam jarak waktu yang berbeza. 

"Kalau tidak salah, mereka lompat dari tingkat lima. Setelah wanita yang pertama melompat, lebih kurang lima minit kemudian wanita yang kedua pula melompat," kata Reza Setiawan, juru parkir di bangunan kediaman itu. 



Sebelum itu katanya, orang ramai yang berada di bawah apartment menasihatkan kedua-duanya wanita itu agar tidak meneruskan niat mereka. 

"Sudah dinasihatkan jangan loncat, eh malah loncat," katanya. 


Lapor Kompas, dua adik-beradik yang terjun bunuh diri dari balkoni tingkat lima itu mengalami depresi yang berpanjangan. 

"Kedua-duanya pernah menjalani rawatan pemulihan di Cikeas, Bogor," kata jurucakap polis, Anton Purwantoro di lokasi kejadian, semalam.

Menurut kakak kepada dua wanita terbabit, Rionald Parumbak, berkata, kedua adik-beradiknya itu mengalami masalah gangguan mental sejak lapan tahun lalu dan salah seorang adiknya pernah diberi rawatan pemulihan. 


Kedua adik-beradik itu disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, selain kaki dan tangan mereka patah. Mayat mereka kemudian dibawa ke Hospital Sartika Asih untuk tindakan lanjut. 

Sehubungan itu, polis meminta saksi-saksi kejadian tampil membantu siasatan. 


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
Penunggang motosikal langgar kanak-kanak sebelum humban dalam tong sampah

Penunggang motosikal langgar kanak-kanak sebelum humban dalam tong sampah


CHENGDU, CHINA - Selepas melanggar seorang kanak-kanak, penunggang motosikal terbabit berjanji akan menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi lelaki itu menghumban mangsa ke dalam tong sampah. 

Penjual buah tembikai, Zhang, berkata, dalam kejadian yang berlaku ketika waktu hujan pada pagi 18 Julai lalu, dia ternampak penunggang motosikal itu melanggar mangsa di luar pasar Chengdu. 

Kaki kiri mangsa digilis tayar motosikal tersebut dan ditinggalkan dalam keadaan cedera dan menangis di jalan, sambil memanggil ibunya. 

Menurut mangsa, ibunya bekerja di dalam pasar raya berhampiran, namun orang awam tidak dapat mencari ibunya. 

Selepas 10 minit berlalu dan ibunya tidak munculkan diri, penunggang motosikal berkenaan berkata dia akan membawa mangsa ke hospital dengan motosikalnya. Orang ramai percaya dan membenarkan lelaki itu berlalu pergi dengan mangsa.


Bagaimanapun, setelah berada dua kilometer dari tempat kejadian, penunggang motosikal itu menghumban mangsa ke dalam tong sampah sebelum melarikan diri. Tindakan lelaki itu disaksikan oleh beberapa orang awam berhampiran yang kemudian datang memeriksa tong sampah tersebut sebelum menemui mangsa. 


Mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan ambulans dan polis juga berjaya mengesan dan memaklumkan kepada bapa mangsa yang berada di wilayah Qinghai pada ketika itu. Bapa mangsa kemudian menghubungi isterinya memaklumkan kejadian yang menimpa anak lelaki mereka. 

Menurut ibu mangsa, pada hari kejadian dia sedang sibuk menguruskan pembukaan kedai makannya yang berada di dalam pasar raya tersebut dan tiada masa untuk memerhatikan anak lelakinya itu. 

Lapor media tempatan, kedai wanita itu hanya 50 meter dari tempat kejadian di mana anaknya dilanggar dan kesan darah masih kelihatan di jalan raya itu. 


Pemeriksaan doktor mendapati tulang kaki kiri patah dan mengalami kesan calar dan lebam. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jika mangsa akan menanggung kesan jangka masa panjang dari kemalangan itu. 

Sementara itu, polis Chengdu kini sedang mengesan penunggang motosikal tersebut dan menawarkan 2,000 yuan (RM1,268.92)kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk menahan suspek. 


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
Pergaulan Bebas Di Tempat Kerja Merupakan Punca Sebenar Retak Rumahtangga, Jangan Ambil Mudah Jaga Ikhtilat, Biarlah Kena Dengan Caranya

Pergaulan Bebas Di Tempat Kerja Merupakan Punca Sebenar Retak Rumahtangga, Jangan Ambil Mudah Jaga Ikhtilat, Biarlah Kena Dengan Caranya

Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.

Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.

Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.

Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.

BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.

Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih²)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.

Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.

JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC

Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.

Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.

WHATSAPP GROUP

Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.

Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.

Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.

MATA SEORANG LELAKI

Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”

Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.

Nafsu ini memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-samalah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.

ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN

Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.

KESIMPULAN

Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.

Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah.


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
“BUKA SEMULA AL-AQSA ATAU KAMU HILANG NEGARA!” RAJA JORDAN

“BUKA SEMULA AL-AQSA ATAU KAMU HILANG NEGARA!” RAJA JORDAN

Masjid Al-Aqsa Terus Diserang, Raja Jordan Ancam Israel
AMMAN – Pemimpin Jordan Raja Abdullah II nampaknya sudah mulai hilang sabar dengan sikap yang ditunjukan tentara Israel. Tentara Zionis itu tidak mengindahkah kecaman Jordan, dan terus melakukan serangan dan pelanggaran hak dan batasan yang dipersetujui terhadap masjid al-Aqsa.
Dalam sebuah pernyataan Abdullah mengatakan, jika pemerintah Israel tidak segera menghentikan aksinya di al-Aqsa, maka Jordan akan menghentam Israel habis-habisan. Perkara ini menurut Abdullah boleh buatkan hubungan kedua negara terganggu.
“Setiap provokasi lainnya di Jerusalem akan mempengaruhi hubungan antara Jordan dan Israel, yang telah memiliki perjanjian damai sejak 1994,” kata Abdullah dalam pernyataannya, selepas melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri UK David Cameron di Amman.
“Jordan, sayangnya tidak memiliki pilihan lain, kecuali mengambil tindakan keras mengenai hal ini,” sambungnya, seperti dipetik Al Arabiya pada Selasa (15/9/2015).
Sebelumnya, Pemerintah Jordan melalui Menteri Informasi mereka Mohammed Momani telah melemparkan kecaman atas tindakan tentara Israel di al-Aqsa. Menurut Momani, Israel sengaja melakukan provokasi tersebut, dengan harapan dapat merubah status quo di kompleks yang menjadi lokasi tiga Tempat suci untuk tiga agama yang berbeza tersebut.
Di bawah status quo, orang-orang Yahudi diizinkan untuk mengunjungi wilayah yang kerap juga disebut komplek Kuil Suci. Tapi, warga Yahudi tidak diperkenankan untuk berdoa di sana, karena takut akan menimbulkan persalisihan dan perbalahan dengan jamaah Muslim.
Jordan sendiri sejatinya adalah pemegang hak kompleks Kuil Suci di sana. Dimana, di dalamnya terdapat tiga tempat suci, untuk tiga agama yang berbeza, yakni Islam, Kristian dan Yahudi.


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
Anak Menangis Nak Menyusu, Ibu Pula Nak Bersolat. Mana Satu Lebih Utama, Solat Atau Menyusukan Anak?

Anak Menangis Nak Menyusu, Ibu Pula Nak Bersolat. Mana Satu Lebih Utama, Solat Atau Menyusukan Anak?

menyusukan
"Sayang, anak menangis tu. Bagi susu dululah baru solat. Nanti tak berhenti dia nangis," suruh si suami pada isteri bila si kecil menangis tanpa henti kerana hendak minum susu.
"Alamak, bang waktu solat dah nak habis ni. Abang dukunglah baby dulu, pujuk dia. Lepas solat saya susukan dia," jawab isteri.
Tentu situasi ini kerap dilalui oleh para ibu yang ada anak kecil dan menyusukan anak dengan susu ibu. Kadangkala bila anak menangis kerana hendak menyusu, ibu terpaksa melewatkan waktu solatnya. Apakah cara ini betul mengikut hukum Islam?
Menurut penerangan seperti dipetik daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini perlu dilihat daripada dua situasi.
Situasi pertama, jika waktu solat berbaki amat pendek maka hendaklah diutamakan perlaksanaan solat kerana kewajipan solat sudah menjadi mudayyaq, atau sempit.
Situasi kedua, jika waktu solat berbaki masih panjang maka hendaklah si isteri menyusukan anak kerana mentaati suaminya, dan juga menghilangkan dahaga anaknya, serta menghilangkan perkara yang boleh mengganggu khusyuk solat.
Daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW:
إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَحَضَرَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ
Maksudnya: Apabila solat hampir dilaksanakan lalu didatangkan makan malam, maka mulakan dengan makan malam.
Hadis riwayat al-Bukhari (no. 5465)
Hadis ini menunjukkan bahawa matlamat solat adalah untuk mendatangkan khusyuk. Justeru perlu dihilangkan perkara yang mengganggu khusyuk sebelum solat.
Ini dikuatkan dengan hadis lain bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ، وَلَا هُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ
Maksudnya: Tidak sempurna solat ketika makanan dihidangkan, dan tidak sempurna solat bagi orang yang menahan dua benda kotor (kencing dan tinja).
Hadis riwayat Muslim (no. 560)
إِنِّي لَأَدْخُلُ فِي الصَّلاَةِ وَأَنَا أُرِيدُ إِطَالَتَهَا، فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ، فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلاَتِي مِمَّا أَعْلَمُ مِنْ شِدَّةِ وَجْدِ أُمِّهِ مِنْ بُكَائِهِ
Maksudnya: Sesungguhnya aku sedang berada dalam solat dan aku ingin memanjangkan solat itu, kemudian aku mendengar suara tangisan bayi, justeru aku ringkaskan solatku kerana aku tahu betapa terkesannya perasaan ibu (yang menjadi makmum Nabi – pent.) itu mendengar anaknya menangis.
Hadis riwayat al-Bukhari (no. 709)
Hadis ini menunjukkan hati ibu perlu tenang dan tidak terganggu dangan tangisan bayi, perasaan rimas dan gusar kerana anaknya lapar.
Wallahua’lam.
Sumber: www.muftiwp.gov.my


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
Inilah Cara Mudah Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Musim Hujan. Mohon Share Untuk Keselamatan Semasa Memandu...

Inilah Cara Mudah Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Musim Hujan. Mohon Share Untuk Keselamatan Semasa Memandu...


Tapi jangan risau kerana kami inginkan jalan penyelesaian untuk masalah ini dengan modal yang rendah dan murah. Antara caranya mudah sahaja.

Anda hanya memerlukan minyak rambut jenis cecair (Lutsinar) Tidak kisah lah jenama apa yang penting bukan jenis cream, atau pun gel. Jika tiada minyak rambut anda boleh guakan syampu (tetapi jangan campur dengan air).

Cara – caranya:


1. Sapukan minyak rambut atau syampu pada cermin dan gosok dengan rata..tak perlu banyak, selapis sudah memadai.

2. Gunakan kertas surat kabar, tisu atau kain. Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan bayang-bayang minyak rambut sahaja. Material yang paling berkesan adalah tisu.

InshaAllah kabus atau wap cermin pada kereta anda akan hilang buat sementara waktu.


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
Setiap malam mimpi ngeri, rupanya pasangan suami isteri dikenakan sihir pemisah

Setiap malam mimpi ngeri, rupanya pasangan suami isteri dikenakan sihir pemisah


Alhamdulillah. Hari ini selesai rawatan di Sungai Besi. Menyelesaikan masalah ghaib dua benua yang penuh misteri. 

Pesakit kami di Sungai Besi mengalami masalah hubungan suami isteri sehingga hampir bercerai. Hal ini demikian kerana pesakit tersebut terkena sihir pemisah melalui Tok Bomoh Siam. 

Makanan di rumah pesakit juga kerap basi. Walhal baru saja dimasak sejam yang lalu. Pesakit juga sering mengalami mimpi yang ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat tinggi dan dipukul dengan besi panas sehingga setiap kali bangun tidur, terasa lebam seperti kena pukulan yang benar. 

Namun apabila diperiksa, malah bertemu dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah yang dialami, ternyata beliau tidak mempunyai sebarang penyakit. 


Semenjak kebelakangan ini juga, pesakit ada memaklumkan kepada kami bahawa rumah mereka menerima kehadiran cicak yang banyak tak terkira. 

Semasa sesi rawatan, semasa muallij membaca ayat suci Al-Quran, pesakit tidak khabarkan diri dan berlaku sesi dialog antara pesakit dan perawat. Alhamdulillah keberkatan ayat Quran dapat menyelesaikan masalah pesakit berkenaan. 

Semasa perawat sedang membaca ruqyah untuk buat pagar pada rumah, tiba-tiba beberapa ekor cicak jatuh seperti keadaan hangus. Selepas diperiksa, ternyata bomoh meletakkan sihir pada cicak untuk memanaskan keadaan suami dan isteri. 

Selepas kami pulang dan selepas pesakit menabur beras, garam dan lada hitam, pesakit terus menghubungi kami dan memaklumkan bahawa semakin banyak cicak yang jatuh seperti hangus dan keadaan mereka kelihatan seperti berasap selepas merenjis air ruqyah. 



Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
Premis kenakan caj 30 sen 'ikat tepi' dikompaun KPDNKK

Premis kenakan caj 30 sen 'ikat tepi' dikompaun KPDNKK


SHAH ALAM, SELANGOR - Premis yang mengenakan caj tersembunyi (ikat tepi) pada minuman yang dibungkus, yang viral di media sosial baru-baru ini, dikenakan kompaun, lapor Sinar Harian. 

Dalam tindakan pemantauan dan penguatkuasaan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati, premis berkenaan gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi caj tambahan bagi minuman bungkus ikat tepi (RM0.30). 

"Justeru, premis itu telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011," kata kenyataan KPDNKK di Facebook rasminya, hari ini. 

KPDNKK juga turut memberi amaran kepada peniaga premis berkenaan agar mempamerkan tanda harga termasuk caj tambahan RM0.30 bagi minuman yang dibungkus.


Terdahulu, viral gambar resit bayaran pelanggan dikenakan caj tersembunyi bagi minuman bungkus (ikat tepi) dengan harga 30 sen yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan peniaga berkenaan. 


Bagaimanapun, wakil premis berkenaan tampil memberi penjelasan serta melakukan demonstrasi perbezaan minuman yang diminum di kedai berbanding dengan minuman yang dibungkus. 

Dalam penjelasannya itu, wanita itu berkata minuman yang dibungkus mengandungi lebih air berbanding minuman yang diminum di kedai. Dalam masa yang sama, wanita itu berkata 30 sen 'it's nothing' bagi mereka, menyebabkan netizen bertambah berang dan mula mengkritik kata-katanya itu. 


Semalam, KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar. Sepasukan penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut. 

Sebanyak 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan mini market diperiksa dalam operasi tersebut.

Berita berkaitan: 
'Macam besar sangat isu 30 sen ditambah pada 1 bungkusan air'


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram
Ini Pesan Terakhir & Pertanda Ajal Pelajar UiTM Sebelum Maut Kemalangan !!!

Ini Pesan Terakhir & Pertanda Ajal Pelajar UiTM Sebelum Maut Kemalangan !!!

Ini Pesan Terakhir & Pertanda Ajal Pelajar UiTM Sebelum Maut Kemalangan !!! | “Abah jangan lupa ambil Aimi dekat LRT Setia Wangsa ya esok.” Itu pesanan terakhir Aimi Naziha Mohd Zamri, 18,kepada bapanya, Mohd Zamri Hamid, 48, sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan.

Dalam kemalangan jam 1.30 tengah hari itu, dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Tapah, termasuk Aimi Naziha meninggal dunia manakala empat lagi cedera parah.

Rakannya, Nur Danisyah Mohd Sofian, 18, turut meninggal dunia apabila kereta PROTON Gen-2 yang dinaiki mereka dirempuh sebuah van jenis Nissan Urvan yang juga milik UiTM dinaiki dua pelajar serta dipandu seorang kakitangan.

Mohd Zamri ketika ditemui di kediamannya di Taman Keramat Permai, di sini, hari ini berkata beliau sudah dimaklumkan beberapa minggu sebelum ini berhubung perancangan Aimi untuk menghadiri satu kenduri rakan sebilik yang berlangsung semalam.

“Sebelum pergi ke kenduri itu semalam, sekali lagi dia beritahu saya yang dia nak bertolak ke kenduri berkenaan dan mengingatkan saya supaya jangan lupa menjemputnya nanti di Stesen LRT Setia Wangsa, esok harinya melalui aplikasi WhatsApp.

“Dia dijadualkan pulang ke sini hari ini dan akan pulang semula ke Tapah, esok dengan menaiki kereta api ETS dan tiketnya pun saya sudah belikan,” katanya sebak.

Menurut Mohd Zamri lagi, ketika menerima berita anaknya terbabit dalam kemalangan, kira-kira jam 2 petang semalam, dia sekeluarga mulanya tidak dimaklumkan anaknya meninggal dunia.

“Saya cuma diberitahu Aimi terbabit dalam kemalangan dan hanya menerima berita kematiannya daripada seorang pensyarah ketika kami dalam perjalanan ke Perak,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Aiman Rasyid Mohd Zamri, 20 berkata adiknya seorang yang tidak berkira, rajin dan suka membaca buku agama.

“Namun ketika kali terakhir berada di rumah, Aimi hanya banyak berdiam diri dan banyak tidur. Itu bukan sikapnya kerana kebiasaannya dia suka mengemas rumah dan berbual bersama adik beradik yang lain tetapi tak sangka pula itu tandanya dia akan meninggalkan kami.

“Ketika kami memperoleh barangan yang dibawa Aimi ketika kemalangan, apa yang saya jumpa dalam beg dia membuat kami sebak ,hanyalah buku-buku agama yang ditemukan sebab dia memang suka membaca buku macam tu,” katanya.

Sementara itu, Allahyarham Nur Danisyah Mohd Sofian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang pada jam 10.35 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Surau Al Ikmal berhampiran rumahnya di Taman Semarak, Sungai Chua, Kajang.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat, mereka masih terkejut dengan kejadian itu.

“Arwah baharu sahaja melanjutkan pelajarannya di UiTM kehilangannya amat dirasai kami sekeluarga, ibunya sehingga sekarang masih lagi menangis setiap kali terkenang anak kesayangannya yang telah tiada,” katanya ketika ditemui

Kelmarin, Nur Danisyah dan Aimi Naziha bersama lima lagi rakan terbabit dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah van milik Universiti Teknologi Mara Cawangan Tapah di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

The post Ini Pesan Terakhir & Pertanda Ajal Pelajar UiTM Sebelum Maut Kemalangan !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram
'Selepas cuba Himalaya Bonnisan, selera makan anak bertambah-tambah'

'Selepas cuba Himalaya Bonnisan, selera makan anak bertambah-tambah'


Dah cuba macam-macam, tetapi anak tetap tak nak makan dan hanya makan makanan kegemarannya saja membuatkan ramai ibu bapa yang susah hati melihat anak mereka agak kurus dan kurang berat badan. Menurut Puan Nisaa Ghazali, anaknya juga mengalami masalah yang sama dan selepas diperkenalkan dengan produk makanan tambahan ini, anaknya kerap makan dan kini berat badan anaknya bertambah sampai semua pakaiannya dah sempit. 

INGAT tak dulu saya pernah post masalah Ayden yang langsung tak nak makan (picky eater)? Dia hanya makan satu atau dua jenis makanan yang dia suka sahaja which is makanan yang tidak berkhasiat langsung. 

Ada seorang rakan Facebook saya menyarankan agar saya cuba makanan tambahan ini untuk menaikkan selera makan budak. Seriously, memang berkesan! 

Sebelum ini saya dah cuba macam-macam seperti Apetton, Qaliph, malah pernah pergi meminta air tawar di kampung. Tetapi kesemuanya tidak berkesan. 


Tetapi untuk makanan tambahan Himalaya Bonnisan, ianya seperti magic! Ayden sekarang dah pandai minta makan. Dalam kereta minta nasi, ayam, ikan, KFC, McDonald apa semua. Bila sampai ke rumah nak susu, selepas susu nak biskut pula. 

Baju-baju dia sekarang semua dah sendat. Saya sangat gembira! Bila tengok anak makan berselera, ya ampun, rasa macam menang nombor. Hahaha! 

Jadi kepada ibu-ibu yang ada masalah anak tak nak makan atau memilih makanan, boleh cuba makanan tambahan Himalaya Bonnisan ini. InshaAllah ada perubahan. Cubalah, boleh beli di kedai farmasi dengan harga sekitar RM20. 


Menurut laman Himalaya Healthcare Malaysia, makanan tambahan itu juga boleh dimakan oleh golongan dewasa, termasuk golongan remaja.

"Untuk orang dewasa, makan 20ml sebanyak tiga atau dua kali sehari." 

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Himalaya Bonnisan, boleh dapatkan di cawangan butik Himalaya yang terdekat atau di farmasi berhampiran kecuali Watson dan Guardian. 


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Jumlah Pelawat