Bismillahirahmanirahim
Since ramai sangat tanya aku apa masalah selepas aku bersalin, sekarang aku nak share kisah suka duka aku. Dah lama aku nak share sebenarnya tapi masa tak mengizinkan. Sebelum tu aku nak ucapkan happy birthday kepada my sonshine Muhammad Akif Ziqri. Semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah s.w.t. Amin.
Mama papa sayang akif sangat-sangat.
Pernah dengar 'Post partum depression' atau 'meroyan' dalam erti kata lain ? Kalau tak tahu, boleh google ye. Niat aku nak share supaya boleh bagi pengajaran pada orang lain dan korang boleh bersedia mental dan fizikal. Jangan nak pandang remeh dengan orang yang kena meroyan ini.
Dipendekkan cerita, selepas bersalin aku balik ke kampung untuk sambung berpantang di sana. Hari pertama di kampung, aku dah rasa lain macam. Masa itu hari yang keempat aku bersalin, malam itu aku tak boleh tidur sebab baby menangis (maybe sebab penat naik kereta agaknya).
Hari kelima selepas bersalin, jururawat datang check wound aku. Jururawat cakap wound gapping(jahitan terbuka). Memang down sangat masa itu, menangis saja. Pergi ke hospital untuk second suturing (jahit untuk kali kedua). Sakitnya hanya Allah yang tahu, sampai terketar-ketar menahan sakit.
Baby memang aku tak nak sentuh lansung sebab bagi aku, memberi beban pada aku. Selagi boleh, aku elak nak pegang dia. Aku pun tak tahu kenapa datang perasaan itu sedangkan aku dengan suami memang gembira sangat dengan kehadiran baby kami yang pertama.
Bermulala kisah berpantang paling tragis. Selepas kena jahit hidup hidup, malam itu aku tak boleh tidur. Aku mengantuk tetapi memang aku tak boleh pejam mata. Siang hari pun aku tak boleh tidur. Lima malam lima hari aku memang tak boleh tidur. Aku rasa nak lari dari dunia (mati).
Korang rasa otak boleh berfikir secara rasional tak bila dah tak tidur bermalam-malam? Sudah tentulah tidak, kan? Suami pula tiada di sisi sebab tengah final exam. Walaupun aku jururawat, kerja malam 3 malam pun still okey sebab siang hari boleh tidur. Ini lima hari lima malam tanpa tidur walaupun sesaat.
Apa aku buat? Aku berfikir entah apa-apa. Nak bunuh diri la, otak aku ini sentiasa berpusing-pusing.
Nipple pula crack, sakit weh. Dengan lukanya nak bagi pada baby. Fuhh! Mencabar betul. Aku ingatkan senang saja nak breastfeed baby tetapi dah rasa sendiri barulah aku tahu susah rupanya sampai aku dah give up.
Sebelum ini dengar-dengar orang cakap susah tetapi aku tak percaya.
"Alaa, senang je tu. Breastfeed baby, apa susah?" kata aku dalam hati.
Tiap-tiap minggu suami aku kena balik walaupun tengah exam. Family tak tahu nak buat apa dah. Aku asyik menangis saja. Aku dengan baby? Seram bila nak ingat balik. Aku hampir nak pijak baby, nasib baik aku cepat-cepat pergi ke dapur. (Alhamdulillah). Nak baling baby dari koridor ke bawah pun ada, nak tikam dengan pen. Alhamdulillah family tak tinggalkan aku seorang-seorang.
Bila pejam mata nak tidur, otak ini asyik berpusing saja. Memang tak boleh tidur, aku menangis sebab nak tidur tapi tak boleh. Macam-macam bidan, ustaz and so on, memang tak jalan.
Suami aku balik hujung minggu itu,aku terus ajak suami aku pergi hospital nak jumpa doktor psikiatri. Family dan suami pada awalnya membantu tetapi aku merayu sebab aku takut tengok keadaan aku akan menjadi semakin teruk. Aku pernah belajar tentang medical illness, sedikit sebanyak aku tahu simptom itu.
Nak tak nak, mereka terpaksa bawa juga. Aku pergi HUSM, dapat naik kereta aku rasa heaven (sebab baby tinggal di rumah). Okey, masa itu aku beritahu pada suami, aku tak suka baby. Suami kata jangan layan perasaan itu.
Jumpa doktor, doktor nak masukkan aku ke wad. Aku nak sangat sebab aku nak lari dari baby, tetapi suami tak bagi. Jadi aku balik rumah dan kena makan ubat tidur. Selepas telan ubat tidur,aku lagi suka sebab tak boleh bagi susu pada baby (sedangkan aku decide nak fully breastfeed).
Pagi itu, suami kena balik ke Kuala Lumpur sebab nak final exam. Menangis lagi aku. Baby? Memang family aku sajalah yang ambil tahu. Siang saja aku breastfeed, malam memang ibu mertua dan kakak ipar aku yang bangun untuk tukar pampers dan bagi baby susu.
Orang tengok aku tidur, tapi sebenarnya aku tak boleh tidur (even aku telan ubat). Apa yang korang rasa bila mimpi itu macam real? Aku penat sangat sebab bila bangun itu, aku tak pernah rasa tidur. Otak sentiasa bergerak.
Tiap-tiap malam rasa yang sama. Sudahlah mimpi yang sangat menakutkan. Bila sedar itu, tanya diri sendiri. "Eh betul ke mimpi tadi?" Selepas itu mulalah berfikir sendiri dan mula bercakap yang bukan-bukan.
Macam mana nak describes pada korang ek feeling itu? Contohnya, cuba bayangkan bila kita berada dalam lif dan tiba-tiba lif rosak. Dalam lif itu penuh sesak dengan orang. Rasa nak bernafas pun tak boleh. Rasa tak? Mesti macam-macam perasaan akan timbul, kan? Begitulah lebih kurang sikit perasaan itu.
Panjang lagi cerita ini tapi aku habiskan sampai sini saja (nanti penat pula baca).
Macam-macam perubatan yang kami cuba. Dengan izin Allah aku semakin pulih walaupun sekarang tak pulih sepenuhnya. (Kena continue tca and medication on daily)
Kesimpulannya, jangan ingat berpantang ini senang. Macam-macam emosi akan timbul. Bukan aku minta benda macam ini nak terjadi pada aku tapi Allah dah pilih aku untuk diuji. Benda-benda macam ini semua boleh dapat, walaupun kau doktor, cikgu, engineers atau apa apa saja. Allah nak uji hambaNya tak kira umur, pangkat dan darjat.
Please beware kalau rasa sesuatu tak kena dengan diri kita, jangan malu nak jumpa kaunselor. Tak semua yang jumpa kaunselor itu 'gila'. Abaikan stigma masyarakat yang negatif. Cari kawan-kawan yang sentiasa positif.
Sumber: Ida Mohammad
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.