Ini Pesan Terakhir & Pertanda Ajal Pelajar UiTM Sebelum Maut Kemalangan !!!

Ini Pesan Terakhir & Pertanda Ajal Pelajar UiTM Sebelum Maut Kemalangan !!! | “Abah jangan lupa ambil Aimi dekat LRT Setia Wangsa ya esok.” Itu pesanan terakhir Aimi Naziha Mohd Zamri, 18,kepada bapanya, Mohd Zamri Hamid, 48, sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan.

Dalam kemalangan jam 1.30 tengah hari itu, dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Tapah, termasuk Aimi Naziha meninggal dunia manakala empat lagi cedera parah.

Rakannya, Nur Danisyah Mohd Sofian, 18, turut meninggal dunia apabila kereta PROTON Gen-2 yang dinaiki mereka dirempuh sebuah van jenis Nissan Urvan yang juga milik UiTM dinaiki dua pelajar serta dipandu seorang kakitangan.

Mohd Zamri ketika ditemui di kediamannya di Taman Keramat Permai, di sini, hari ini berkata beliau sudah dimaklumkan beberapa minggu sebelum ini berhubung perancangan Aimi untuk menghadiri satu kenduri rakan sebilik yang berlangsung semalam.

“Sebelum pergi ke kenduri itu semalam, sekali lagi dia beritahu saya yang dia nak bertolak ke kenduri berkenaan dan mengingatkan saya supaya jangan lupa menjemputnya nanti di Stesen LRT Setia Wangsa, esok harinya melalui aplikasi WhatsApp.

“Dia dijadualkan pulang ke sini hari ini dan akan pulang semula ke Tapah, esok dengan menaiki kereta api ETS dan tiketnya pun saya sudah belikan,” katanya sebak.

Menurut Mohd Zamri lagi, ketika menerima berita anaknya terbabit dalam kemalangan, kira-kira jam 2 petang semalam, dia sekeluarga mulanya tidak dimaklumkan anaknya meninggal dunia.

“Saya cuma diberitahu Aimi terbabit dalam kemalangan dan hanya menerima berita kematiannya daripada seorang pensyarah ketika kami dalam perjalanan ke Perak,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Aiman Rasyid Mohd Zamri, 20 berkata adiknya seorang yang tidak berkira, rajin dan suka membaca buku agama.

“Namun ketika kali terakhir berada di rumah, Aimi hanya banyak berdiam diri dan banyak tidur. Itu bukan sikapnya kerana kebiasaannya dia suka mengemas rumah dan berbual bersama adik beradik yang lain tetapi tak sangka pula itu tandanya dia akan meninggalkan kami.

“Ketika kami memperoleh barangan yang dibawa Aimi ketika kemalangan, apa yang saya jumpa dalam beg dia membuat kami sebak ,hanyalah buku-buku agama yang ditemukan sebab dia memang suka membaca buku macam tu,” katanya.

Sementara itu, Allahyarham Nur Danisyah Mohd Sofian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang pada jam 10.35 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Surau Al Ikmal berhampiran rumahnya di Taman Semarak, Sungai Chua, Kajang.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat, mereka masih terkejut dengan kejadian itu.

“Arwah baharu sahaja melanjutkan pelajarannya di UiTM kehilangannya amat dirasai kami sekeluarga, ibunya sehingga sekarang masih lagi menangis setiap kali terkenang anak kesayangannya yang telah tiada,” katanya ketika ditemui

Kelmarin, Nur Danisyah dan Aimi Naziha bersama lima lagi rakan terbabit dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah van milik Universiti Teknologi Mara Cawangan Tapah di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

The post Ini Pesan Terakhir & Pertanda Ajal Pelajar UiTM Sebelum Maut Kemalangan !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.