Dalam menangani situasi tersebut, kaum lelaki lebih mudah melupakan apa yang berlaku walau mereka sukar memaafkan. Sedangkan kaum wanita dikatakan lebih bersifat pemaaf. Tetapi walaupun sanggup memaafkan, wanita sukar untuk melupakan apa yang telah mereka alami.
Bagaikan luka, meskipun sakitnya telah hilang tapi parutnya tetap kekal dan berbekas di hati. Itu bermakna selagi hayat dikandung badan wanita akan terus mengingati apa yang telah terjadi dan menyimpannya di dalam hati sekalipun mulut sudah mengucapkan kata maaf. Mengapa?
Emosi Kuasai Memori
Kajian di Amerika Syarikat menjelaskan wanita memiliki memori atau ingatan yang lebih kuat berbanding lelaki. Jika lelaki memiliki 60 peratus ingatan, wanita pula mempunyai 75 peratus memori iaitu 15 peratus lebih daripada kamu lelaki.
Lebih membuatkan situasi menjadi kronik memori yang berlebihan itu terdiri daripada emosional memori yang membuatkan wanita sukar melupakan perkara yang melibatkan perasaan mereka terutama peristiwa yang membawa kesedihan, kemarahan mahupun kegembiraan.
Malah emosi diakui, pakar psikologi dan para saintis sebagai tunjang kepada memori seseorang wanita. Saintis menjelaskan wanita sememangnya cukup peka dan sukar melupakan peristiwa yang melibatkan perasaan dan emosi.
Pemeriksaan mangnetic resonance imaging (MRI) yang dilakukan ke atas kaum Hawa mendapati memori wanita menunjukkan tidak balas yang sangat memberangsangkan tatkala berfikir, berbicara dan melihat sesuatu yang melibatkan perasaan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan sistem otak wanita berfungsi dengan lebih baik dalam menguruskan emosi berbanding lelaki.
Sukar Kikis Kenangan
Turhan Canli, profesor psikologi di University of Stony Brook, Amerika Syarikat, menjelaskan wanita wanita turut memiliki otak bersifat memori autobiografi yang membuatkan mereka sukar untuk mengikis atau melupakan sebarang kejadian atau kenangan yang memedihkan dan menyakitkan dalam hidup mereka.
Apatah lagi, kesemua kejadian yang berlaku memberikan efek cukup besar pada diri mereka. Sedangkan kaum lelaki tidak mudah dikuasai oleh emosi meskipun mereka memiliki ingatan kuat tentang peristiwa yang menimpa diri mereka.
Situasi ini bukan sahaja membuatkan wanita sukar melupakan apa yang terjadi ke atas diri mereka tetapi ia turut menjadi punca kemurungan dalam diri. Sememangnya wanita lebih rentan stres berbanding lelaki kerana otak mereka lebih cenderung untuk terus memikirkan memori-memori buruk dan akan terus memikirkan sehingga menyebabkan depresi.
Bukan itu sahaja, sebahagian otak wanita memiliki peredaran darah yang lebih tinggi termasuk bahagian yang mengawal bahasa dan perbuatan sehingga membuatkan mereka memiliki ingatan yang cukup tajam dalam mengingati kisah pahit dalam hidup.
Satu lagi faktor yang membuatkan wanita sukar melupakan sesuatu kejadian ialah paras hormon estrogen yang tinggi. Kajian menunjukkan hormon estrogen berupaya mengaktifkan saraf dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Kadar estrogen yang tinggi secara tidak langsung meningkatkan memori dan proses pembelajaran sehingga menyukarkan wanita untuk melupakan sesuatu peristiwa.
Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?
1. Memaafkan dengan Ikhlas
Kebanyakan individu memaafkan musuh mereka kerana tidak mahu menyimpan dendam dan membiarkan denam memusnahkan diri mereka. Namun, dalam masa yang sama hati mereka tidak ikhlas untuk memaafkan. Akibatnya, mereka masih sering mengingati peristiwa lalu dan sukar melupakan segala kejadian yang berlaku. Justeru, apabila anda mengambil keputusan untuk saling bermaaf-maafan berusaha untuk melakukannya dengan seikhlas mungkin.
2. Maaf bukan Mainan
Perkataan maaf itu cukup mahal harganya, Ia bukan suatu kata yang boleh dilafazkan dengan sesuka hati atau sekadar menyedapkan hati orang yang mendengarnya. Sekali mengucapkan kata maaf maknanya anda telah bersedia untk melupakan segala kepahitan yang berlaku serta membuka lembaran baru dalam kehidupan. Dengan cara itu, hati akan menjadi lebih tenang dan bersedia untk benar-benar memaafkan dan melupakan apa yang terjadi.
Sumber : http://ift.tt/2rdjTtK
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.