Bayi 7 Bulan Maut Lemas Dalam Selimut, Ibu Kongsi Kisah Sebenar !!!

Bayi 7 Bulan Maut Lemas Dalam Selimut, Ibu Kongsi Kisah Sebenar !!! | Jordan DeRosier, seorang ibu yang masih bersedih kerana kematian anaknya telah tampil dan berkongsi kisah yang berlaku pada dirinya.

Sebelum ini, ramai orang telah membuat spekulasi yang anaknya telah meninggal dunia akibat vaksin. Dia telah memuat naik gambar diri yang sedang menanggis teresak-esak di sebelah anak sulungnya dengan cerita sebenar mengapa bayinya telah meninggal dunia.

“Jangan letakkan bayi anda di atas katil dengan selimut.”

Sloan DeRosier, bayi yang hampir 7 bulan itu telah ditemui mati lemas di katilnya, dengan selimut menyelubungi kepalanya.
Pada malam itu, Jordan meletakkan Sloan di katilnya dengan dua selimut: satu yang dibuat oleh nenek moyangnya, dan satu lagi selimut kegemarannya yang berwarna kelabu.

Dia menulis:

“Mereka telah mengambil selimut kelabu yang dijumpa menyelubungi kepalanya.

Entah bagaimana dia telah menarik selimut itu sehingga dirinya sendiri terperangkap di dalamnya.

Tolong jangan letakkan bayi anda di atas katil dengan selimut!

Saya ingat oleh kerana dia sudah pandai merangkak, berdiri sendiri, dan memanjat, dia tidak akan apa-apa.

Inilah wajah seorang ibu yang penuh kesedihan, wajah seorang ibu yang rindukan anaknya, dan wajah ibu yang patah hati kerana rasa bersalah.

Saya tidak akan berhenti berasa bersalah dan perlu terus hidup dengan kesalahan saya.

Saya akan selalu berfikir bagaimanakah keadaan anak saya sekarang jika dia masih hidup. Tolonglah belajar dari kesilapan saya!“

Kini, semua sudah terlambat…

“Saya adalah orang yang menemui baby Sloan kelemasan di katilnya,” kata Jordan

“Saya telah masuk ke bilik untuk menjenguk anaknya, tetapi telah mendapati anak dalam keadaan meniarap dengan selimut yang terbelit di kepalanya.

Saya telah alihkan selimut itu. Belakangnya sudah sejuk. Muka dan dadanya berwarna ungu. Bibirnya berwarna biru dan matanya tertutup.”
Jordan dan suaminya, Justin, telah membuat panggilan kecemasan dan cuba untuk menyelamatkan anak mereka dengan melakukan CPR.

Paramedik telah mencuba selama tiga puluh minit untuk memulihkan anaknya, tetapi tidak berjaya…

Elak dari menggunakan selimut dan peralatan tempat tidur yang lain

Walaupun bayi anda sedang tidur, dia masih boleh menghadapi situasi yang berbahaya:
· Lemas akibat selimut atau peralatan tempat tidur yang lain
· Tercekik mainan atau benda lain
· Terperangkap di antara tepi katil dan tilam
· Tercekik pada tali dan reben
Ini disebabkan bayi yang kecil:
· Tidak dapat mengawal cara mereka tidur
· Tidak tahu ertinya bahaya
· Tidak tahu cara untuk menyelamatkan diri atau bergerak dari situasi yang berbahaya
· Boleh meletakkan benda di dalam mulut dan tercekik.
Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S. (CPSC) menganggarkan bahawa antara 1992 dan 2010, terdapat hampir 700 kematian yang melibatkan bayi 12 bulan dan lebih muda berkaitan dengan banyaknya barang di tempat tidur bayi!

Hampir separuh daripada kematian bayi yang dilaporkan kepada CPSC setiap tahun adalah akibat lemas disebabkan oleh bantal, selimut tebal dan/atau penuhnya barang di katil bayi.

Bilakah masa yang selamat untuk bayi mula gunakan selimut?
Mengikut cadangan Parents.com, anak boleh dibedung dengan menggunakan kain sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Tetapi kerana risiko SIDS (kematian bayi secara tiba-tiba), ibu bapa tidak boleh meletakkan apa-apa objek lembut seperti atau cadar katil yang longgar sehingga dia berusia sekurang-kurangnya 1 tahun.

Selepas usia 1 tahun, ahli pediatrik mempunyai pendapat yang berbeza.

Ada yang mengatakan anak boleh mula menggunakan selimut dan bantal yang lebih kenyal.

Ada pula yang mengesyorkan ibu bapa tunggu sehingga anak berusia 2 tahun.
Baju tidur yang menutup kaki atau sleeping bag juga boleh digunakan pada malam yang sejuk.

Jadi, sebenarnya ibu bapa boleh menunggu sehingga anaknya mula besar sedikit sebelum diletakkan di dalam katil yang lebih besar berserta selimut lembut.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post Bayi 7 Bulan Maut Lemas Dalam Selimut, Ibu Kongsi Kisah Sebenar !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.