'Saya terpaksa tegur, peluang seperti inilah yang galakkan penjenayah meragut'



Peringatan untuk semua wanita. 

Saya masih ingat nombor platnya tetapi saya tak nak hebahkan. Bukan saya tak nak turun untuk tegur, suruh simpan beg tangannya dalam baju jaket tetapi situasi mungkin jadi lain sebab saya pakai helmet full face dan tambahan pula saya orang India. 

Kalau saya datang dari belakang, dia menjerit, naya saya kalau perkara sebaliknya yang berlaku. Yang saya pasti, selepas memintas dia, dia menuju ke arah Seksyen 13. 

Satu saya nak ingatkan, mungkin dia rasa beg dia tak ada apa-apa. Tetapi pada ingatan peragut, melihat peluang seperti itulah yang mendorong mereka untuk meragut. 

Saya teringat kembali satu peristiwa yang berlaku di depan mata saya di hadapan Telekom Jalan Meru, lebih kurang 10 atau 20 tahun yang lalu. Seorang penunggang motosikal perempuan yang meletakkan beg tangannya dalam bakul motosikal. 

Jam 6 petang, dua lelaki menunggang motosikal RXZ telah menarik beg tangannya semasa dia dalam perjalanan. Lalu mangsa jatuh tersungkur di atas jalan raya. 

Empat tulang jari tangan kirinya terpacak keluar dan cedera di sikut dan dagu. Dia juga mengalami kejutan dan asyik menjerit apa yang telah berlaku sambil tangannya cepat-cepat dibalut oleh seorang makcik yang sedang berjual kuih di situ. 

"Tak ada apa-apa nak, kamu jatuh saja," katanya. 

Saya berada betul-betul di depan mangsa. Nak kejar, motosikal saya Modenas kapchai saja. Kejadian itu berlaku dengan sangat pantas. 

Selama saya hidup 22 tahun 2 hari ni... saya tak pernah terfikir gambar saya jadi viral sebab benda macam ni.....
Posted by Hafidzatun Najihah on Thursday, March 23, 2017

Selepas kejadian itu, ada orang yang menghubungi ambulans. Masa itu saya tak tahu apa-apa first aid. Jadi saya berlalu pergi memandangkan sudah ramai orang berada di situ untuk membantu. 

Jadi peringatan kepada semua penunggang motosikal, jangan ambil mudah perkara ini kerana ia boleh membawa maut. Maaf kalau saudari ada dalam group ini. Saya terpaksa tegur di sini dan jadikan ini sebagai pengajaran untuk yang lain. 

Gambar ini dirakam di lampu isyarat atas bukit menuju ke Glenmarie, hadapan kilang gula Shah Alam semasa berhenti menunggu lampu hijau. 

Jangan jemput masalah kalau tidak mahu berada di dalam masalah. Guru terbaik ialah kesilapan sendiri. Tetapi kesilapan orang lain juga boleh mengajar kita. 


Sumber : Gengviral

Sumber : Superkiram

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Note: only a member of this blog may post a comment.