Doktor DEDAH Mengapa Hospital Makkah Sentiasa Sunyi, Tiada Pesakit !!! | Seorang wanita Indonesia menceritakan bagaimana seorang doktor yang berpraktikal selama 6 bulan di Makkah mendapatkan jawapan mengapa hospital di Kaabah sangat sunyi sepi dan tiada pesakit seperti di negaranya, Indonesia.
Gambar Hiasan
Wanita yang bernama Rismawati Asri itu menberitahu perbezaan ketara yang terdapat di Makkah yang tidak terdapat di negara yang lain adalah asas aqidah dan juga syariat. Menurut Rismawati, doktor berkenaan mendapat jawapan mengenai isu tersebut daripada salah seorang Muslim di sana.
Menurut muslim di Makkah, perkara pertama yang dilakukan apabila mereka sakit adalah mereka akan menunaikan solat dua rakaat dan memohon kesihatan yang baik kepada Allah SWT. InsyaAllah doa yang dipohon di tanah suci Mekah pastinya lebih barakah berbanding tanah-tanah lain yang dipenuhi maksiat dan perkara mungkar.
Jika mereka masih belum sembuh ketika ikhtiar pertama dilakukan, maka mereka akan membaca surah al Fatihah dan surah-surah yang lain lalu ditiupkan pada air minuman. Jika badan mereka panas, maka mereka akan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat merupakan penyejuk badan. Ketika mereka mengalami sakit yang dapat dilihat, maka mereka akan membaca al Fatihah sambil mengusap-gusap bahagian yang sakit. Jika mereka mengalami sakit yang tidak dapat dilihat, maka mereka akan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas sebagai penolak sihir.
Jika mereka tidak juga sembuh ketika ikhtiar kedua dibuat, maka mereka akan bersedekah kepada orang ramai kepada bersedekah merupakan amalan yang menambahkan lagi pahala kebaikan selain menjadi jalan sebagai penyembuh sakit mereka.
Jika mereka tidak juga sembuh dengan bersedekah, mereka akan memperbanyakkan istigfar untuk bertaubat. Menurut Nabi Muhammad S.A.W, sakit merupakan salah satu sebab diampunkan dosa.
Jika mereka tidak juga sembuh dengan beristigfar, mereka akan mengambil makanan seperti madu dan habatussauda. Habatussauda terkenal dengan keupayaanya mengubati pelbagai penyakit.
Jika amalan makanan tersebut masih tidak membantu, maka mereka akan mengambil makanan herba seperti bawang putih, buah tin dan zaitun. Bawang putih terkenal kerana memiliki ciri-ciri anti bakteria, buah tin dan zaitun pula merupakan buah yang disebut di dalam al-Quran.
Dan akhir sekali, apabila kesemua ikhtiar berkenaan tidak berjaya, barulah mereka akan berjumpa dengan doktor yang soleh bagi mendapatkan rawatan. InsyaAllah akan diberi kesembuhan daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda:
“Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”.
Kredit : KisahDonia
P.S. 1 – Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!
P.S. 2 – Insha Allah Berkesan..Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Penyakit Rabun Mata…Sebarkan Moga Bermanfaat
P.S. 3 – TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!!
P.S. 4 – Lelaki Ini Minum 10 Tin Minuman Bergas Sehari Selama Sebulan..Ramai TERKEJUT Apa Jadi Pada Badannya !!!
P.S. 5 – Mengapa MASJID INI Dinamakan Masjidil Haram? Mengapa Bukan Masjidil Halal? Ini Penjelasan nya..
The post Doktor DEDAH Mengapa Hospital Makkah Sentiasa Sunyi, Tiada Pesakit !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : Superkiram
Note: only a member of this blog may post a comment.