5 Tahun Tak Beri Nafkah Batin. TERKEJUTNYA Bila Ustaz Bgtau Rupa2nya Suami…… | Nama aku Lia. Berumur 27 tahun dan mempunyai anak seorang berusia 5 tahun. Berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Yusnizam (bukn nama sebenar) berusia 34 tahun. Kami bercinta tidak lama dan terus berkahwin. Kami bertemu sebelum aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Ipta.
Yus banyak memberi semangat dan dorongan pada aku utk mencapai cita2. Pada mulanya family aku tidak mengizinkn aku berkahwin awal kerana risau dgn prestasi pelajaranku tambahan pula aku masih muda ketika itu. Kami berusaha memujuk family dan akhirnya mereka bersetuju dgn syarat aku mesti meneruskan pengajian sehingga tahap pendidikn tertinggi yg boleh.
Segala perbelanjaan perkhawinan ditanggung oleh Yus memandangkn dia penjawat awam dan telah lama bekerja. Yus tidak kisah ttg semua itu asalkan kami bersama. Family aku hanya support mana yang kurang serba sedikit. Majlis dijalankan dengan penuh meriah walaupun ada beberapa peristiwa yg terjadi sebelum majlis itu ( nanti aku ceritakan kemudian ).
Selepas berkahwin, kami tinggal di rumah sewa yg yus carikan. Rumah sendiri dia telah beli tapi di kampung. Rumah sewa ni adalah rumah yg paling sempurna bagi aku sebab dari tiada apa kami masuk, kami sama2 usahakan barang2 perabot dan segalanya lengkap kini dengan pelbagai dekorasi.
Satu sikap yus yang aku suka dia memang rajin, beli barang tak suka berhutang dan mmg cool. Aku pula meneruskn pengajian di semester baru. Brmula la kisah kami pjj . Dia disini. Aku di ipta utara. Walaupun begitu, yus tetap mengambil berat dan sentiasa melawat aku disana. Cukupkan segala keperluan aku. Duit potongan isteri dia beri setiap bulan. Kadang2 dia datang kesana melawat aku tiap hujung minggu dan rajin bawa aku jalan2 hilangkan stress belajar. Ramai juga kawan2 cemburukn aku, yelah seusia aku tak perlu aku nk bekerja partime, yus hanya suruh aku belajar sahaja, kereta pun dia belikan untuk kemudahan aku sendiri.
Duit setiap bulan dan segala perbelanjaan ditanggungnya. Awalnya kami ingin merancang untuk tiada anak tetapi setelah 8 bulan , aku berubah fikiran aku inginkn anak kerana itu naluri seorang wanita kan. Bagi aku, aku akan bersemangat belajar jikalau ada anak. Yus spt biasa dia cool. Tidak kisah. Mana2 pun boleh. Merancang boleh. Tak merancang pun tak apa katanya. Kmudian, setelah bbrapa bulan, aku disahkm hamil. Alhamdullilah. Rezeki allah beri. Dan aku tak pernah merasa morning sickness dan loya atau muntah. Cuma sjak kandungan usia 4 bulan. Aku kerap pitam, pitam dan pitam. Pitam sehingga aku tak mampu bangun terus. Selalu jugak aku ponteng kelas. Yus risau keadaan aku yg jauh. Mujur kawan2 yg setia ada.
Usia kandungan aku hingga 5 bulan, pitam saja aku ni.. bila mgrib je aku tidur. Pitam tu mmg aku dh rasa lali. Nak kurangkn rasa pitam, aku keluar dgn kawn2( pelikkn tapi tu hakikatnya kalau aku kluar berjalan2 pitam tu kurang sikit la ). Di hostel juga aku kerap mula rasa takut kalau duduk seorang diri berlainan jika sebelum kahwin aku seorang yg berani. Aku sentiasa dapat merasakan ada seseorang memerhatikan aku.
Jadinya setiap masa aku dah kurang belajar lewat2 malam sebab aku rasa takut dengan tiba2. Kandungan aku masih baik dan memang aku dapat rasakan anak ini cerdik sejak dalam kandungan lagi, aku kerap ponteng kelas tapi bila exam aku mampu lulus semuanya hanya kerana aku banyak berbual dgn anak ini. Dia pun tahu aku tak belajar sejak mengandung. Kadang2 aku pelik aku tak belajar tapi bila tiba exam aku mampu buat sehabis baik. Itulah rezeki anak.
Cuti semester bermula dan ketika itu kandunganku sudah 6 bulan, aku balik ke rumah kami. Gembira tak boleh nak gambarkn mcm mana. Memang happy. Di waktu ni juga aku ambik peluang untuk terangkan pada yus yg aku sllu rasa tak sedap hati, pening terutamanya waktu mgrib, rasa gelisah dan takut tanpa tahu sebabnya.
Yus percaya segala kata2 aku dan dia kata nanti kita balik kg berubat tradisional pula. Oh yaa. Masa kndungan ketika ni ,yus kerap bawa aku ke klinik berbeza utk tahu punca pitam dan pening tanpa sebab tu. Doctor check kata tiada apa2 berlaku dan kandungan kami ok. Beberapa hari kemudian, aku pitam secara tiba2. Mata tak boleh buka, bila aku buka aku tengok segalanya dalam keadaan terbalik. Kerana takut, aku menangis dan mujur ketika itu yus baru pulang dr kerja. Aku menangis sebab pitam yang teramat dan mula rasa sesak nafas.
Mungkin aku nangis membuatkan aku lebih rasa sukar bernafas ketika itu. Yus ni punyalah kalut tgk aku mcm tu dia pergi ambik air sejuk bagi aku minum lepas tu dia terus call mak ayah dia kat kg. Masa tu suara aku tgh menangis2. Mak ayah dia suruh balik kg. Ohh yaa.aku tak bgtau segala kisah aku rasa ni pada family aku sbb aku tak nak diorg risau. Yus setuju dia kata hujung minggu kami akn balik kg .
Hujung minggu tu kami packing barang2 dan terus balik kg. Setelah 6 jam perjalanan kami smpai, Mungkin mak ayah dah tahu stuasi aku so terus dia bawa kami ke rumah seorang pakcik berubat ni pada malam tu. Kira famous jugak org tua ni smpai kan dari kl jb dan sebelah utara kenal pak cik ni. Ramai kata berkesan itupun dia bukn selalu ada di kg tu, nasib baik mak ayah dah jumpa pak cik ni beritahu dia awal2 kisah kami.
Sampai je rumah pak cik ni, aku dh mula la rasa seram sejuk dengan perut yang memboyot 6 bulan ni. Tunggu lama sbb ramai org berubat. Dari lepas isyak akhirnya waktu giliran kami smpai pukul 1 pagi. Mmg ramai. Sampai tertidur aku dibuatnya menunggu. Nama kami dipanggil. Kami disuruh duduk depan pak cik ni. Dia ni mula la baca2 ayat al quran semua. Kmudian dia beristghfar, aku pelik. Yus pelik . Mak ayah pun sama. Terus dia tanya dah berapa lama sakit.
Aku cakap dah lama sejak mengandung tapi yang ketara skrg ni. Dia kata bnda ni gangguan, ada org dengki kat kamu suami isteri.Dia nak hantar suami kamu tapi terkena kamu ni. Ni bukn sakit baru 5 bulan tapi sejak sebelum kamu nikah. Kami terkejut. Kemudian pak cik ni suruh mak mentua aku pegang aku katanya nk buangkn benda2 ni dlm badan aku. Dia kata kalau tak dikeluarkan akan terkena pada anak. Aku turutkan je.
Dia tepuk2 belakang badan aku. Mak mentua aku pegang ibu jari aku. Punyalah sakit masa tu. Lepas tu pakcik tu toreh sedikit di leher aku, toreh batin katanya. Sampai sekarang aku terasa kesan garisan panjang tu kalau dirasa. Darah memang tak ada lah, kesan parut tu ada tapi luka x ada. Kemudian , dia alaskan daun apa ntah kat bawah leher aku. Kemudian terkeluar berbutir2 kaca dr leher aku, aku pasti aku nampak , semua org nampak masa tu, rasa pedih juga. Kaca tu halus berbutir2 . Kmudian dia tutup luka torehan tu. Ohh yaa. Aku dalam keadaan sedar sepenuhnya ya masa tu.
Kemudian dia suruh aku duduk depan dia menghadap dia. Dia kata kalau ada rasa nk muntah beritahu supaya mak mentua aku boleh standby kan daun tu balik. Aku mengangguk. Dengan perut yang mcm tu. Nk duduk bersila lama2 adoi senak jugak perut tapi aku fikir sekejap je ni. So aku kuatkan diri. Tak lama lepas tu, aku betul2 rasa nk muntah. Rasa ada benda yg melekat2 je kat lidah aku ni.
Aku bagitau dia , dia suruh nganga mulut besar2. Suami aku pulak ada disisi kanan aku sambil pegang tangan aku. Bila aku buka mulut rasa loya nk muntah tak tertahan laa sgt. Pak cik tu suruh aku buka mulut besar2 sambil dia tolong ambikkn brg yg aku loya sgt kat tekak ni. Tahu tak apa yg keluar ?? Mula dari sehelai rambut yg panjang tiba2 pak ck tu tarik jadi lagi panjang2 dan akhirnya bergumpal rambut tu hujungnya. Adalah dalam 15cm dan hujung tu bergumpal2 bnyk rambut. Rasa nak muntah aku tengoknya. Mujur yus beri air. Kalau tak situ jugak aku muntahkan lagi situ.
Geli aku tgk rambutnya. Pak cik tu kata benda ni dah lama dlm badan aku. Korg kalau pernah tgk cerita hantu yang kena buatan org. Mcm tu lah situasi aku masa tu. Ini kisah btul2 terjadi pada aku. Patut lah tekak ak ni rasa gatal je. Bila aku jolok2 sbelum ni x ada apa pun. Rupanya terselit bawah tekak . Semua org (makayah yus) nampak bnda ni. Brg2 kaca tadi dengan rambut dia masukkn dlm daun tu. Dia suruh tanam . Pak cik tu marah juga kat yus sbb kenapa bawak lambat berubat. Yus ni mcm takut2 pun ada. Ntahlah. Yus jawab dia pun baru tahu aku sakit ni.
Padahal aku sakit dah lama bertahun katanya. Ni aku nk bagitahu korang jgn terkjut ya. Pak cik tu tanya aku sebelum nikah ada rasa apa2 tak. Aku cakap ada. Tahu apa ? Malam sebelum nikah aku bermimpi perempuan rambut panjang duduk tepi sudut bilik aku. Kemudian esok nya hp aku hilang. Kalut hidup aku kejap yelah segala2nya contact no dlm tu. Sbb no mak andam dan segala2nya hanya aku sorg simpan no telefom mereka. So aku nangis jelah masa dpt tahu hilang hp tu.
Bila aku beritahu yus masa tu, yus dtg ptg tu smbil bawak hp baru lagipun dia risau keadaan aku. Patutnya tak leh dtg dia dtg jugak. Mak aku x ckp apa apa pun. Tapi Jiran2 aku lak sibuk je kata eh pengantin mana boleh dtg. Esok kan nikah. Yus pekakkam telinga je. Dia dtg dlm 15 minit mcm tu. Aku pun tak berkesempatan nk bagitau dia aku mimpi bnda mcm tu. Scarry sgt sbb aku tak pernah mimpi mcm tu . Kmudian, malam tu aku ada selsisih pndapat dgn sorg family aku ni sbb benda kecik je pun tapi jadi besar sdgkn aku ni jenis ceria je. Ntahlah. Mls aku nk cite dlm ni nanti korg pun sakit hati mcm aku rasa.
Esok nya kami nikah, yus ni mcm berdebar2 yelah biasalah kan anak teruna first time akad nikah. Rupa2nya dia tak sedap hati. Tahu tak kerana tu, 3 kali lafaz nikah dia buat. Sedangkan dia seorang yg cool. Tapi akhirnya selesai semua. Alhamdullilah. Aku dan dia hanya memendam perasaaan ketika tu hanya menunggu cerita untuk dicerita bersama nanti. Nasib baik masa majlis sanding semuanya lancar, aku lupakan kejap rasa sedih. Aku happy spanjang hari.
Sebenarnya malam sebelum nikah tu , aku ada jugak telefon sorg ustz ni beritahu keadaan aku. Dia kata ada org bt benda tak baik. Dia kata nk bersihkan. So aku pun lega la masa tu. Berbalik kisah pak cik tadi , dia kata org ni nak hantar pada yus tapi aku terkena. Wallualam. Selesai berubat , kami balik. Tugas mak mentua dan yus pula pergi tanam bnda2 aku tu. Sebelum masuk rumh aku disuruh basuh kaki dan angkat wuduk terus.
Alhamdullilah esok dan seterusnya aku dah tak ada rasa pitam setiap kali mghrib mungkin sebab barang dlm badan aku tu dah tak ada kot . Aku bersangka baik mungkib Allah dah permudahkn urusan aku. Kami balik meneruskn kehidupan seperti biasa dengan penuh tanda tanya hari2 siapalah dok aniaya kami ni sdangkn aku tak pernah bermusuh .
Teringat kata pak cik tu, org yg baik dgn kita belum tentu dia baik.dia suruh hati2 je. Cuma clue yg dia bagi adalah kawan suami aku si yus. Si yus ni kata kalau aku sakit lagi dia tak teragak2 nk pulangkan balik benda tak baik ni pada siapa yg hantar sedgkn dia pun tak tahu siapa buat. Mak ayah pun nasihat jugaklah jgn bt mcm tu. Aku dh mls nk berteka teki lagi. Kami mulakan hidup semula. Alhamdullilah sampai ke waktu bersalin urusan dipermudahkan. Aku dh tak ada la nk pitam2 lagi. So aku fikir ni bukan pembawakn budak ke apa tp mmg org bagi hntar tak elok nak kasi aku sakit ni .
Alhamdullilah, Anak kami dah selamat dilahirkan. Mak ayah aku dan yus jaga aku dalam pantang dengan baik. Yus yg mandikan anak aku sejak o bulan sampai 5 bulan. Aku tak mandikn sbb aku takut lagi nak pegang budak kecik( part mandi je bagi kat yus). Yus dan aku sama2 bangun malam jaga anak. Tugas aku bagi susu badan aja. Memang nampak sgt yus ni sygkn anak kami. Teringat mak aku cerita ketika aku dlm dewan bedah si yus ni tak makan rupanya 2 hari.
Minum air je. (Mula aku hampir bersalin normal dan yus temankan aku disisi berjam2 dlm bilik bersalin tapi tiba2 anak tu hb rendah pulak sbb stress so kena ceaser pulak so yus x leh la ikut ke dewn bedah ). Hari demi hari, aku berpantang 100 hari sbb ikutkn kata bidan . Yus ni boleh cakap pantang lama pun tak apa. So, aku ikutkn je. Anak dah berusia 6 bulan. Cuti semester dan cuti extent pun dah habis so aku kena balik ke ipta sambung habis study berbaki 2 sem ni. Aku risau pasal anak. 6 bulan bersama.
So yus cdgkn aku pergi je hbiskn belajar tiap minggu balik. Tentang anak dia kata dia boleh jaga( kami x nk antar anak kat kg sbb yus nk jaga sndri, mak ayah aku pun dia x kasi jaga sepnuhnya kalau sekali sekala x pe). So anak tu kami hantar pada pengasuh dekat dgn rumah. Pagi dia hantar. Ptg dia ambik dan jaga smpai malam. Aku pulak ke ke utara semula dan setiap minggu aku balik sbb rindukn anak.
Hari demi hari, bermula lagi dugaan dlm rumah tangga kami dan aku syak mmg kesan dari kes org hantar tu. Hubungan kami suami isteri memang baik secara realitinya. Tapi aku rindu dia bila jauh tapi bila balik berjumpa kami tak semesra mcm dulu. Hari2 kami sibuk urus anak je. Dan malangnya sejak dari kes berubat tu. Yus dgn aku tak pernah bersama lagi. Aku fikir mungkin dia fobia sbb peristiwa masa aku mengandung dulu kan.
Walaupun hakikatnya aku rindu belaian seorang suami tapi yus ni tetap dengan cool dia dan rajin buat kerja rumah jaga anak. So aku biarkan jelah. Aku fikir nanti habis pantang 100 hari baru dia nak dekat dgn aku. Rupa2nya aku silap. Sampai anak aku 6 bulan ( 6 bulan mengandung + 6 bulan selepas bersalin ) dia memang tak pernah sentuh aku lagi sebagai isterinya selama setahun ( 12 bulan ).
Tiap2 minggu bila aku balik rumah, kami penuhkn masa dgn anak. Tiada lagi masa utk kami suami isteri . Suatu hari aku ambik masa dan aku ajak dia berbincang. Dia sedar keadaan tu tapi dia kata dia dah tak boleh dan dia hanya minta maaf. Tak boleh apa aku jd tak paham. So aku bagi dia peluang. Semua org bt silap kan. So aku nekad aku nk ambik hati dan pikat dia semula yelah aku ni lawa lagi. Muka aku ni cantik dan walaupun dah kahwin tapi org tetap nak pikat ( sebelum kahwin aku akui ramai terpikat dgn aku tapi aku pilih yus jadi suamiku) so aku guna kelebihan aku ni, aku mula beli baju tidur seksi, aku pgi spa , aku beli alat2 solek, jamu dan mcm2 lagi.Niat aku nak yus jatuh cinta dgn aku lagi.
Kemudian, Aku cari pakej percutian. Tapi anak kami bawak sekali pergi bercuti sebab yus tak nak berenggang dengan anak. Aku nak mood cinta tu dtg lagi sbb dah lama sgt aku dgn dia tak bersama. Rupa2nya aku silap, segala2 usaha aku tak menjadi. Percutian kami hanya utk anak. Dan bila aku pakai segala benda tu tak menjadi apa. Maksudnya yus tak pandang pun. Aku jadi stress. Bukan berminggu aku usaha. Tapi berbulan , aku mula jadi pemarah sbb aku fikir yus mmg tak syg aku lagi.
Bila aku marah aku baling brg( dah marah sgt )yus ajak berbincang, bukan skali dua aku berbincang tapi berpuluh kali. Aku pernah 2 kali tulis surat luahan hati aku tapi dia baca je tapi tak ada respon dari dia .Daripada aku boleh tolak ansur aku jadi menyampah. Aku belikn dia mcm2 tongkat ali , gambir emas dan segala keperluan untuk kekuatan lelaki aku usahakan utk dia. Tp dia tak pakai pun. Bersusun dlm almari meja solek aku. Dari setahun menjadi 3 tahun. Nafkah batin aku yus mmg tak pernah bagi. Aku dan dia dah banyak kali berubat dengan pelbagai ustaz di sini tapi sama je tiada tindakbalas.
Lama2 aku dah malas nk bincang hal ni. Kalau bincang dia kata salah dia tapi tak de usaha langsung dr pihak dia. So aku lebih byk diamkn diri. Aku tnya dia aku tak lawa lagi ke. Dia kata lawa tapi dia lebih diam je. Aku dh mula fikir bukan2 mybe dia ada perempuan lain sbb yus ni ada rupa jugak. Handsome dan lembut tutur bicaranya tapi pernh la jugak tgk dia marah, memang terkejut dan dia memang jarang marah . Kawan2 perempuan masa sekolah pun semua kata dia ni ok .. So aku tnggu next step aku akan siasat hal ni pulak.
Dan akhirnya aku dah hbis belajar dh pun . Alhmdullilah . So aku byk masa kat rumh. Aku smbung siasat kes kami ni. Aku perhatikan yus ni byk habis kn masa kat rumah. Tiap malam dia dirumah. Hujung minggu kami jalan2. Kalau dia nk kemana2 dia rajin bawak aku so bila nya dia nk curang. Hp dia pun dia selalu bagi aku check . Tapi hp aku dia jarang check. So aku fikir apa yang tak kena dengan dia ni. Perangai aku dari seorang wanita lembut jadi kasar dan aku rasa yus mcm menyembunyikn sesuatu pd aku. Dia mmg dah tak nk mesra2 dgn aku. Kalau kami ketawa sama2 pun sbb gelagat anak je. Salah aku ke ? Aku fikir mungkin ni mmg ujian untuk aku.
Aku ambik keputusan nak bawa dia jumpa ustaz yg aku kenal terakhir kali (kali ke 5 ). Alhamdullilah yus ni dia mmg jenis mengikut je.so aku tak payah nk lebih2 pujuk dia. Smpi sana ustaz kata suami aku ni di hantar sihir pemisah. Dia ni jadi tak boleh nk bersma dgn aku. Maksudnya dia mmg tak boleh nak bagi nafkah batin pd aku sbb org tu dah kunci nafsu dia. Ya allah. Aku rasa teruk sampai 3 tahun suamiku tak sentuh aku. Tpi mujur kami ni jenis marah2 tapi berbaik smula dan tak jd panjng gaduhnya.
Balik dari tu kami ikut apa ustaz apa dia cakap. Dan kami rajin solat berjemaah. Aku dah mula tawakal aku redha aku fikir nafkaf zahir yus sllu bagi. Anak dia jaga elok. Keperluan aku dia cukupkn. So aku maafkn dia. Nafkah batin tak semestinya seks semata2 tapi buat kan aku gembira ( walaupun aku sedih dalam diam aku pendamkan je) dan jaga anak sama2 bagi aku dah ok. Walaupun jauh sudut hati aku rindukn belaian suami aku.
Apa guna aku jadi isterinya tapi dia tak sentuh aku lagi. Setiap malam aku tidur berendam air mata. Aku jadi sedih kenapa dia bt aku mcm ni. Aku taat padanya dan apa salah aku .Kdg2 dtg niat jahat aku nk je layan lelaki2 yg sdg pikat aku. Kadang2 aku fikir aku tak lah sampai wanita jahat lain nak guna cara halus yg tak baik untuk pikat suaminya.. so aku banyak amalkan selawat saadah dalam masakan aku dan aku sygkn suami aku.
Aku kerap juga termenungkan hal ni. Tambahan pula, Yus pula bukan jns cemburu buta sejak dari kami bercinta. Dia tak pernah marah aku nk berkawan dgn siapa2 janji aku jaga batas pergaulan. Kawn dia baik dgn aku pun dia tak marah. Dia tahu aku setia org nya. Ya. Aku memang setia. Walaupun hampir 2 kali aku nk ke pejabt ugama nk adukn kes ni. Tpi aku berpatah balik. Aku berhenti lama depan pejabat ugama akhirnya aku balik semula ke rumah. Aku fikir ini ujian aku. Kalau aku teruskan aduan dh jatuh 1 talak spt dlm taklik aku. Dan aku tak pernh ceritakn pd mak ayah dia. Aku simpan segalanya. Aku pendam.
Anak aku dah 5 tahun skrg , kami tetap mcm ni.dah beribu cara aku buat dan usahakn. Tak perlu lah aku cerita secara detail. Yus tetap mcm tu. Dia jalankn tanggungjawab zahir dgn baik. Tapi nafkah batin tetap tak bagi dari aku mengandung usia 6 bulan smpi skrg. Kalau dia trauma sekali krn kes aku mengandung dan besalin tak mungkin sampai dh 5 tahun skrg usia anak kami. Aku masih mcm ni. Marah2 baling brg laki aku pujuk aku baik balik.
Aku kenangkn anak aku. Aku skrg sibukkn diri pada aktiviti2 luar. Aku masuk mcm2 kelab persatuan sbb aku tak nk stress. Yg pasti tiap malam aku berendam air mata. Aku ketawa tapi aku menangis di dlm hati. Aku tahu allah sedang uji aku. Nasb baik ada anak sbg peneman. Aku masih tak kuat nk ke pjabt ugama sbb aku takut dgn apa terjadi akan dtg. Yus mmg tak ada perempuan mana2 tp dia mmg tak leh nak jalankn tngungjwb nafkah batin pd aku dia pun sbukkn dri dgn aktiviti sndirian.
Aku pun spt prempuan lain. Aku juga ingin dibelai dan dimanja. Apa guna berkahwin kalau mcm ni. Berpuluh2 trip percutian kami pergi tapi tak de apa pun yg membantu kami. Hanya habiskn masa utk anak. Suami depan mata tp mcm tak ada. Kerja rumh kami bt sama2. Tp waktu utk bermesra intim mmg tak ada . Ustaz tu pun dh bantu kami mcm2 cara tp ttap tak berkesan. Tapi ustaz dan aku yakin suami aku yus bukan lah mati pucuk cuma dia tak nak bersama dengan aku. Bila aku tanya dia kata dia sendiri tak tahu jawapannya. Skrg aku sendiri buntu. Aku takut dgn apa yg terjadi kelak.
Untuk pembaca2 yg budiman. Janganlah kecam aku dengan kata aku ni tak bersyukur ada suami baik rajin penyayang tapi tak hargai. Orang lain dpt suami kaki pukul, nafkah zahir tak bagi dll. Korang tak duduk tempat aku. Bayangkn kau sebagai isteri siang malam kau usaha pikat dia goda dia tapi dia tak pandang pun usaha kau dan isteri mana tak sedih. Aku tak minta byk Aku hnya minta doakanlah hubungan kami ni berakhir dgn baik. Dan smoga apa yg terhijab antara kami terbuka. Sungguh aku dlm dilema dan sedih.
Aku sendiri tercari2 dimana punca segalanya ni. Sekarang pun aku menaip dengan air mata jatuh. Aku tahu dia bukan sengaja dayus tapi sampai bila dia nak siksa emosi aku mcm ni. Tolong Doakan aku supaya sntiasa kuat dan terus kuat. Aku sndiri tak paham dgn apa yg terjadi. Allahu. 5 tahun dan aku masih menunggu saat kebenarannya. Tolong doakan aku untuk terus kuat tempuh dugaan. Sekian kisah benar dari aku. Lia, isteri yg menunggumu via IIUM.
Sumber :
1Citemalaya>
Sumber :
Superkiram